Pabila Kalam Berbicara

Tajamnya Mata Pena

Archive for the ‘Kampus’ Category

Siapa unimapkini.blogspot ?

Posted by unite28 on February 18, 2009

Salam Aspirasi

Sudah lama rasanya blog ini ditutup kerana bertujuan untuk membaiki sistem unite28 yang mempunyai banyak masalah. Kemungkinan selepas ini, ia akan “down” lagi. Walaubagaimana pun terima kasih diucapkan kepada sahabat-sahabat yang pernah dan mungkin sedang menziarah laman ini.

Dalam minggu ini saya dikejutkan dengan kewujudan blog unimap, iaitu http://unimapkini.blogspot.com . Saya dimaklumkan blog ini “mungkin” dicipta oleh para pelajar unimap sendiri. Tetapi ada juga yang mengatakan ia dicipta oleh orang luar/bekas pelajar. Saya pun kurang pasti kesahihannya, tetapi apa yang mengganggu perhatian dan menimbulkan perasaan tidak puas hati saya adalah blog ini “mencuri” perkataan yang telah saya gunakan untuk menjenamabarukan blog unite ini. Siapa sebenarnya admin unimapkini.blogspot?

Tindakan blogger ini secara terang-terang telah mengambil kesempatan terhadap blog ini. Walaubagaimana pun saya sedar, nama itu bukanlah hak saya, tetapi apa yang penting adalah kesempatan yang telah diambil untuk men”duplicate”kan blog unite, ia satu tindakan untuk mensabotaj blog ini.

Saya dengan rasa dukacita ingin memohon agar pihak unimapkini.blogspot dapat bertindak dengan profesional pada masa akan datang, jangan hanya pandai mengambil kesempatan terhadap orang lain. Walaubagaimanapun saya tidak berniat untuk memanjangkan kes ini. Kepada blogger unimapkini.blogspot, gunalah nama itu sebaik mungkin, tetapi saya ingin mengingatkan anda! jangan hanya berblog semata-mata untuk menghiburkan mahasiswa UniMAP!

Advertisements

Posted in Kampus | Leave a Comment »

Mahasiswa Melayu Ketinggalan Kerana Berpolitik..?

Posted by unite28 on December 22, 2008

Assalamu’alaikum sahabat sekalian,

Rasanya sudah lama saya tidak mencerna penulisan saya di sini, kini telah bangkit kembali rasa rindu untuk menulis.

Benarkah “Mahasiswa Melayu Ketinggalan Kerana Berpolitik..?” Saya ingin ajukan soalan ini kepada pembaca amnya dan semua mahasiswa melayu UniMAP khususnya untuk mereka jawab dengan hati yang jujur dan ikhlas.

Cuba tanya pada diri anda sendiri, berapakah PNGK yang anda perolehi sejak anda mula melangkah masuk ke UniMAP sehingga sekarang? (walaupun saya akui itu adalah ukuran sekular untuk menilai tahap keilmuan seseorang dan bukanlah ukuran yang wajar) adakah 4 flat, atau 3.50 n above, atau 3.00 n above atau 2.5 n above atau 2.5 ke bawah ?

Cuba tanya lagi pada diri, adakah aku dapat PNGK yang rendah kerana berpolitik di kampus ? ataupun adakah aku dapat PNGK yang tinggi kerana berpolitik di kampus ?

Atau aku sebenarnya lalai dan leka dengan hiruk pikuk keseronokan dunia serta budaya hedonisma yang menggila dan melampau sejak akhir-akhir ini yang mana telah merudumkan prestasi aku dalam akademik ? Simpan dahulu jawapan itu sehingga anda mengakhiri penulisan saya.

Kali ini saya ingin mengajak sahabat-sahabat untuk melihat beberapa fakta yang seharusnya difikir dan direnung bersama. Ia sebenarnya jawapan kepada segala pertanyaan yang telah saya ajukan sebentar tadi. Ayuh kita lihat.

Read the rest of this entry »

Posted in Kampus | 7 Comments »

Buta AUKU Punca Mahasiswa UniMAP Tiada “Solidarity”..?

Posted by unite28 on October 25, 2008

Salam Perjuangan,

Alhamdulillah kali ni sempat juga saya luangkan masa untuk menyambung penulisan saya kembali. Sudah tentu ramai yang tertunggu-tunggu penulisan saya yang seterusnya tentang perincian AUKU. Tetapi sebelum itu, memandangkan terdapat banyak lontaran komen terhadap posting saya yang lepas, maka seharusnya saya ingin mengambil peluang untuk memperjelaskan beberapa perkara yang dibangkitkan agar ia difahami dengan baik oleh sahabat-sahabat semua.

Pertama, berkaitan dengan perkataan “Tidak Memahami” atau “Buta” AUKU yang disebut oleh saya dalam posting yang lepas. Dalam hal ini, mereka yang menghantar komen seharusnya merujuk dan mendapatkan penjelasan sebenar di sebalik makna perkataan yang digunakan oleh penulis. Berkemungkinan besar, apa yang ditafsirkan oleh penulis berbeza dengan apa yang difahami oleh anda. Jadi bertindaklah dengan bijak.

Saya telah menyebut dalam komen saya sebelum ini, maksud yang ingin disampaikan oleh saya adalah mahasiswa UniMAP tidak memahami, tidak mengetahui dan tidak mengambil peduli mengenai perincian dan seksyen-seksyen yang ada di dalam AUKU. Jika kita tanya kepada mereka berkaitan dengan Seksyen 15 contohnya, adakah mereka tahu berkaitan dengan apa seksyen itu ? Kalau itu pun mereka tidak boleh untuk memberikan jawapan yang tepat, jauh sekali untuk mereka mengetahui sub-sub seksyen yang ada di dalamnya . Sedangkan Seksyen tersebut adalah penting untuk pengetahuan mereka sebagai seorang penuntut universiti.

Yang kedua, saya rasa masih ramai lagi mahasiswa UniMAP yang masih belum mengenali dan memahami situasi dan proses sebenar pemilihan MPP di UniMAP. Sahabat-sahabat perlu menyedari bahawa tujuan blog ini dibuka dan saya menulis serta berposting di sini adalah kerana berlaku kepincangan terhadap pemilihan MPP itu sendiri yang sewajarnya perlu melalui PRK. Ramai yang tidak memahami dan tidak pun pernah mengetahui situasi ini melainkan segelintir sahaja, itu pun mereka yang pernah melalui situasi tersebut, jika tidak sudah tentu mereka pun tetap tidak akan memahami.

Cukup sekadar itu sedikit penjelasan tentang komen-komen yang diberikan, walaubagaimanapun terima kasih atas pencambahan idea dan lontaran kritikan membina yang diberikan, semoga ia menjadi medan untuk sahabat-sahabat meningkatkan kesedaran tentang isu-isu kampus seterusnya memantapkan kualiti kepimpinan MPP selaku “stand” memperjuangkan hak pelajar.

Berbalik semula kepada perincian seterusnya AUKU, kali ini saya akan berkongsi pula berkenaan dengan Majlis Perwakilan Pelajar yang berada di bawah Seksyen 8 yang mana seksyen ini menyebut tentang Perlembagaan Universiti. Di bawah Perlembagaan Universiti ini pula terdapat Seksyen 48 yang menyebut tentang Majlis Perwakilan Pelajar yang mana pada tahun ini telah berlaku pindaan pada seksyen tersebut.

Berikut adalah Seksyen 48 dalam Perlembagaan Universiti di bawah Seksyen 8:

Read the rest of this entry »

Posted in Kampus | 32 Comments »

Mahasiswa UniMAP Tidak Memahami AUKU Punca Takut Bersuara..?

Posted by unite28 on October 20, 2008

Salam Perjuangan..

Setelah beberapa lama pandangan lantang saya mempersoalkan proses PRK UniMAP terpapar di skype dan juga blog, banyak respon yang agak menarik tercalit ke telinga saya kedengaran daripada rakan-rakan yang terdekat. Ramai yang mengkritik dan tidak ramai juga yang berasa takut dengan kenyataan tersebut.

Mungkin bagi mereka, kenyataan sebegitu rupa boleh menyentuh sensitiviti seterusnya mengundang kemarahan HEP. Mungkin juga ada sesetengah sahabat-sahabat yang berasa takut jika diambil tindakan, sedangkan sebenarnya tidak ada seksyen pun dalam AUKU yang boleh dikenakan ke atas mereka jika mereka bertindak sedemikian. Jika ada pun mungkin kesalahan lain yang akan dicari dan dijadikan bahan bukti untuk mensabitkan kita dengan AUKU ataupun kesalahan tatatertib Universiti.

Amat menyedihkan apabila masih ramai mahasiswa UniMAP mungkin boleh dikatakan keseluruhan daripada mereka masih lagi buta tentang AUKU. Inilah punca yang menyebab mereka takut untuk bersuara apabila timbul isu-isu dan masalah yang melibatkan hak mahasiswa.

Maka atas kesedaran ini, saya terpanggil untuk berkongsi dan menerangkan sedikit sebanyak tentang beberapa seksyen yang terkandung di dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti atau lebih dikenali sebagai AUKU oleh para penuntut universiti. Dengan harapan sahabat-sahabat dapat mengetahui walaupun tidak banyak memadai sedikit yang mana perlu dan penting untuk kesedaran sebagai mahasiswa di universiti.

Read the rest of this entry »

Posted in Kampus | 27 Comments »

PRK UniMAP Tidak Demokratik..?

Posted by unite28 on October 18, 2008

Salam Perjuangan Buat Mahasiswa,

Kali ni hati saya terdetik kuat untuk membicarakan tentang Pilihan Raya Kampus(PRK) yang berlangsung di Universiti Malaysia Perlis(UniMAP)..walhal sebenarnya tidak berlangsung pun..

“Tidakan yang agak memalukan dan langsung tidak demokratik!!”, itulah kenyataan pertama yang saya ingin ungkapkan di sini dan yang telah bermain-main difikiran saya sekarang yang mana berbaur dengan perasaan yang tidak puas hati sebenarnya.. Apa dah jadi dengan UniMAP ni? apa dah jadi? geleng kepala saya apabila terdengar ada cerita-cerita yang tidak sepatutnya sampai ke telinga saya sebagai seorang aktivis mahasiswa.

Saya sebenarnya berasa cukup sedih apabila melihat suasana dan situasi yang dialami oleh pelajar UniMAP sejak akhir-akhir ini. Sebenarnya bukan hanya sejak akhir-akhir ini, tetapi sudah bermula ketika saya menjejakkan kaki ke sini. Mereka ini di nafikan hak dan tuntutan sebagai warganegara dalam sebuah negara yang mengamalkan prinsip demokrasi.

Baru-baru ini saya agak terkejut apabila terdengar desas-desus yang mengatakan ada cubaan untuk menggagal dan menghalang tindakan beberapa orang mahasiswa/siswi yang ingin menghantar borang pencalonan mereka kepada HEP. Bermula dengan halangan pertama daripada pengetua kolej kediaman, walaupun dapat melepasi mereka tetap dikejar dengan pelbagai halangan selepas daripada itu.

Mereka turut dipanggil pada satu ketika untuk bertemu pembantu penolong pengetua kolej kediaman. Atas sebab apa mereka dipanggil wallahu’alam. tapi dengar katanya mereka cuba diugut agar mnggugurkan pencalon mereka. Kalau tidak ada angin masakan pokok bergoyangkan.

Apabila berita sebegini menyinggah pada telinga saya, banyak tanda tanya dan persoalan telah timbul bersarang dalam hati dan fikiran saya. Inikah sebenarnya yang dikatakan sebuah universiti?saya rasa di matrikulasi tidak begini. Malah mungkin lebih hebat lagi daripada UniMAP. Adakah dengan cara yang macam ni kita nak pilih pemimpin kita? takkan dalam negara kita pada masa-masa akan datang, kita nak buat sebegini rupa?kita perlu sedar, generasi sekaranglah yang akan memimpin negara dan akan mencorakkan hala tuju negara pada masa akan datang. takkanlah kita nak laksanakan pemilihan pemimpin dengan sesuka hati dan semberono sahaja seperti di UniMAP?

Kalaulah cara pemilihan MPP yang sebegini rupa diteruskan, bagi saya tidak ubah seperti pemilihan pengawas sekolah rendah!! yang dipilih oleh guru-guru, begitu juga MPP yang dipilih oleh HEP, bukan dipilih dikalangan pelajar sendiri!! Sampai bila kita nak berlanjutan macam ni?

Sedar atau tidak sedar, ramai dikalangan para mahasiswa/siswa tidak kenal MPP mereka, malah lebih teruk lagi ada yang sampai menyampah dengan MPP. Kenapa jadi macam tu? sebabnya mereka bukan dipilih oleh mahasiswa, yang mempunyai citarasa tersendiri untuk memilih, tetapi dipilih oleh HEP. Kita perlu sedar, MPP dalam sejarah UniMAP tidak pernah dipilih oleh kita sebagai mahasiswa. MPP adalah wakil suara kita sebagai mahasiswa, bertujuan untuk menyampaikan dan memperjuangkan hak kita di UniMAP, bukan menjadi wakil HEP, dan memperjuangkan hak dan program HEP semata-mata!

Mahasiswa UniMAP perlu sedar. Sampai bila kita nak biarkan MPP hanya memperjuangkan hak dan program HEP, mereka tidak memperjungkan hak dan keinginan kita?sampai bila sahabat-sahabat?adakah sampai selama-selamanya?

Read the rest of this entry »

Posted in Kampus | 36 Comments »