Pabila Kalam Berbicara

Tajamnya Mata Pena

Archive for the ‘Kalam’ Category

Selamat Kembali Beraksi…

Posted by unite28 on December 29, 2008

Salam Perubahan,

Pada kesempatan ini, Warga UniMAPKini(unite28.wordpress.com) ingin mengucapkan “Selamat Kembali Ke Universiti Malaysia Perlis” dan “Selamat Memulakan Kuliah Bagi Semester 2 08/09” kepada semua mahasiswa Universiti Malaysia Perlis

Turut serta, ucapan tahniah kepada mahasiswa yang telah memperolehi keputusan yang cemerlang dan bagi mahasiswa yang kurang baik prestasinya, cuba lagi untuk skor yang terbaik pada sem ini. Letakkan fokus dan matlamat yang jelas dalam meneruskan sesi pembelajaran, niat yang betul serta usaha yang sentiasa berterusan dan tidak berputus asa. InsyaAllah, kecemerlangan akan menghampiri anda.

Untuk makluman, bermula semester ini UniMAPKini akan berfungsi sebagai “media mahasiswa UniMAP” dalam memaparkan isu-isu dan berita-berita terkini tentang apa yang berlaku dalam kampus khusus untuk tatapan dan analisa anda semua. Segala perkongsian idea dan laporan yang ingin disumbangkan kepada UniMAPKini amatlah dialu-alukan. Anda boleh terus email kepada unimapkini@gmail.com

“Selamat Kembali Beraksi di Medan Penjuangan Ilmu…

Advertisements

Posted in Kalam | 5 Comments »

Adakah Kau Lupa..?

Posted by unite28 on October 14, 2008

Salam Mahabbah..

alhamdulillah bertemu kembali..syukur setingginya kepada Ar-Rabbul ‘Azim atas segala nikmat yang masih lagi dikurniakan tidak putus-putus kepada hamba-Nya tanpa merasa kerugian sedikit pun ke atas diri-Nya..subhanallah..

sebagai hamba, kita seharusnya sedar siapakah kita sebenarnya..untuk apa kita diciptakan..dan kepada siapa yang seharusnya kita berikan ketaatan sepenuhnya..

Sahabat sekalian,

alhamdulillah, kem kepimpinan baru je selesai 3 hari yang lepas. Seperti yang saya janjikan, saya akan kongsi tentang modul yang telah saya moderate dalam satu slot LDK bersama peserta-peserta. Sebelum tu alhamdulillah, kerana LDK tersebut berjalan lancar dan mencapai objektif sebagaimana yang kami inginkan. LDK tersebut merupakan satu permulaan yang baik kepada para peserta untuk memecahbekuan dalam pemikiran serta kesedaran mereka tentang Siapa Aku..?

Saya turut berasa gembira kerana berjaya mengawal suasana dan mood para peserta agar ia berada dalam keadaan tenang dan sesuai dengan cara pembawakan yang sepatutnya digunakan.alhamdulillah.

Sepertimana yang telah dinyatakan pada posting yang lepas, objektif atau himmah modul ini adalah untuk mereka mengenal diri dan memberi kesedaran kepada para peserta bahawa mereka adalah HAMBA Allah serta memberi kesedaran kepada para peserta tentang peranan sebenar sebagai Hamba-Nya dan Khalifah dimuka bumi.

Dalam modul ini, satu suasana tenang tanpa sedikit pun gangguan diwujudkan agar para peserta berada dalam mood yang mudah untuk menyentuh hati dan pemikiran mereka. Kemudian beberapa soalan yang berkaitan dengan kemampuan mereka diajukan seperti contoh :

“Sila tuliskan nama anda pada sekeping kad yang diberikan tanpa menggunakan tangan, kaki serta pancaindera yang lain..kemudian tanya pada diri adakah aku mampu?..”

Soalan-soalan begini diajukan kepada mereka dengan harapan agar mereka sedar tentang kekuasaan Allah dan kelemahan manusia yang serba dhaif. kemudian untuk mencapai objektif kedua, modul tersebut dilaksanakan secara berkumpulan. Dalam sesi ini, kita akan dapat melihat peranan mereka dalam membantu sahabat-sahabat yang tidak mampu bertindak terhadap arahan yang diberikan.

Inilah sebenarnya objektif yang diketengahkan untuk memberi kesedaran kepada mereka pri pentingnya peranan mereka untuk membuat perubahan dalam masyarakat.

Sahabat-sahabat yang dihormat,

saya nak bawa sahabat-sahabat untuk merenung seketika, cuba tanya pada diri,apakah tugas sebenar kita di dunia selain menjadi seorang HAMBA yang benar-benar patuh dan taat pada-Nya?adakah cukup sekadar solat fardhu siang dan malam, mengeluarkan zakat setiap tahun, berpuasa pada bulan ramadhan dan mengerjakan haji apabila mampu di Baitul Haram serta melakukan kebaikan serta kebajikan..adakah cukup sekadar itu?cuba sahabat-sahabat tanya pada diri dan renungkan sejenak…

Adakah itu cukup sebenarnya untuk membalas kurniaan nikmat yang telah Allah berikan kepada kita bermula dari alam roh sehingga kita berada di dunia?adakah itu cukup untuk menunjukkan kita benar-benar bersyukur atas segala kurniaan-Nya?

Maksud Firman Allah dalam surah Adz-Zaariyat ayat 56 :

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.”

Allah juga berfirman dalam surah AL-Baqarah aya 30:

….sesungguhnya Aku ingin menciptakan seorang khalifah di muka bumi…..”

Jelaslah, tugas manusia bukan sekadar bergelar sebagai hamba, tetapi juga sebagai khalifah yang berperanan untuk mentadbir dunia iaitu Alam-Nya.

wallahu’alam…

Posted in Kalam | Leave a Comment »

Siapa Aku..?

Posted by unite28 on October 8, 2008

Salam Ukhwah..

hermm Alhamdulillah..akhirnya Allah bukak jugak hati untuk menulis..tapi insyaAllah klu ada masa saya akan menulis, itu pun klu berkesempatan..

“Ada Apa Dengan Cinta”…pasti ramai yang tahu pasal cerita ni. Sudah tentunya ada perkara yang baik dan ada perkara yang tak berapa baik. Tapi itu bukanlah perkara yang nak saya ketengahkan di sini. Yang sebenarnya sedar atau tidak ada satu Novel yang menjadi tarikan dalam movie tu..herm novel apa yer?

“Siapa Aku”…tulisan yang berwarna merah gah tertulis dicover page..erm itulah novelnya. “Siapa Aku” novel yang agak terkenal di sana, sehingga diangkat dan diketengahkan dalam movie Cinta yg telah menjadi kegilaan remaja suatu ketika dulu. agak hebat ya..

Saya belum lagi berkesempatan sebenarnya nak cari secara detail tentang karya yang agak terkenal tu,insyaAllah akan saya kongsikan di sini isi dan mesej yang ingin di sampai jika ada ruang masa yang diizinkan Allah.

“Siapa Aku..?” sebenarnya telah menjadi tema untuk saya mulakan langkah awal dalam mencernakan penulisan di sini. Dan secara kebetulan, “Siapa Aku..?” juga merupakan modul yang bakal saya moderate(as moderator) dalam kem kepimpinan yang terdekat ni. uuhh, agak mencabar sebenarnya,memerlukan para peserta untuk menghayati dan menumpukan sepenuh perhatian serta men”psiko” diorang..tapi xpe,nnti akan saya kongsikan dalam blog ni apa hasil dan cerita selanjutnya. Secara umum, hadafnya adalah untuk menyedarkan kita, Siapa Kita di sisi Tuhan Rabbul Jalil..Subhanallah..

“Siapa Aku..?” akan berhenti di sini dan insyaAllah akan bersambung pada suatu ketika nanti..

Ikuti penulisan dan coretanku selepas ini..

Bittaufiq Wannajah..

Posted in Kalam | Leave a Comment »