Pabila Kalam Berbicara

Tajamnya Mata Pena

Selamat Kembali Beraksi…

Posted by unite28 on December 29, 2008

Salam Perubahan,

Pada kesempatan ini, Warga UniMAPKini(unite28.wordpress.com) ingin mengucapkan “Selamat Kembali Ke Universiti Malaysia Perlis” dan “Selamat Memulakan Kuliah Bagi Semester 2 08/09” kepada semua mahasiswa Universiti Malaysia Perlis

Turut serta, ucapan tahniah kepada mahasiswa yang telah memperolehi keputusan yang cemerlang dan bagi mahasiswa yang kurang baik prestasinya, cuba lagi untuk skor yang terbaik pada sem ini. Letakkan fokus dan matlamat yang jelas dalam meneruskan sesi pembelajaran, niat yang betul serta usaha yang sentiasa berterusan dan tidak berputus asa. InsyaAllah, kecemerlangan akan menghampiri anda.

Untuk makluman, bermula semester ini UniMAPKini akan berfungsi sebagai “media mahasiswa UniMAP” dalam memaparkan isu-isu dan berita-berita terkini tentang apa yang berlaku dalam kampus khusus untuk tatapan dan analisa anda semua. Segala perkongsian idea dan laporan yang ingin disumbangkan kepada UniMAPKini amatlah dialu-alukan. Anda boleh terus email kepada unimapkini@gmail.com

“Selamat Kembali Beraksi di Medan Penjuangan Ilmu…

Advertisements

5 Responses to “Selamat Kembali Beraksi…”

  1. che-mie said

    baru tahu ada blog unimap ni

    tahniah

  2. hambaNYA said

    Kepada Pemilik Blog unite28…saya nasihatkan anda supaya MENUMPUKAN kepada pembelajaran anda memandangkan resulut anda tidak beberapa BAGUS dan pernah berstatus P1. Saya buktikan ini untuk kesedaran anda. Sekian…Maaf Segalanya dari sahabatmu
    Result Unite28 2.82 (Pointer Masuk), SEM 1 06/07 (P1) 1.81, Sem 2 06/07 2.18, Sem 1 07/08 2.57, Sem 2 07/08 4.00 (sebeb LI), Sem 1 08/09 2.30 dan PNGK keseluruhanya adalah 2.43. Adakah cukup untuk kita menjadi CONTOH kepada kawan2 lain. Maafkan aku unite28 kerana terpaksa membuka rahsiamu…ini sebagai pengajaran kepada mu supaya tidak angkuh dan perlu sedar kamu siapa..bayangkan dengan result masuk 2.82…anda kalau diikutkan tidak layak ambil bidang kejuruteraan…tetapi dengan adanya KUKUM@UniMAP yang kamu hina dan benci inilah memberi ruang untuk meneruskan cita2mu menjadi seorang jurutera ISLAM yang boleh membantu orang lain…aku sedar selama ini aku banyak mendengar nasihatmu…tetapi..aku sedar sekarang..aku punyai tanggungjawab yang diamahkan IBUKU dan ALLAH iaitu MENUNTUT ilmu..aku ingin menjadi seorang yang berjaya…walaupun UniMAP tiada PRK…tetapi hidup kami masih aman,masih boleh belajar, masih boleh tdo dan makan…bayangkan unite28…adakah kamu memilih UniMAP sebagai pilihanmu…aku rasakan tidak..kerana kamu pernah bercerita yang kamu tidak pernah terlintas untuk MASUK ke UniMAP…hasratmu untuk memasuki universiti yang lebih GAH tidak tercapai…tetapi UniMAP lah yang memberi ruang kepadamu untuk meneruskan karier hidupmu..ingatlah sahabat2 yang lain…kita di UniMAP datang untuk belajar…bukan datang untuk hentam pentadbiran…bukan datang untuk hina tempat kita menimba ilmu..dimana KEBERKATANNYa…renungilah..kerana UniMAP lah kita berada sebagai mahasiswa…sedarlah sahabatku unite28…sekian

  3. iskandar said

    saya sedih ada jugak blog yang bersifat menghasaut seperti ini…

    saya juga pelajar di UniMAP, sebenarnya lebih banyak baiknya UniMAP dan persatuan2 pelajar di UniMAP drpd buruknya…blog ini ada banyak cerita yang tidak benar…

    ada juga yang mengaibkan orang dan institusi ,

    blog ini juga dibuat oleh pelajar yang merasakan die memberi ruang kepada mahasiswa untuk bersuara tetapi pada hakikatnya tidak langsung memberi impak kepada universiti kerana salurannya yang salah malah lebih kepada satu cara menjatuhkan dan mengaibkan universiti beliau menimba ilmu dan belajar…

    blog ini juga tidak mendedahkan kebaikan yang terdapat di UniMAP…

    seperti seorang anak yang berada di dalam rumah orang tuanya…dia mengutuk ibu bapanya yang telah memberi makan dan minum kepdanya…

    saya sedih jika dia adalah rakan saya…

    “Atau adakah mereka hasad (iri hati ) kepada manusia, kerana Allah memberikan kurnia-Nya?” -surah Nisa ayat 54.

  4. unite28 said

    kepada hambaNYA(hamba8686@yahoo.com)
    anda pasti ke ttg sy yang anda tulis kt atas tu?erm cube cek btul2..klu salah itu blh dikatakan menipu sbb fakta yg xbtul..sy akan tuntut di akhirat kelak jika fakta mengenai sy diseleweng…kcuali anda mhn mf..

  5. Bdak Kg Wai said

    tunjuk ar result klau berani beb.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: