Pabila Kalam Berbicara

Tajamnya Mata Pena

Apa dah jadi dengan Jalan Kaki 7 Pillars ?

Posted by unite28 on February 18, 2009

Salam Mahasiswa,

Baru-baru ini, UniMAP telah menjayakan program Jalan Kaki 7 pillars pada 17 Januari 2009 yang disertai 3000 mahasiswa UniMAP dan juga staf-staf. Apa yang menariknya, program itu dimeriahkan dengan bendera-bendera Palestin, kononnya untuk menunjukkan sokongan mereka kepada Palestin. Tetapi malangnya program itu dicemari dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya seperti “nyanyian” dan sebagainya. Apa sebenarnya yang ingin dibawa, ke mana sensitiviti mahasiswa UniMAP dan staf-staf terutama sekali sensitiviti NC sebagai ketua yang memimpin Universiti Malaysia Perlis ? Kalau begini cara NC memimpin universiti, maka saya cadangkan agar NC letak jawatan, kerana ia lebih baik untuk masa depan universiti dan para pelajar.

Tercemar teruknya program kononnya Untuk Mu Palestin. Program sia-sia yang dihiasi dan bertopengkan program pelancaran Tabung Kemanusian Untuk Mu Palestin yang ditampakkan jelas indah khabar dari rupa. Ia tidak seharusnya berlaku di sebuah universiti di Malaysia apabila program kononnya untuk membantu masyarakat Palentin dicemari dengan program-program keseronokan dan penuh foya-foya, sedangkan saudara-saudara kita di sana susah payah dan terseksa dengan hujan peluru. Ke mana suara dan sensitiviti mahasiswa UniMAP, staf-staf dan NC? Kalau begini, tidak perlu bersusah payah untuk menunjukkan bahawa kita prihatin kepada mereka, ia hanya tidak lebih dari retorik dan lakonan hangat-hangat tahi ayam sahaja.

Kepada admin unimapkini.blogspot, apa tindakan anda? jika anda juga tidak bersuara, anda seolah-olah berada di pihak yang membenarkan kemungkaran sedangkan anda mencanangkan kehidupan universiti sebagai tempat melahirkan ilmuan-ilmuan bukan tempat melahirkan para penghibur yang langsung tidak berguna.

Saya mohon kepada unimapkini.blogspot agar menyatakan pendiriannya tentang perkara ini, kerana anda mungkin ramai pengaruhnya di kalangan mahasiswa UniMAP, jangan hanya pandai bercakap, tetapi tidak mempunyai pendirian yang sewajarnya yang kononnnya dikatakan sebagai “platform” untuk mahasiswa UniMAP. Buktikan. Saya akan nantikan respon daripada anda wahai unimapkini.blogspot.com .

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: