Pabila Kalam Berbicara

Tajamnya Mata Pena

Archive for December, 2008

MAHASISWA UniMAP PRIHATIN

Posted by unite28 on December 31, 2008

AYUH MAHASISWA UniMAP!

TUNJUKKAN SENSITIVITI ANDA!

AYUH BERSAMA-SAMA MEMOHON DOA KEPADA ALLAH DAN BERSOLAT HAJAT DEMI KEAMANAN DAN KEMENANGAN SELURUH UMAT ISLAM KHUSUSNYA UNTUK SAUDARA KITA DI PALESTIN


“Angkatlah kedua-dua tanganmu memohon doa dan perlindungan serta pertolongan untuk mereka, kerana sesungguh itu sahaja yang mampu kamu lakukan”

Advertisements

Posted in Pengumuman | Leave a Comment »

Selamat Kembali Beraksi…

Posted by unite28 on December 29, 2008

Salam Perubahan,

Pada kesempatan ini, Warga UniMAPKini(unite28.wordpress.com) ingin mengucapkan “Selamat Kembali Ke Universiti Malaysia Perlis” dan “Selamat Memulakan Kuliah Bagi Semester 2 08/09” kepada semua mahasiswa Universiti Malaysia Perlis

Turut serta, ucapan tahniah kepada mahasiswa yang telah memperolehi keputusan yang cemerlang dan bagi mahasiswa yang kurang baik prestasinya, cuba lagi untuk skor yang terbaik pada sem ini. Letakkan fokus dan matlamat yang jelas dalam meneruskan sesi pembelajaran, niat yang betul serta usaha yang sentiasa berterusan dan tidak berputus asa. InsyaAllah, kecemerlangan akan menghampiri anda.

Untuk makluman, bermula semester ini UniMAPKini akan berfungsi sebagai “media mahasiswa UniMAP” dalam memaparkan isu-isu dan berita-berita terkini tentang apa yang berlaku dalam kampus khusus untuk tatapan dan analisa anda semua. Segala perkongsian idea dan laporan yang ingin disumbangkan kepada UniMAPKini amatlah dialu-alukan. Anda boleh terus email kepada unimapkini@gmail.com

“Selamat Kembali Beraksi di Medan Penjuangan Ilmu…

Posted in Kalam | 5 Comments »

Mahasiswa Melayu Ketinggalan Kerana Berpolitik..?

Posted by unite28 on December 22, 2008

Assalamu’alaikum sahabat sekalian,

Rasanya sudah lama saya tidak mencerna penulisan saya di sini, kini telah bangkit kembali rasa rindu untuk menulis.

Benarkah “Mahasiswa Melayu Ketinggalan Kerana Berpolitik..?” Saya ingin ajukan soalan ini kepada pembaca amnya dan semua mahasiswa melayu UniMAP khususnya untuk mereka jawab dengan hati yang jujur dan ikhlas.

Cuba tanya pada diri anda sendiri, berapakah PNGK yang anda perolehi sejak anda mula melangkah masuk ke UniMAP sehingga sekarang? (walaupun saya akui itu adalah ukuran sekular untuk menilai tahap keilmuan seseorang dan bukanlah ukuran yang wajar) adakah 4 flat, atau 3.50 n above, atau 3.00 n above atau 2.5 n above atau 2.5 ke bawah ?

Cuba tanya lagi pada diri, adakah aku dapat PNGK yang rendah kerana berpolitik di kampus ? ataupun adakah aku dapat PNGK yang tinggi kerana berpolitik di kampus ?

Atau aku sebenarnya lalai dan leka dengan hiruk pikuk keseronokan dunia serta budaya hedonisma yang menggila dan melampau sejak akhir-akhir ini yang mana telah merudumkan prestasi aku dalam akademik ? Simpan dahulu jawapan itu sehingga anda mengakhiri penulisan saya.

Kali ini saya ingin mengajak sahabat-sahabat untuk melihat beberapa fakta yang seharusnya difikir dan direnung bersama. Ia sebenarnya jawapan kepada segala pertanyaan yang telah saya ajukan sebentar tadi. Ayuh kita lihat.

Read the rest of this entry »

Posted in Kampus | 7 Comments »