Pabila Kalam Berbicara

Tajamnya Mata Pena

Mahasiswa Melayu Ketinggalan Kerana Berpolitik..?

Posted by unite28 on December 22, 2008

Assalamu’alaikum sahabat sekalian,

Rasanya sudah lama saya tidak mencerna penulisan saya di sini, kini telah bangkit kembali rasa rindu untuk menulis.

Benarkah “Mahasiswa Melayu Ketinggalan Kerana Berpolitik..?” Saya ingin ajukan soalan ini kepada pembaca amnya dan semua mahasiswa melayu UniMAP khususnya untuk mereka jawab dengan hati yang jujur dan ikhlas.

Cuba tanya pada diri anda sendiri, berapakah PNGK yang anda perolehi sejak anda mula melangkah masuk ke UniMAP sehingga sekarang? (walaupun saya akui itu adalah ukuran sekular untuk menilai tahap keilmuan seseorang dan bukanlah ukuran yang wajar) adakah 4 flat, atau 3.50 n above, atau 3.00 n above atau 2.5 n above atau 2.5 ke bawah ?

Cuba tanya lagi pada diri, adakah aku dapat PNGK yang rendah kerana berpolitik di kampus ? ataupun adakah aku dapat PNGK yang tinggi kerana berpolitik di kampus ?

Atau aku sebenarnya lalai dan leka dengan hiruk pikuk keseronokan dunia serta budaya hedonisma yang menggila dan melampau sejak akhir-akhir ini yang mana telah merudumkan prestasi aku dalam akademik ? Simpan dahulu jawapan itu sehingga anda mengakhiri penulisan saya.

Kali ini saya ingin mengajak sahabat-sahabat untuk melihat beberapa fakta yang seharusnya difikir dan direnung bersama. Ia sebenarnya jawapan kepada segala pertanyaan yang telah saya ajukan sebentar tadi. Ayuh kita lihat.

Seorang YB daripada penyokong kerajaan telah mendedahkan bahawa para mahasiswa terutamanya di IPT lemah minda bukan kerana berpolitik tetapi kerana malas belajar. Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) berkata, pelajar di universiti bukan sahaja tidak membaca buku dan hanya bergantung kepada nota dari pensyarah, malah malas untuk membuat rujukan dan malas pula membaca buku dalam bahasa Inggeris.

“Ini kerana susah, pening kepala. Pergi periksa hanya berdasarkan nota pensyarah, tutorial. Ke mana ilmu pengetahuan di kalangan masyarakat pelajar kita?” katanya semasa membahaskan Rang Undang-undang Universiti dan Kolej Univeriti 2008 di Dewan Rakyat hari ini.

Adakah benar ada di kalangan mahasiswa pada hari malas untuk melakukan itu semua? mungkinlah bukan semua. Saya tertarik untuk menimbulkan satu persoalan, apakah sebenarnya punca mahasiswa semakin malas ?

Sepanjang saya berada di universiti, saya perlu akui bahawa sistem yang sedia ada memang melahirkan mahasiswa yang hanya menghafal nota semata-mata tanpa ada inisiatif untuk membuat rujukan, tambahan pula sikap mahasiswa sekarang yang lebih cendurung untuk menambah pengetahuan mereka ke arah perkara-perkara yang tidak “berapa penting” bagi mereka dan bersifat hedonisma. Hal ini perlu diakui oleh semua mahasiswa.

Apabila mahasiswa sudah tidak lagi berminat untuk memikirkan isu-isu dan perkembangan negara serta terlibat dalam kepimpinan kampus atau lebih sinonim disebut “politik kampus” maka mereka akan memilih untuk bergiat aktif dan cenderung ke arah gejala-gejala hedonisma, inilah sebenarnya yang diingin oleh kerajaan. Ayuh kita lihat lagi.

Universiti Malaya (UM) disenaraikan pada ranking 230 universiti terbaik dunia 2008 oleh THE-QS (Times Higher Education-Quacquarelli Symmonds). Kedudukan itu meningkat berbanding tahun lepas apabila universiti berkenaan berada pada ranking 246 bagi tahun 2007. Kedudukan universiti top malaysia iaitu UM, UKM dan USM adalah seperti berikut:

  1. UM    = 169(2005), 192(2006), 246(2007), 230(2008)
  2. UKM = 288(2005), 185(2006), 309(2007), 250(2008)
  3. USM  = 326(2005), 277(2006), 307(2007), 313(2008)

Jika dibuat penilaian secara kasar, ia dilihat stabil, tetapi pada hakikat sebenarnya kedudukan kedudukan ketiga-tiga universiti itu semakin merosot dan menurun.Ia bukanlah kedudukan yang boleh dibanggakan kerana masih ada universiti yang dapat menduduki tangga 200 terbaik termasuk 2 buah universiti India iaitu Indian Institute of Technology Delhi yang berada pada tangga 154(2008) dari tangga 307(2007) dan Indian Institute of Technology Bombay yang berada pada tangga 174(2008) dari tangga 269(2007). Ini amat memalukan. Apa sudah jadi kepada mahasiswa Malaysia, di manakah “taring” dan “bisa” mereka ? Ini tidak lain tidak bukan kerana sistem dan budaya songsang yang telah menular di kalangan mahasiswa.

Sedar atau tidak ia sudah pun berlaku dan akan terus dan terus berlaku sehingga menerobos kembali benteng penjajahan silam jika tiada “wira” yang menyekat dan membanterasnya. Inilah hakikat yang perlu mahasiswa khususnya penuntut UniMAP sedar, bahawa mereka sudah tersimpang jauh dari landasan sebenar untuk membentuk jati diri, sifat kepimpinan serta idealisma mereka sebagai peneraju negara pada masa yang akan datang. Wallahua’lam..

Advertisements

7 Responses to “Mahasiswa Melayu Ketinggalan Kerana Berpolitik..?”

  1. siswi_malu said

    Bismillah hirrahmanirrahim…

    dengan kalimah Alhamdulillah, aku mensyukuri akan nikmat Mu, dengan subhanallah, aku mengakui kesucian Mu, dengan kalimah Au’zubiilah aku memohon perlindungan daripada Mu dan dengan Astaghfirullah aku memohon keampunan Mu…

    buat pertama kali saya baca blog ini pada awal dulu, saya cukup malu berada di unimap..bila unite28 menggunakan istilah “pelajar unimap”.
    kawan2 kat luar sume tanya btl @ x..xpelah asalkan saya tahu auku..

    dan hari ini saya dapat merasakan tajuk yg baru diajukan unite28 adalah tajuk yg sesuai untuk dibincangkan. di mana segalanya adalah terletak pada diri sendiri. kita kena menilai semula diri ini bagi penambahbaikkan dalam diri.

    persoalan yg timbul..siapakah diri ini?saya menharapkan pembaca sekalian dapt senaraikan jawapannya..kemudian lihat semula ke dalam hati..mampukah aku?sudah sampai masanya kah?

    kemudian..salah siapakah ini?cerminlah diri sendiri..

    alhamdulillah..buat pertama kali exam di unimap..pointer ok..

    apa yang saya nak kongsi di sini ialah, kita sebagai manusia di beri pilihan..kerana segala keputusan adalah di tangan kita..(dengan izin Allah)..paling teruk pon mati!!orang di sekeliling adalah orang yang mempengaruhi diri kita dalam membuat keputusan..

    sukar..sangat susah…nak belajar sekalipon…apa ntah lg nak berpolitik..
    pada pandangan saya..mahasiswa tidak digalakkan untuk berpolitik kerana..dah lah malas!!lg diberi peluang berpolitik..lansung tinggal pelajaran…

    ada orang kata ilmu ad di mana2..betul dan tepat sakali..letak mana akal??Allah dah tunjukkan bahawa ilmu berpolitik adalah selepas kita menuntut di universiti..xboleh nak tunggu??xsabar??takut mati kejap lagi??xsempat nak memperjuangkan agama bangsa dan negara nanti??Allah beri kita akal untuk berfikir..buat perancangan..bukan dengan nafsu nak tergopoh gapah..
    apa salahnya, pada masa kita tengah belajar ni, fikirkan sahaja dan buat perancangan untuk berpolitik selepas belajar nanti..kemudian pelaksanaan buatlah nanti..xpayahlah nak berdemonstrasi..mcm kat u luar tu..hisy mencapub!!!

    “hati” bagi universiti itu adalah mahasiswa..kerana hati adalah raja..baik hati, baiklah seluruh anggotannya..

    jadi sebelum kita semua mengeluarkan suara(dengan nafsu) yang dikata sebagai ‘suara mahasiswa’..keluarkanlah suara hati juga untuk diri kita..

    maffkan saya kerana memberi komen ini kerana saya sudah pon bergelar mahasiswa..mahasiswa UNIMAP..dan maaf juga kerana penulisan say terlalau abstrak..suka saya untuk menggalakkan mahasiswa kini berfikir..berfikir dalam zikir..

    malu ingin menyatakan di sini bahwa buatlah sesuatu kerana Allah..
    kerana siswi suka mengingatkan bahwa itu adlah yg tertinggi..
    bukan buat sesuatu kerana Allah(dgn kata2 shj)..tp ad kepentingan di sebaliknya..
    fahami dan meniliti adlah berbeza..

    salam ..

  2. siswi_malu said

    oppsss..=)

    ad penambahan sedikit..
    kita pelajar..kenapakah kita perlu menilai pointer yang kita dapat?
    saya dan rakan say ni ber pendapat bahawa..apa yang perlu dinilai adalh usaha, ikhtiar, doa dan tawakkal yg kita buat..kerana keputusan itu adlah sebagai bukti sahaja..dan x semestinya bukti itu sahih dan benar..kadang2 kita dah blajr rajin2..tapi pointer truk gak..segalanya Allah yg menentukan..

    dan kepad unite28..jgn selalu pakai ‘pelajar unimap’, ‘para pelajar’, ‘mahasiswa’ secara terus..
    kalau boleh sentiasa gune ‘sesetengah’ di hadapannya..walupun stated in d next sentence..first impression tu penting..

    siswi ini sgt sensitif..hehe

  3. unite28 said

    kita pelajar..kenapakah kita perlu menilai pointer yang kita dapat?

    kepada “saya dan rakan say”(dalam comment siswi_malu) : jawapannya mudah, kerana sistem kita mmg begitu,sistem sekular..ramai sesetengah kita masih berfikiran sekular, apabila sy menggunakan ukuran begitu, sy harap mereka faham dan sensitif(saya pun xmengikritaf ukuran pointer). Kalau nk guna ukuran yg betul, xde mslh, tp ubah dlu pmikiran kita, kerana hari ini “ilmu diukur dengan dengan sarjana” that’s wrong right..klu btul2 kamu smua btul2 ikhlas menuntut ilmu, jgn ada cita-cat nk dpt sarjana atau degree, tp letakkan cita-cita utk hadam ilmu yg kita pelajari, buktinya mudh, jgn stdy atau menela’ah apabila nk exam je..

  4. retorika_kini said

    alhamdulillah..

    panjang umur…
    murah rezeki..
    ditetapkan iman..
    elak dikuasai nafsu..
    sihat badan..
    kelapangan fikiran..
    ketenangan hati…

    setuju dengan siswi_malu..
    politik kampus..perlu ad??
    jwblah sendiri..dengan pemikiran sbg seorang mahasiswa..
    untuk apa??
    jwblah sbg seorang yg sudah matang..
    bagaimana???
    carilah dengan pemikiran org kelas pertama..
    kesannya??
    jauh..jauh lg..bkan takat tu jer..ad lg..akhirnya..???
    muhasabah diri..
    INSYAALAH..

    menyahut seruan ALLAH..ingatan unite28..sama2 kita doakan saudara kita di palestin..dan umat Islam seluruh dunia..

  5. iskandar said

    “saya pun xmengiktiraf ukuran pointer….”- Unite28

    haha…siapa kamu nak iktiraf…jangan lah pandai2 nak adaka ruangan seperti ini jika ilmu anda cetek

    ada ka tak payah letak cita2 nak dapat sarjana…

    ape ke punye nasihat awak ini …adakah saya tak ikhlas kalau saya meletak cita2 untuk sarjana…

    nonsense…

  6. Bdak Kg Wai said

    pointer rendah. sbb tu x iktiraf sistem pointer..ekekekeke. blaja mlas. ngutuk je keje. org dh bg tmpat blaja pn xbersyukur.

  7. BERBUALLL!!!! said

    ERMM APA YANG CUBA DI KETENGAHKN OLEH SAUDARA SEBENARNYA???
    KENAPA PERLU ANDA MEMBUAT SEMUA PERKARA NIE???
    SENANG CITE LU TULIS DALAM BLOG BOLEH RR TAPI NAPE DULU X PERJUANGKAN,,,,
    LU MACAM ORG POYO RR???
    KALU DICAKAP MARAH TAPI TGK RR BENDA DAH BERLAKU BARU NK BISING2!!!

    SEMAKKK!!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: