Pabila Kalam Berbicara

Tajamnya Mata Pena

Buta AUKU Punca Mahasiswa UniMAP Tiada “Solidarity”..?

Posted by unite28 on October 25, 2008

Salam Perjuangan,

Alhamdulillah kali ni sempat juga saya luangkan masa untuk menyambung penulisan saya kembali. Sudah tentu ramai yang tertunggu-tunggu penulisan saya yang seterusnya tentang perincian AUKU. Tetapi sebelum itu, memandangkan terdapat banyak lontaran komen terhadap posting saya yang lepas, maka seharusnya saya ingin mengambil peluang untuk memperjelaskan beberapa perkara yang dibangkitkan agar ia difahami dengan baik oleh sahabat-sahabat semua.

Pertama, berkaitan dengan perkataan “Tidak Memahami” atau “Buta” AUKU yang disebut oleh saya dalam posting yang lepas. Dalam hal ini, mereka yang menghantar komen seharusnya merujuk dan mendapatkan penjelasan sebenar di sebalik makna perkataan yang digunakan oleh penulis. Berkemungkinan besar, apa yang ditafsirkan oleh penulis berbeza dengan apa yang difahami oleh anda. Jadi bertindaklah dengan bijak.

Saya telah menyebut dalam komen saya sebelum ini, maksud yang ingin disampaikan oleh saya adalah mahasiswa UniMAP tidak memahami, tidak mengetahui dan tidak mengambil peduli mengenai perincian dan seksyen-seksyen yang ada di dalam AUKU. Jika kita tanya kepada mereka berkaitan dengan Seksyen 15 contohnya, adakah mereka tahu berkaitan dengan apa seksyen itu ? Kalau itu pun mereka tidak boleh untuk memberikan jawapan yang tepat, jauh sekali untuk mereka mengetahui sub-sub seksyen yang ada di dalamnya . Sedangkan Seksyen tersebut adalah penting untuk pengetahuan mereka sebagai seorang penuntut universiti.

Yang kedua, saya rasa masih ramai lagi mahasiswa UniMAP yang masih belum mengenali dan memahami situasi dan proses sebenar pemilihan MPP di UniMAP. Sahabat-sahabat perlu menyedari bahawa tujuan blog ini dibuka dan saya menulis serta berposting di sini adalah kerana berlaku kepincangan terhadap pemilihan MPP itu sendiri yang sewajarnya perlu melalui PRK. Ramai yang tidak memahami dan tidak pun pernah mengetahui situasi ini melainkan segelintir sahaja, itu pun mereka yang pernah melalui situasi tersebut, jika tidak sudah tentu mereka pun tetap tidak akan memahami.

Cukup sekadar itu sedikit penjelasan tentang komen-komen yang diberikan, walaubagaimanapun terima kasih atas pencambahan idea dan lontaran kritikan membina yang diberikan, semoga ia menjadi medan untuk sahabat-sahabat meningkatkan kesedaran tentang isu-isu kampus seterusnya memantapkan kualiti kepimpinan MPP selaku “stand” memperjuangkan hak pelajar.

Berbalik semula kepada perincian seterusnya AUKU, kali ini saya akan berkongsi pula berkenaan dengan Majlis Perwakilan Pelajar yang berada di bawah Seksyen 8 yang mana seksyen ini menyebut tentang Perlembagaan Universiti. Di bawah Perlembagaan Universiti ini pula terdapat Seksyen 48 yang menyebut tentang Majlis Perwakilan Pelajar yang mana pada tahun ini telah berlaku pindaan pada seksyen tersebut.

Berikut adalah Seksyen 48 dalam Perlembagaan Universiti di bawah Seksyen 8:

48. (1) Pelajar berdaftar Universiti, selain pelajar luar, hendaklah pada kesemuanya menjadi suatu badan yang dinamai Kesatuan Pelajar-Pelajar Universiti (kemudian daripada ini dalam Perlembagaan ini disebut “Kesatuan”).

Pindaan (2008):

dalam seksyen 48—

(i) dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:
(1a) Lembaga boleh membuat Peraturan-Peraturan bagi penjalanan pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar dan bagi segala perkara yang berhubungan dengannya.”;

(Seksyen 2 : “Lembaga”, berhubung dengan sesuatu Universiti, ertinya Lembaga Pengarah Universiti itu yang ditubuhkan mengikut Perlembagaan Universiti itu;)

(2) Kesatuan hendaklah memilih suatu Majlis Pewakilan Pelajar-Pelajar (kemudian daripada ini dalam Perlembagaan ini disebut “MPP”) mengikut cara yang berikut:

(a) pelajar berdaftar setiap Fakulti, Sekolah, Pusat, Akademi dan Institut hendaklah memilih melalui undi rahsia yang dijalankan oleh Dekan Fakulti atau Ketua Sekolah, Pusat, Akademi atau Institut, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebilangan pelajar berdaftar yang sama bilangannya daripada Fakulti, Sekolah, Pusat, Akademi dan Institut itu untuk menjadi wakil dalam MPP, sebagaimana yang ditentukan oleh Naib Canselor; dan
(b) pelajar berdaftar sebagai keseluruhan hendaklah memilih dengan undi rahsia yang dijalankan oleh mana-mana pegawai yang dilantik oleh Naib Canselor bagi maksud itu, beberapa orang pelajar berdaftar, mengikut sebagaimana yang ditentukan oleh Naib Canselor, untuk menjadi wakil dalam MPP, dan bilangan pelajar itu hendaklah, walau bagaimanapun, tidak lebih daripada setengah daripada bilangan wakil yang dipilih di bawah perenggan (a).

(3) MPP hendaklah memilih dari antara ahlinya seorang Yang Dipertua, seorang Naib Yang Dipertua, seorang Setiausaha dan seorang Bendahari dan hanya merekalah sahaja yang menjadi pemegang jawatannya, melainkan jika dibenarkan secara bertulis sebaliknya oleh Naib Canselor; pemegang jawatan yang dibenarkan sedemikian oleh Naib Canselor hendaklah dipilih oleh MPP dari antara ahli MPP.

(4) Ahli MPP dan pemegang jawatannya hendaklah dipilih selama satu tahun.

(5) Keputusan MPP hendaklah diambil mengikut undi terbanyak dengan tidak kurang daripada dua pertiga daripada ahli hadir dan mengundi.

(6) MPP boleh membentuk dari semasa ke semasa, dengan terlebih dahulu mendapat kelulusan secara bertulis daripada Naib Canselor, jawatankuasa ad hoc dari antara ahlinya bagi maksud atau tujuan tertentu.

(7) Tiada seseorang pelajar yang keputusan prosiding tatatertib terhadapnya masih ditunggu, atau yang telah didapati bersalah atas suatu kesalahan tatatertib, boleh dipilih atau terus lagi menjadi seorang ahli MPP atau seorang pemegang jawatan bagi mana-mana badan atau jawatankuasa pelajar, melainkan jika dibenarkan secara bertulis oleh Naib Canselor.

(8) Seseorang pelajar yang belum lagi masuk peperiksaannya yang pertama di Universiti bagi kursus pengajiannya atau yang telah gagal atau yang tidak masuk peperiksaan yang baharu lalu yang diadakan oleh Universiti bagi kursus pengajiannya sebelum sahaja sesuatu pemilihan atau pemilihan yang dicadangkan bagi MPP atau oleh MPP atau bagi atau oleh mana-mana pertubuhan atau badan pelajar yang lain adalah hilang kelayakan untuk dipilih dalam pemilihan atau pemilihan itu.

(9) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menghalang seseorang siswazah, yang didaftarkan sebagai seorang pelajar untuk suatu ijazah yang lebih tinggi atau suatu diploma lepas ijazah, daripada menjadi seorang ahli bersekutu Kesatuan.

(10) Tujuan dan fungsi MPP ialah untuk:

(a) memupuk semangat hidup sebagai suatu perbadanan di kalangan pelajar Universiti;
(b) tertakluk kepada arahan Naib Canselor, menyusun dan menyelia kemudahan kebajikan pelajar di Universiti termasuk kemudahan rekreasi, aktiviti kerohanian dan keagamaan, dan pembekalan makanan dan minuman;
(c) membuat rayuan kepada Naib Canselor mengenai segala perkara yang berhubungan dengan atau berkenaan dengan keadaan hidup dan kerja pelajar Universiti;
(d) diwakili dalam mana-mana badan yang boleh, mengikut sesuatu Kaedah yang dibuat oleh Lembaga bagi maksud itu, dilantik untuk menjalankan aktiviti kebajikan pelajar di Universiti; dan
(e)
menjalankan apa-apa aktiviti lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga dari semasa ke semasa.

Sahabat-sahabat sekalian,

Sudah tentu banyak input yang saudara-saudari dapat daripada perkongsian di atas. Seksyen tersebut sebenarnya menerangkan secara jelas tentang cara-cara pemilihan MPP seterusnya fungsi MPP itu sendiri yang bertindak sebagai wakil mahasiswa dalam kampus.

Cuba kita lihat kembali subseksyen 2. Di bawah subseksyen ini diterangkan mengenai cara-cara yang seharusnya dilalui oleh para mahasiswa dalam membuat pemilihan MPP. Sebagaimana disebut tentang “Undi Rahsia” yang seharusnya dilalui oleh setiap mahasiswa dan dilaksanakan oleh Dekan Fakulti atau Ketua Sekolah, Pusat, Akademi atau Institut, mengikut mana-mana yang berkenaan. Ini disebut dalam Subseksyen 2 (a).

Begitu juga dalam subseksyen selepasnya, disebut tentang “pelajar berdaftar sebagai keseluruhan hendaklah memilih dengan undi rahsia yang dijalankan oleh mana-mana pegawai yang dilantik oleh Naib Canselor bagi maksud itu, beberapa orang pelajar berdaftar, mengikut sebagaimana yang ditentukan oleh Naib Canselor, untuk menjadi wakil dalam MPP”. Inilah sebenarnya hak kita sebagai mahasiswa di setiap universiti, diberikan peluang oleh AUKU untuk membuat pemilihan bagi mengisi jawatan-jawatan dalam MPP.

Berbeza dengan apa yang berlaku sekarang, kita tidak langsung diberi peluang untuk mendaftar sebagai calon apatah lagi untuk memilih. Jika ada usaha untuk menggagalkan pengambilan borang oleh para mahasiswa, maka bagaimana ingin terjadinya pemilihan ? Tiada kawasan yang mempunyai lebih pencalonan daripada seorang, semuanya cukup seorang calon(yang dicadangkan oleh HEP) untuk setiap kawasan, bagaimana ingin terjadinya proses berkempen dan pembuangan undi ? Maka PRK tidak akan sama sekali berlaku. Inilah situasi sebenarnya yang berlaku di Universiti Malaysia Perlis yang amat-amat disayangi.

Maka seharusnya kita perlu sedar tentang perkara ini, bukan sekadar kita riuh bersuara di dalam kelompok-kelompok yang kecil, tetapi sepadukan suara anda di sini, kami memerlukan suara anda. Sedarlah jika sahabat-sahabat mungkin tidak memikirkan tentang diri sendiri kerana sebab tertentu, tetapi fikirlah untuk junior-junior sebagai generasi yang akan datang. Kita tidak mahu lagi MPP dipilih oleh HEP sebagaimana berlaku di sekolah rendah, tetapi kita mahu MPP dipilih oleh kita sebagaimana berlaku di Matrikulasi dan institusi yang lain.

Untuk memulakan langkah pertama agak payah, tetapi jika ia sudah bermula insyaAllah ia akan terus bergerak laju sehingga generasi-generasi kita yang seterusnya.

Ayuh, sedarlah wahai sahabat-sahabat sekalian, marilah kita sama-sama menyepadukan suara kita.

Solidarity Mahasiswa UniMAP !

wallahu’alam.

Advertisements

32 Responses to “Buta AUKU Punca Mahasiswa UniMAP Tiada “Solidarity”..?”

  1. along said

    humm..sebagai seorang pelajar,yang mana kite perlu lebih pentingkan?
    memang x salah sekiranya kite ingin mengambil tahu semua bende yang berlaku,tetapi masih ada tempat dan batasnya…
    mcm isu yang saudara bangkitkan ini,mungkin sumenye sudah lapuk…
    sebab sebelum ini,isu ini selalu dibincangkan bersama-sama dengan senior-senior lepas didalam forum friendster…
    dan sampai sekarang pun isu ini masih dibincangkan …
    semuanya sebab tidak puas ati dengan pemilihan mpp di unimap…
    kalau kite ini hanya bombastik berbincang di blog @ forum,mcm mane student tu nak nampak kebolehan kite..
    cuba buktikan dengan membantu,menyertai dan sebagainya program2 yang dibuat…
    saya ingin bertanya la,adakah saudara ini selalu join @ terlibat dengan program-program yang universiti buat?
    klu ada,bagusla dan bukan hanya bercanang di blog sahaja…
    bukannya marah cuma rasa terkilan la sebab seorang pelajar yang belum pun menghabiskan pelajaran di universiti yang ‘dicintai’ nya itu,mempertikaikan keputusan yang dibuat oleh pihak universiti…
    pernahkah saudara terlibat sendiri dengan pengurusan aktiviti yang saudara sendiri buat?berurusan dengan pihak atasan dan sebagainya..

    soalan untuk saudara lgi? saudara pernah pergi mencalonkan diri sebagai mpp?
    pergi membeli borang dan sebagainya?
    kalau ada,alhamdulillah…ini maksudnya yang saudara memang betul-betul mahukan pembaharuan dibuat di universiti ini …

    saya rasa isu pasal cuba dihalang untuk menjadi calon mpp tu bukan persoalan yang perlu dibangkitkan…
    ini kerana,kalau kite betul2 mahukan dan mahu bertanding untuk jawatan itu,kite akan tetap buat…bak kata pepatah,” alang-alang menyeluk pekasam,biar sampai ke pangkal lengan..” dan bukannya “hangat-hangat tahi ayam”..

    isu pasal AUKU plak…
    secara jujurnya,saudara sendiri faham ke pasal AUKU ni? kenapa dan mengapa ia diwujudkan?
    pasal isu mpp yg kurang tahu pasal AUKU? jujurnya saudara sendiri faham ke segala isi yang dibentangkan dalam AUKU itu,@ pun sekadar mengambil tahu untuk di posting kedalam blog?
    isu-isu lain dalam AUKU tu,boleh ke saudara nyatakan sekiranya ada insan yang bertanya?
    saya rasa sebagai seorang pelajar mungkin tidak mempunyai masa @ sempat untuk study isu AUKU kerana sememangnya kita ni sibuk sepanjang hari…
    saudara sendiri faham sebab saudara pun seorang pelajar…
    saya x rasa “buta AUKU punca mahasiswa unimap tiada solidarity”..
    sebab banyak cara lain untuk kita memupuk perpaduan itu…
    salah satunya menghadiri program yang dilaksanakan pun boleh sekiranya kita benar-benar memanfaatkannya…
    bukan dengan hanya ‘memahamkan’ apa itu AUKU kita mampu memupuk solidarity itu…

    saya memetik kata-kata seorang tokoh…

    “Kita dapati penuntut Melayu amat berminat dengan kegiatan politik. Mereka suka melibatkan diri dengan demontrasi jalanan dan lain-lain aktiviti politik yang memakan masa mereka di universiti. Dengan ini tidak dapat tidak tumpuan mereka kepada penguasaan ilmu tentu kurang. Amatlah merugikan mereka dan masyarakat Melayu jika mereka gagal

    “Penuntut universiti tentu tidak suka dengar pendapat saya ini. Yang amat marah kerana AUKU ialah penuntut Melayu. Saya rela dimarah oleh siapa sahaja tetapi saya tidak berniat buruk semasa memperkenalkan AUKU. Bagi saya peningkatan kebolehan bangsa saya adalah lebih penting dan utama daripada apa kecaman terhadap diri saya”

    dan

    “Jika hari ini penuntut lebih dewasa dan bertanggungjawab batalkan sahaja AUKU”

    ~posting ini tiada unsur-unsur amarah yang melampau,ini sekadar pandangan saya sebagai seoarang pelajar tahun akhir kepada adik-adik sekalian…~

    regards,
    along n angah

  2. Muhammad Saufi said

    Salam semua… aku tgk sorang2 cakap hebat.. tapi xda pun yg boh nama betul.. ape la… cam pondan. pengecut!!… x kira la yg sokong or bangkang.. semua sama je.. weii!! korang ni dok sebok pilihanraya kampus, MPP watpe?? korang sedar x kt unimap ni KELAB ngan PERSATUAN pelajar banyak mampus??!!! weiii!! korang xyah la nk sembang pasal MPP kalau korang sendiri x mampu nak bangunkan kelab/persatuan pelajar yg kecik… organisasi kecik pun x reti nk manage.. inikan nak jd MPP.. jangan harap la… Aku nak tanya, brape ramai dak unimap yg ada join kelab/persatuan?? tolak tepi kelab ppk ngan ko-k… ade x??! ape sumbangan korang??!! disebabkan Kelab/persatuan kt unimap ni lemah la antara punca MPP lemah!!! Korang tanya la MPP yg ada kt unimap ni.. sape ada join Kelab??!!! tolak tepi kelab PPK ngan Ko-k.. ada?!! korang pun x join… 2 x 5 je…!

    Korang ni xtaw tul la nak main politik… tau sembang je… korang kalau jd MPP ade ke pengikut/penyokong??! ntah2 org pun x taw korang ni wujud kt unimap nih…

    sebab tu la aku kata… join la persatuan, kelab… hidupkan dulu kelab.. naikkan kelab.. cari ahli bnyk2.. jadikan kelab aktif… bila kelab dh aktif, kuat.. baru la dpt lahirkan pemimpin yg hebat dari kelab!! dalam kelab sendiri korang dpt blaja camne nak uruskan program, ragam orang, organisasi, politik lam kelab, birokrasi… masa lam kelab la korang BELAJAR!!! bukannye dah jadi MPP baru nak BELAJAR!! kalau la setiap MPP yg naik dari kelab2 / persatuan2 pelajar… baru la ramai pengikut… bila ramai pengikut.. baru la MPP jadi kuat!!! sape penulis blog ni?? aku rasa kalau ko jd MPP skang ni pun org x suka…

    aku mmg x setuju sangat kt uinimap ni kalau xda pilihanraya… rasa macam loser.. aku cakap camni sbb aku ni MPP 2007/2008… aku menang tanpa bertanding… aku brani cakap, ramai MPP b4 ni terpaksa ikut kata pentadbiran… sebab apa?? sebab depa yg lantik le… aku x brani nak kata HEP salah 100%… STUDENT pun SALAH!!! student skang ni LESU!! lembik!! PASIF!! bila bagi ruang bcakap, pandai!! suruh buat.. SEMUA TOLAK!! taw x MPP yg pernah ada, x semua rela utk jd MPP… sebab semua taw, akan dibenci student… nak, xnak.. terima je la… at least try, dari duduk depan komputer hentam sana sini tapi x buat apa… sape la yg nak wat kerja HINA ni kalau x kami dari MPP ni… HEP nak wat pilihanraya pun… student ramai tido.. mana la ada yg nk jd MPP…

    Kesimpulannye.. student & pentadbiran, 2 x 5… tp, mulai dari sekarang, student kena la ubah persepsi ini… panjang sangat aku dh taip nih… pandai2 la korang pikir… semua dh besar panjang… susah2, stadi je elok2.. nnt keja best2.. abis cita…

  3. Muhammad Saufi said

    Salam semua… aku tgk sorang2 cakap hebat.. tapi xda pun yg boh nama betul.. ape la… cam pondan. pengecut!!… x kira la yg sokong or bangkang.. semua sama je.. weii!! korang ni dok sebok pilihanraya kampus, MPP watpe?? korang sedar x kt unimap ni KELAB ngan PERSATUAN pelajar banyak mampus??!!! weiii!! korang xyah la nk sembang pasal MPP kalau korang sendiri x mampu nak bangunkan kelab/persatuan pelajar yg kecik… organisasi kecik pun x reti nk manage.. inikan nak jd MPP.. jangan harap la… Aku nak tanya, brape ramai dak unimap yg ada join kelab/persatuan?? tolak tepi kelab ppk ngan ko-k… ade x??! ape sumbangan korang??!! disebabkan Kelab/persatuan kt unimap ni lemah la antara punca MPP lemah!!! Korang tanya la MPP yg ada kt unimap ni.. sape ada join Kelab??!!! tolak tepi kelab PPK ngan Ko-k.. ada?!! korang pun x join… 2 x 5 je…!

    Korang ni xtaw tul la nak main politik… tau sembang je… korang kalau jd MPP ade ke pengikut/penyokong??! ntah2 org pun x taw korang ni wujud kt unimap nih…

    sebab tu la aku kata… join la persatuan, kelab… hidupkan dulu kelab.. naikkan kelab.. cari ahli bnyk2.. jadikan kelab aktif… bila kelab dh aktif, kuat.. baru la dpt lahirkan pemimpin yg hebat dari kelab!! dalam kelab sendiri korang dpt blaja camne nak uruskan program, ragam orang, organisasi, politik lam kelab, birokrasi… masa lam kelab la korang BELAJAR!!! bukannye dah jadi MPP baru nak BELAJAR!! kalau la setiap MPP yg naik dari kelab2 / persatuan2 pelajar… baru la ramai pengikut… bila ramai pengikut.. baru la MPP jadi kuat!!! sape penulis blog ni?? aku rasa kalau ko jd MPP skang ni pun org x suka…

    aku mmg x setuju sangat kt uinimap ni kalau xda pilihanraya… rasa macam loser.. aku cakap camni sbb aku ni MPP 2007/2008… aku menang tanpa bertanding… aku brani cakap, ramai MPP b4 ni terpaksa ikut kata pentadbiran… sebab apa?? sebab depa yg lantik le… aku x brani nak kata HEP salah 100%… STUDENT pun SALAH!!! student skang ni LESU!! lembik!! PASIF!! bila bagi ruang bcakap, pandai!! suruh buat.. SEMUA TOLAK!! taw x MPP yg pernah ada, x semua rela utk jd MPP… sebab semua taw, akan dibenci student… nak, xnak.. terima je la… at least try, dari duduk depan komputer hentam sana sini tapi x buat apa… sape la yg nak wat kerja HINA ni kalau x kami dari MPP ni… HEP nak wat pilihanraya pun… student ramai tido.. mana la ada yg nk jd MPP…

    Kesimpulannye.. student & pentadbiran, 2 x 5… tp, mulai dari sekarang, student kena la ubah persepsi ini… panjang sangat aku dh taip nih… pandai2 la korang pikir… semua dh besar panjang… susah2, stadi je elok2.. nnt keja best2.. abis cita…

    p/s: aritu aku wat AGM Kelab kembara… boleh tahan ramai yg dtg.. tp sedih, laki sikit gila.. mana ntah p dak2 laki.. main dota ke?

  4. Khalid Saifullah said

    terima kasih along dan angah.
    tahukah along dan angah pasal perjuangan mahasiswa sebelom AUKU diwujudkan?
    Kenapa Auku diwujudkan dan utk siapa?
    anda berbicara seolah2 kite berada di universiti semata2 utk belajar sahaja.. menerima apa yang di putuskan walaupon bercanggah dengan syariat.. apakah batas dan tempat dalam pernyataaan anda di atas? mahasiswa di kawasan lembah klang berani berdemonstrasi kera ia masih lagi termaktub dalam perlembagaan negara.. andai apa yang merka buat itu salah, nescaya mereka dah kene ISA, atau perjara 2 atau 3 bulan.

    Zaman sebelom AUKU, mahasiswa amat prihatin terhadap isu2 semasa, mereka berdemonstrasi bukan kerana parti, tp sebab kemiskinan rakyat conthnya kat Baling kedah.. mahasiswa lar yang menggerakkan kerajaan dalam membantu rakyat yang kemiskinan di Baling.

    isu cuba dihalang xpatut dipersoalkan? knp anda berkata demikian? bersetuju bahawa memang ada mahasiswa dihalang dari menyertai pilihanraya atau mcm mana?

    adakah bermakna kita pelajar, kite xder masa nak memahami AUKU?
    sebab kiter pelajar lah kiter kene faham AUKU, sebb AUKU kan utk kita.. =)

    Mana fakta yang biler seorg pelajar berpolitik, penguasaan ilmu kurang? ramai jugak yang xterlibat dengan politik tp result teruk jugak. kene buang niversiti pon ada… Saya pon xtau ni, tp apa kata saudara along n angah buat kajian, tengok biodata pemimpin2 kita di Malaysia.. buat perbandingan.. Baru anda boleh petik hipotesis di atas..

    Kuatnya assobiyyah dalam masyarakat kiter ni..

  5. Khalid Saifullah said

    Setiap yang bertanding dalam pilihanraya xder penyokong ker??

    sebelom bertnding setiap calon kene promote diri dulu x??

    Hmm.. kalu MPP menang dengan keputusan pilihanraya, agak2 ada penyokong x??

    lu pikir lar sendiri..

  6. Perkasa said

    salam tahniah n takziah buat saudara saufi,.

    tahniah diatas perlantikan tanpa melalui kemenangan. takziah juga diucapkan diatas kegagalan saudara sepanjang memegang port folio kepimpinan…. anda sememangnya hebat didalam berkata-kata, tetapi sedar @x, kata-kata anda itu membuktikan, menjelaskan dan menonjolkan kelemahan anda dan juga seluruh kepimpinan MPP itu sendri didalam usaha untuk berkhidmat kepada mahasiswa/i…..

    saya percaya bahawa anda telah pun mnyedari bhawa kelab tidor telah pun berlaku di unimap semenjak anda belum memegang port folio kepimpinan lagi… oleh itu, saya ingin bertnay kepada saudar, apakah tindakan saudara @pun MPP yang lain, dalam usaha untuk kembali mengaktifkan kelab-kelab yang sekalian lama tidur di unimap?… Apakah tindakan anda? dan sejauhmanakah anda menggunakan kuasa anda untuk melakukan perubahan positive kepada kelab di unversiti kita khususnya? ataupun, saudara masih blom sedar sehingga disaat ini, bahawa hidup mati sesebuah kelab dan persatuan di universiti terletak dibawah kuasa anda….? Ataupun, anda sendiri yang sedang terlena …..?mm…

    sedarlah wahai MPP sekalian… anda sebenarnya merupakan wakil kepada MAhasiswa/i dan juga sepatutnya menjadi suara kepada seluruh mahasiswa/i universiti, dan bukan pula wakil kpada pelajar sekolah rendah yang hanya akan bersuara dengan teks yang telah pun disediakan oleh pihak pengurusan. Jangan biarkan nyaringan suara kita tidak didengari, umpama menjerit tanpa suara. Sedarlah MPP universitiku, Ayuh, gabungkan suara mu, padukan nada, agar jeritan anda berbirat pada hati mereka. ANdai benar katakan benar, Andai salah katakan salah, usah dipertegakkan benang yang basah. Usah menjadi pepatung yang hanya pandai mengangguk, namun jadilah seperti lembu yang juga pandai untuk menggeleng.

    ini bukan sekadar retorik semata, tatapi hujah saya adalah hujah berfakta, saya mampu buktikan bahwa perlantikan MPP baru universiti kita benar2 tidak demokratik.. begitulah yang diamalkan semenjak beberapa generasi yang lalu… sehinggakan diwara-warakan didalam akhbar arus perdana kononnya “menang tanpa bertanding” serta UniMAP bebas dr pembangkang. Keseluruhan mahasiswa/i bukan sahaja dr kampus luar, malah mahasiswa/i UniMAP itu sendri tertipu bahawa perlantikan MPP UniMAP saban tahun yang menang tanpa bertanding adalah disebabkan ketiadaan calon yang ingin menawarkan diri untuk bertanding..

    berita & kefahaman sebegini, telah pun menjadi aqidah pegangan setiap mahasiswa/i UniMAP yang tidak menyelidik apakah yang berlaku sebenarnya.. APAKAH YANG BERLAKU SEBENARNYA?????? penyelewenagn ini telah pun diterangkan oleh UNITE didalam beberapa siri posting yang lepas.. TELAHPUN DICERITAKAN BAGAIMANAKAH SABOTAJNYA DARI PIHAK PENGRURUSAN + YDP MPP PADA SIRI PEMILIHAN MPP YANG BARU INI…

    PERCAYAKAH ANDA JIKA SAYA SEBUTKAN SIAPAKAH YANG TERLIBAT DALAM USAHA MEMASTIKAN PRK UNIMAP TIDAK BERJALAN DAN YANG BERJAYA DIPILIH ADALAH DARPADA KALANGAN ASPIRASI(PPMS) UNIMAP SAHAJA … oRANG2NYA ADALAH:

    1) DEKAN N TIMB DEKAN HEP>>> memilih n memaksa calon-calon yang pro universiti utk mnganggotai MPP, menyekat dan mnyukarkan proses penagmabilan borang pencalonan.

    2) DEKAN2 SETIAP SKOOL>>> sentiasa tiada dan sibuk di pejabt sepanajng tempoh pengambilan borang dan penaamaan calon menybabkan calon persendriian sukar untuk ,Mendapatkan cop rasmi dekan dan setrusnya gagal memenuhi keritria borang.

    3) PEN2.PENGETUA KOLEJ KEDIAMAN>>> menghubungi & bertemu secara rahsia dgn calon persendirian yang bercadang untuk bertanding ,seterusnya melemparkan tuduhan yang bukan2 dgn kata2 kesat kepada calon seperti mngaitkan calon dengan parti pembangkang. juga mngugut dengan kesan2 yang buruk sekiranya ingin trus bertanding.

    4) YDP MPP LEPAS>>? mengadakan perbincangn yang kerap denagn calon pro aspirasi unimap bagi mnghalang berlakunya pilihanraya kampus..

    saya ingin bertanay kepada anda semua, adakah anda sanggup melului semua proses dan peringkat seperti yang saya senaraikan diatas? dan adakah anda sauara/i sanggup utk mnghadapi kesan2nya??? persoalan yang Along dan angah perlu jawab. disebabkan inilah ramai mahasiswa yang hanya mampu untuk brsuara di blog2 @ friendster @ dimana sahaja, dengan harapan MPP la yang trut baca dan fahami suara mahasiswa dan seterusnya menyampaikan suara ini kepada pihak atasan. dan bukan pula tugas MPP tersebut hany pandai mnjawab semula tohmahan2 tersebut dan seteruny mndiamkan dan mnyembunyikan suara tersebut… amat x wajar…!!!!!

    oleh itu, wahai mpp baruku, jika anda sedar bahawa perlantikan anda adalah tanpa digemari dan dikecam pula oleh seluruh mahasiswa/i, gunakanlah kesempatan anda ini untuk anda membawa perubahan didalam politik kampus kita sementara anda masih berkuasa. Jika anda benar-benar meletakkan kepentingan universiti mendahului dari kepentingan diri sendiri, saya ingin mencabar anda!! untuk memastikan politik kampus & proses pilihanraya untuk pemilihan akan datang lebih telus dan lebih terbuka tanpa ada sebarang sekatan dari mana2 pihak..
    Adakah anda mapu utk berjanji kpada seluruh mahasiswa/i demi kepentingan unimap di masa hadapan…?

    wallahulam.

  7. mira_safiah said

    ada…aku msk kelab penyayang. muhamad saufi masuk kelab apa?

  8. Khalid Saifullah said

    a’ahkan.. kelab penyayang.. kene bayar 5rggt hari tu.. buat apa nak masuk kelab banyak2 kalu xleh bg komitmen..

  9. Khalid Saifullah said

    Sedih kiter melihat anak bangsa mengatakan isu2 yang sentiasa berputar di sekitar sudah lapuk. apa yang lapuk?? perjuangan menuntut keadilan sudah lapuk?? mungkin sekarang ni medan kita pada blog sebb xramai yang menyokong, tp sekurang2 nya blog ini mampu memberi sedikit kesedaran kepada mahasiswa yang dikatakan berfikiran glokal namun kurang arif dengan realiti sebenar. Kita bukan mengharapkan pilihanraya kampus itu terlaksana dengan secepat yang mgkin sebagaimana 16 september digembar gemburkan, namun apa yg kita mahu adalah kesedaran dan kefahaman agar adik2 kita selepas ini tahu apa hak kita sebgai mahasiswa/i.

    kita berharap agar adik2 kita selepas ini mampu memberi perubahan dalam sistem yang ada skrg. Mungkin kami pengecut, dan kami juga pondan, sebab kami menggunakan nama samaran, namun namun pengecut kami bertempat.. kalu btol kami penakut, kami xkan hantar komen pon.. dgn teknologi yang ada skrg, dah boleh detect dah komputer sapa yang send komen cni kalu nak detect.

    Kami xsehebat saudara saufi yang memegang jawatan dalam MPP, memegang jawatan dalam kelab dan persatuan,tp pernahkah saudara saufi terfikir kenapa saudara saufi terpilih menjadi MPP oleh pentadbiran? Bila anda terpilih menjadi MPP, pernah saudara saufi terfikir kenapa aku dipilih oleh ALLAH?

    bg kami yang tidak berpeluang ni, nak wat mcm mana kan.. tp nada sebagai makhluk pilihan ALLAH, apa yang anda buat utk agama ALLAH? ingat!! setiap kita dipertanggungjawabkan atas apa yang kita kerjakan. Pernah anda bangkang dalam meeting MPP kalu ada program melanggar syariat? apa yang anda buat utk mengikut syariat? Jika ada, saya merasa bangga dengan saudara saufi, malah saya percaya, melihat pada kata2 anda, menampakkan kelantangan anda sebagai pemimpin dan semestinya anda lantang dalam melontarkan pendapat utk membant agama ALLAH.

  10. Perkasa said

    Benar, bukan pilihanraya yang kami terlalu dambakan. ttapi apa yang kmi dambakan adalah keadilan, ketelusan serta segala hak-hak kami & hak agama Islam terbela dan terus diperjuangkan tanpa memilih yang hanya berkepentingan.

    Namun begitu, dalam kondisi sekarang, pilihanrayalah yang amat dituntut oleh seluruh Mahasiswa/i bukan sahaj di UniMAP, malah diseluruh kampus dalam negara seperti yang kita lihat bagaimana seramai 200org mahasiswa/i yang trun padang berdemonstrasi untuk menuntut kepada KPT agar pilihnraya kampus diadakan dengan lebih telus dan adil..

    saya amat tidak bersetuju sekiranya saudara saufi & pihak Pengurusan UniMAP berkata “kami terpaksa tidak meengadakan pilihanraya buat sementara waktu ini kerana ketiadaan individu yang mahir dalam berkepimpinan serta mampu untuk mendokong visi & misi universiti kearah yang lebih progresif”. ingin saya nyatakan disini, hakikat sebenar adalah, lebih dari 50% daripada mahasiswa/i UNiMAP adalah berkebolehan tinggi untuk menjadi pemimpin serta mampu untuk membawa agenda pembangunan kepada Universiti,… masakan hal ini tidak boleh berlaku…

    Kenapa saya berkata sedemikian? cuba anda lihat 100% first graduate and second graduate dan seterusnya telahpun mendapat tempat di industri2 besar dan ternama. Penerimaan bekerja bdasarkan penemudugaaan yang akhirnya membolehkan mereka bekerja disyarikat-2 gergasi tersebut adalah SUDAH MEMADAI UNTUK MEMBUKTIKAN BAHAWA SELURUH MAHASISWA/I YANG TELAH BERGARADUATE MAHUPUN YANG MASIH BERADA DI UNIMAP ADALH MEMPUNYAI BAKAT KEPIMPINAN YANG TINGGI SERTA MAMPU UNTUK MENJADAI JURUTERA GLOKAL. setuju dengan pendapat saya?

    namun begitu, disini saya ingin menekankan bahawa hakikat sebenar adalah pihak UniMAP tidak pernah sama sekali memebri ruang dan juga peluang kepada mahasiwa/i lain yang MAHIR ini untuk mewakili mahasiswa/i didalam barisan kepimpinan MPP. Yang hanya diberi peluang hanyalah kepada “pelajar-pelajar” skolah rendah yang pandai mengampu dan pandai mencari peluang untuk meng”glamour”kan diri. akhirnya mereka inilah yang dipilih untuk mengangotai barisan MPP, yang pada hakikatnya tidak pandai sedikitpun didalam hal kepimpinan. Saya tidak pasti saudara berada di dalam golongan mahsiswa @pun golongan pelajar..

    sekali lagi saya mncabar seluruh badan perwakilan pelajar (MPP) untuk berusaha mewujudkan PRK bg memastikan org yang sepattnya berada di tempat anda dan hak kebajikan seluruh mahasiswa dan juga diri anda sendri akan terbela…

    wallahualam

  11. matjenin2020 said

    saudara khalid saifullah..

    nak tnye…

    program ape yang melanggar syariat yang unimap telah anjurkan?
    ku kekompiusan…
    senaraikan 10 program leh??
    😛

  12. ibnuadam87 said

    SURAT CINTA BUAT ABANG SOFIE DAN SAHABAT2 SEMUA

    “weii!! korang ni dok sebok pilihanraya kampus, MPP watpe?? korang sedar x kt unimap ni KELAB ngan PERSATUAN pelajar banyak mampus??!!! weiii!! korang xyah la nk sembang pasal MPP kalau korang sendiri x mampu nak bangunkan kelab/persatuan pelajar yg kecik”-muhammad saufi..

    salam AUKU semua…
    tergerak dihatiku menyatakan sesuatu lantas medula oblongataku mengarahkan tanganku menulis..
    menulis utk berpesan kepada diri.menulis urk berpesan pd hati.menulis utk berpesan kepada sahabat.kepada semua.bukankan agama itu nasihat??

    …abg sopie ooo abg sopi..abg kata kat unimap ni BANYAK NAK MAMPUS kelab dan persatuan..cuba gak abg tolong list semua tuh..mmafkan adikmu yg bodoh ni..adik x tau.maklumlah baru jah masuk unimap…stahu adik just ada kelab pyanyang, kelab kembara, dan kelab keusahawanan..betul x bang sopie?ke adik silap?

    pastu abg sopi mana tau yg pelajar sini x masuk pa2?x minat dan x reti nak manage kelab/persatuan??wahai abg sopie,adikmu pernah masuk kelab penyayang…kelab ni sgt aktif..mcm2 aktiviti kami hndle..best woo..abg nak join skali x?.. sem depan igt nak masuk kelab kembara lak..kelab ni pun aktif ngn aktiviti lasak..pastu lepas final nanti ada bengkel ut0k kelab keusahawanan ramai kwn2 sy yg berminat..tp kena bayar 30 rggt..xpe mreka kat..mreka sggup keluarkan duit t0k belajar mnjadi pemimpin..

    lagi adikmu ini x puas hati..kenapa abg sggup keluarkan statement diatas..
    1.mengapa kita duk sibuk ngn pemilihan MPP
    2.cara abg sopi tegur/menulis..

    mengapa kita duk sibuk ngn pemilihan MPP atau ngn PRK??

    abg sopi x patut sgt2 kluarkan statement cmtu..knapa?sblm adikmu menjawab adikmu nak ty, abg sopi ni Islamkah??adikmu rasa abg seorang muslim sbb nama pun cantik..muhammad saufi..mcm nama sahabat adikmu ni..apa kaitan statement tu ngn Islam??

    ya ada kaitan..sabda baginda ar Rasul

    “Barangsiapa yang tidak mengambiltahu akan hal umat Islam maka ianya bukan termasuk umatku..”
    cmtu la lebeh kurang maksud hadis..maaf,adikmu bukannya pakar hadis..tapi adikmu cuba utk cintakan hadis dan amalkan..

    Nah,wahai abg ku..fhmkah dikau akan maksud hadis ini?adikmu tahu abg lebih cerdik berbnding adik yg baru stahun jagung ni..
    MPP atau dalam bahasa urdu ialah Majlis Perwakilan Pelajar.hal ini bermaksud MMP adalah pemimpin pelajar.dipilih utk memastikan hak pelajar terbela,kebajikan pelajar terpelihara dan jua suara pelajar kpd pihak U..wahai abgku,adikmu ini adalah pelajar,maka patutkah adikmu mgmbil sikap smbil lewa dlm memilih pemimpin??patutkah adikmu bersikap memntingkan diri sendiri??patutkah adikmu membiarkan hak2 dan kebajikan kami dipermain2kan??Allah berikan akal utk berfikir..maka, berfikirlah..

    2.Cara Abg Sopi menegur..
    Menegur itu adalah suatu yg baik..tp dimana kebaikkan yg dibawa andai cara jika cara atau uslub tu bertentangan dgn kebaikkan??..
    abang sopi,Islam itu indah.sungguh indah..Keindahan itu hy dapat dirasa pabila ia ditegakkan dalam diri.pabila ia diamalkan dlm kehidupan.dr sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar2 perkara…tidakkah abg merasai keindahan Islam itu??
    hati adikmu ini sangat terguris pabila terbaca komen abg.Hati adikmu ini tertanya2 dimana akhlak yg diajar oleh Rasul kpd umatnya??tidakkah baginda ar-Rasul adalah suri tauladan yg terbaik dan terhebat skali??tidakkah Islam mengajar kita supaya berakhlak??
    adikmu tahu abg tidak berpuas hati terhadap artikel ini tetapi tegurlah cara matang.dengan cara seorang yg profesional,cara seorang pemimpin.bukankah abg sofi bekas MPP??takkan selepas jd MPP akhlak sudah tidak ditekankan..bukankah Pemimpin itu teladan kpd ahli??tidakkah begitu..?

    ah,sudah letih jariku menari..ingin berehat..ku harap abg sofi dpt menjawab segala persoalan yg tersemat dl benakku yg sudah ku utarakan..Sebenarnya pesanan dan persoalan ini bukan utk abg sofi saja malah kepada diri sendiri agar sentiasa muhasabah diri..m0ga2 ia bermanfaat.

    salam mahabbah dr adikmu..

  13. matjenin2020 said

    macam2 ragam manusia…
    ble di bawah seperti saudara khalid saifullah…
    mulalah mengata mpp
    tp sedarkah saudara bukan semua yang menjadi mpp tu mahukan kedudukan tersebut
    mengenai demonstrasi pula..
    adakah blog ini bertujuan utk membuatkan pelajar memberontak????
    apa matlamat memperjuangkan demonstrasi utk menentang unimap???
    knape xlakukan dengan cara yang btul???
    kumpul orang secara terang dan hantar memorandum bantahan
    bukan sekadar buat secara underground dan mengata saja

    knapa stakat cakap je lebih???
    bacul ar weh kalau buat2 blog nieh
    klu betul nak jadi wakil pelajar…knape setakat sparuh jalan???
    pernahkah saudara perjuang utk jadi wakil pelajar???
    kalau setakat di psyco sikit2 jer n tarik diri…
    x usahlah la
    aku lom jmpa lagi sapa yang cukup2 brani utk naik bertanding..
    sumenye pengecut selepas di psyco
    sume harap ngate belakang2 jer kat mpp ngan hep
    buat blog pown tak tulis nama btul…
    camne aku nk tulis nama btul…
    ahahaha..

    xlama lagi… blog nieh lingkup di hack kot..
    makin panas jerk nmpaknye topik dier

  14. abu_labuna_labuni said

    haha…btul2…makin panas…

  15. Khalid Saifullah said

    panas2…
    huhu… bende mksiat ni, kalu satu pon dah kene tentang apa lagi spoloh.. jgn ingat bila dah spoloh baru nak banteras, xdak maknanya..
    paling mudah, battle of the band, majlis hari raya disusuli dengan panggilan artis2 pompuan yang meletop, dan macm2 lagi. Matjenin, try tanya Pesiden MPP apa program yang ada unsur2 kemaksiatan? saya rasa die lebih tau memandangkan die ada jugak rasa nak halang cuma xmampu.

    Untuk pengetahuan semua, saya berada pada thn akhir dan saya bercakap bukan atas angin saja. kalu bukan berada pada batch saya, anda xdak hak nak kata batch kami pengecut sebb ada antara kami yang memang ditekan sampai tahap xleh blajar, dan di blacklist.. anda baca peraturan bertanding MPP? calon adalah tidak diblacklist kan… mcm mana nak bertanding kalu dari awl kene blacklist?
    kami walaupon g LI hari tu, sebab memperjuangkan hak pelajar, diganggu sampai xleh nak kerja. bende ni berlaku dan sapa cakap kami underground.

    Apa yang kami perjuangkan?? masa kami LI, sibuk isu wang KPT. kami ni sampai tahap tepon Kementerian Pengajian Tinggi dan hampir fakskan surat pada kementerian pengajian tggi sebelom org atasan unmap mula campur tangan. kenapa trus ke Kem. Pengajian tggi? sebb kami telepon pejabat bendari dan HEP, dua2 buat xtau n xlayan. sekurang2nya bagi penjelasan pada kami. lps kes ni baru keluar surat pekeliling. Biarlah kami bacul asalkan kami tau yang kami buat ni adalah jalan terbaik buat masa ini bg memberi kesedaran dan kefahaman pada mahasiswa.

    Kenapa Matjenin nak marah sangat sampai nak hack blog org ni.. Terbuka lar skit menerima pendapat org lain seperti mana pengomen2 cni boleh menerima nasihat org lain.. kita berdebat secara sihat. menggunakan penulisan, bukan nak bertetak dengan parang atau sebagainya.

    Jd matjenin, tanya2 lar senior2 anda sebelom anda persoalkan apa kami buat.. ada MPP perjuang isu KPT? setakat tanya HEP jer kan. sepatutnya MPP yang hantar memorandum sebb MPP wakil kami bg peljar, bukan org tgh nak bgtau pelajar apa program universiti.

  16. abu_labuna_labuni said

    aiseh…
    pasal duit LI tu bkn dh setel ke?
    mane tau MPP diam je…mane tau MPP xbuat ape2….tlg la jgn fitnah2 ni…xbaik kan khalid saifullah…sedap dah name tu..pedang Allah….(btul ke..xigt dah..)..
    “MPP perjuang isu KPT?”…kenapakah dengan isu KPT??
    nk jdkan u bkn bwh kpt ke?memperjuangkan autonomi sepenuhnye kpd uni?

    “matjenin…try tanya Pesiden MPP apa program yang ada unsur2 kemaksiatan?”
    btul2…ak sokong…
    tp lps tu tanye la jgk ape program2 yg berbentuk ilmiah jgk ye….xde la kite ni pndang seblh mate je…pndang keburukan org…br adil kn mt jenin? =)

  17. mira_safiah said

    matjenin2020 Says:
    October 31, 2008 at 7:18 am

    saudara khalid saifullah..
    nak tnye…
    program ape yang melanggar syariat yang unimap telah anjurkan?
    ku kekompiusan…
    senaraikan 10 program leh??

    sudah terang lagi bersuluh…kat UniMAP x dak program melanggar syariat? mashaAllah..pertama boleh tengak masa hari konvokesyen sudah la mat jenin. di antara suma program yang dianjurkan, satu saja program ilmiah iaitu forum. dah ketandusan program sangat ke untuk di buat…boleh di lihat, forum yang di buat promosinya x la setanding program2 lain. pengumuman yang di buat bukan laa sekerap program2 lain.

    yang kedua…kursus solat di bulan ramadhan yang lalu telah di batalkan atas sebab yang sangat remeh. tahukan berapa ramai pelajar di unimap ni yang tak tahu sembahyang(termasuk kita sendiri,belum tentu sembahyang kita diterima Allah)macam2 kursus dibuat wacana sosial, btn, kursus komunikasi…bagus, semua program ni bagus. untuk melahirkan insan kamil seperti yang tercatat di dalam visi UniMAP bukan saja memerlukan pembangunan jasad semata-mata. pembangunan yang seimbang yang melibatkan jasad dan rohani..itulah insan kamil.

    ke 3 kalau dilihat dengan jelas sebenarnya surat KPT yang diletakkan dalam portal telah diedit. kalau UniMAP yang kebas duit tu..jawablah disana nanti. mungkin di dunia terlepas, tapi ada kuasa yang lebih hebat di sana nanti.

    lagi??selamat berfikir ye mat jenin. jangan hanya melihat dengan mata kasar tapi lihatlah dengan mata hati…

  18. Khalid Saifullah said

    Alahai matjenin, kalu kami puas hati ngn keje MPP, kami xkan kol Kementerian Pengajian Tinggi. jd sama2 lah baiki diri, anda xpatut persoalkan kami, tp kami patut persoalkan MPP memandangkan MPP pemimpin kami, bukankah setiap manusia akan disoal tentang apa yang kamu pimpin??

    ika begini sikap pemimpin kita, menyoal org yang dipimpin, maka memang patut lar kami merasa tidak puas hati dengan pimpinan yang ada sekarang.

  19. syeikh said

    salam semua..msg2 ada pandangan,bgsla..mmg la kita kena support program unimap
    persoalannya 1-perlukah kita suport pgrm yg langgar syariat?
    2-adakah kita suport program islamik yg dianjurkan oleh unimap?sedangkan kalau program yg langgar syariat kt suport.

    kadang2 kita berfikir menggunakan akal semata-mata tanpa rujukan dr kitab Allah,assunnah n ustaz2 yg arif ttg sesuatu perkara.
    kpd saudara along,mmg btl kt kena tumpu utk blaja,adakah tumpuan kita pd blaja ja blh jamin kt mendapat redha Allah.
    RENUNG2KANLAH..saya bercakap berdasarkan pengalaman di unimap.

  20. suara_kami said

    assalamualaukum..
    kepada penulis aku coretkan: saudara penulis, tolong jgn menggunakan kesalahan bahasa untuk menghentam org laen..tak kesah la apa makna ‘buta’ dan apa makna ‘tak memahami’..yang penting msg yang anda ingin sampaikan adalah sama…saudar jugak tak tahu sebnarnya dan masih buta tentang auku.. saudara tahu secara tersirat dan tersirat nya mengapa auku ditubuhkab? sedar atau tidak.. sebenarnya AUKU lah satu2nya penyelamat pelajar melayu yang selalu lupa akan tanggungjawab mereka yang sebenar dan AUKU juga lah yang menjadi benteng untuk menyekat pelajar melayu dari terus lalai dan hanyut dalam dunia mereka sendiri…saudara.. sedarlah saudara..apa yang saudara perjuangkan ini merugikan kita sebenarnya.. marilah saudara kita duduk semeja memikirkan apa yang harus kita lakukan untuk menolong rakan sebangsa kita..kiat bantu mereka..ini lebih baik kan dari hanya menulis dan cuba mewujudkan kumpulan pelajar yg memberontak terhadap universiti??

  21. Khalid Saifullah said

    Apa ertinya pelajaran tanpa Redha ALLAH.

  22. suara_kami said

    keredaan Allah terletak atas keredhaan kedua ibu bapa.. penuhi dulu impian ibu bapa kamu.. check balik ape niat sebenar kamu datang universiti.. and apa harapan yang mak bapak kamu letak pada kamu..

  23. ibnuadam87 said

    salam alaik..

    alhamdulillah kerna masih fhm peranan kita sebagai pelajar dan anak kepada ibubapa..

    benar ya sahabatku..antara jalan keredhaan Allah itu ialah dengan keredhaan ibubapa…mereka menghantar kita ke U tidak lain dan tidak bukan untuk melihat kita bejaya dalam akademik..

    tetapi ingatlah wahai sahabat,disana Allah juga tidak menghantar kita kedunia ini tanpa tujuan,tanpa arah,tanpa fungsi atau tanpa matlamat..tidakkah kamu membaca firmannya??

    Firman Allah:

    “Maka apakah kamu mengira, bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?Maka Maha Tinggi Allah, Raja Yang Sebenarnya; tidak ada Tuhan selain Dia, Tuhan (Yang mempunyai) ‘Arsy yang mulia”.-almukminun(115-116)

    FirmanNya lagi dalam surah Adz Dzariyaat

    “Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.”

    nah sahabat2ku..disinilah perlunya kita kembali kepada Islam sepenuhnya.Jangan ambil islam separuh2..Islam tidak pernah menyuruh umatnya supaya derhaka kepada Ibubapa atau mengabaikan tanggungjawab kita terhadap mereka malah Islam melarang keras kita membuat mereka terasa hati dgn tindakan kita apatah lagi menderhaka kpd mereka..

    Disinilah juga perlunya kita kembali menyusun aturan hidup kita sebagai HambaNya,sebagai anak kepada ibubapa sebagai pelajar dan sebagai khalifah dimuka bumi..

    maaf,itu sahaja tulisanku yang dangkal dan dhaif ini.dah lewat malam…m0ga2 ia bermanfaat kepadaku yang menulis dan kepada semua yang membaca..

    nak p stdy lak..esok da paper..doakan ku berjaya…k,salam mahabbah..

    p/s:sbnrnya sy duk tggu komen abg sopie nih..x balas2..kemana dia?tau kat mana?..nanti gtau deh..

  24. abu_labuna_labuni said

    buat blog….satu dunia leh bace…glemer…..objektif pls??

  25. unimap.opposition said

    Assalamualaikum. Mengucap panjang melihat kerenah si saudara abu ni. Hmmmmmm. MPP ni kan tempat mahasiswa/i mengadu nasib. Tapi x pernah dgr pun MPP bersama student or yang sama waktu dengannya. Marilah kita sama2 berjuang dengan jalan yang betul saudara abu… Kebenaran mesti ditegakkan walaupun menyakitkan sesetengah pihak.. Jom saudara abu…

  26. abu_labuna_labuni said

    salam..
    mntak maap ustat2….
    ak xkesah pun dgn mpp…
    ade ke..
    xde ke..
    same je bang oi…
    masing2 dh besar..
    ade prob …setel sendiri..
    aduhai…..
    ak xde mase nk salahkan mpp ke..hep ke…blogger ke..
    yg penting jgn malukan name U aku..
    dahla tajuk besar2 tulis unimap..
    tulis kat c2 dah mcm SEMUA PELAJAR UNIMAP..
    sape ntah wakilkan ko bg pihak aku…

    memalukan U la ..

    fikir panjang skit la pls…

  27. Ibnu Adam said

    kali ini saya malas nak tulis komen.entah mengapa.malas menaip..sibuk.entah apa lagi alasan..tp saya terpggil utk berkongsikan secebis artikel.moga2 ia bermanfaat utk semua..artikel nih pnjang skit..tp insyaAllah x rugi mmbacanya..selamat membaca dan bertafakur..

    ‘AKU TIDAK PEDULI’: IDEOLOGI SISWAZAH JUMUD & TIDUR

    ISLAM AGAMA KEKITAAN
    Rasulullah SAW diutuskan oleh Allah SWT membawa syariat Islam yang bersifat undang-undang bersama. Islam menukar manusia yang ananiah kepada kekitaan, merasa bersama antara satu sama lain sebagai satu ummah. Firman Allah SWT:
    Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka hendaklah kamu memperelokkan di antara dua saudaramu… (Al-Hujurat 49 : 10)
    Sabda Nabi SAW:
    Perumpamaan orang yang beriman di dalam berkasih-kasihan sesama mereka, rahmat merahmati dan sayang menyayangi, adalah seumpama satu jasad. Apabila satu anggota mengeluh, ia memberi kesan kepada seluruh jasad sehingga berjaga dan demam.
    Islam juga menekankan kepentingan hidup bergaul dan memelihara hubungan silaturahim sesama umat. Sabda Nabi SAW:
    Seorang mukmin yang bercampur gaul dengan orang ramai dan bersabar di atas kesakitan yang dirasai daripada mereka adalah lebih baik daripada seorang mukmin yang tidak bercampur gaul dan tidak sabar dengan kesakitan yang dirasai daripada mereka (akibat pergaulan itu)
    Bahkan Nabi SAW memberikan peringatan berupa ancaman kepada mereka yang mengenepikan sensitiviti dan sikap mengambil berat sesama mukmin dengan sabda Baginda SAW:
    Barangsiapa yang tidak mengambil berat tentang urusan orang-orang Islam, maka bukanlah dia itu dari kalangan mereka
    Memutuskan silaturahim dan meninggalkan tuntutan ukhuwwah menjadi kekejian yang besar di dalam Islam. Sabda Nabi SAW:
    “Dan janganlah kamu memutuskan (silaturahim), janganlah merancang kejahatan sesama kamu, janganlah benci membenci dan jangan saling berhasad. Jadilah kamu wahai hamba-hamba Allah bersaudara. Tidak halal bagi seorang muslim meninggalkan saudaranya lebih dari tiga (hari)”
    Bukan sahaja di dalam perhubungan sosial, bahkan di dalam ibadah yang zahirnya bersifat peribadi, turut dianjur dan ditegaskan kepentingan melaksanakannya secara berjemaah. Solat seharian dan solat Jumaat bagi kaum lelaki, kewajipan mengeluarkan zakat sebagai imbangan ekonomi dan banyak lagi cabang ibadah, menggambarkan betapa Islam sangat menekankan agar penganutnya hidup bermasyarakat.
    SISWAZAH DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL
    Siswazah adalah belia pelajar terpilih. Mereka adalah kelompok pemikir, pengkaji, pencetus dan penjana idea baru lantas sekali gus memikul tanggungjawab sosial yang besar. Tanpa perlu dirangka logiknya, siswazah sudah sedia memahami bahawa mereka adalah elemen yang berkesan di dalam menyampaikan kehendak dan mesej perubahan, sama ada dari pihak masyarakat, mahu pun oleh pihak pemerintah sendiri.
    Jika siswazah mendukung dasar kerajaan, ia bermakna dasar itu menuju masa depan yang mantap dan cemerlang. Sekiranya siswazah bangkit memimpin desakan masyarakat, maka perubahan yang besar boleh tercetus di dalam sebuah negara. Contoh-contoh masyhur mahasiswa di negara-negara seperti China, Korea dan blok Eropah Timur, mahu pun di negara umat Islam seperti Indonesia, Turki dan negara-negara Arab Afrika Utara, siswazah telah pun memperlihatkan bahawa suara mereka adalah suara bertenaga, berprinsip dan mesti diberi perhatian.
    BAGAIMANA MEREKA BEGITU EFISYEN?
    Sudah tentu peranan besar yang dimainkan oleh siswazah itu, bermula dari sikap-sikap dan pendirian yang istimewa. Selain dikurniakan minda cemerlang yang dipupuk, mereka juga adalah kelompok yang sensitif dengan perubahan, tegas berhadapan dengan penyelewengan serta bersemangat menuju kebaikan dan pembelaan.
    Tidak mungkin siswazah dapat mendukung aspirasi umat jika mereka itu lesu, ananiah, takut dan hidup berteman bayang-bayang.
    MANAKALA YANG LESU…
    Telinga siswazah Malaysia dewasa ini lazim disogokkan dengan keluhan bernada sinis, bahawa mereka kini sudah tidak sehebat dulu, mereka tidak lagi menjadi menara tempat suara rakyat dinobat, tidak lagi bertindak selaku pembela, bahkan hanya mengukur kecemerlangan dengan segulung ijazah, yang kualitinya turut dipertikaikan. Kelesuan siswazah adalah sebuah permainan yang bernatijahkan kekalahan tanpa ada pihak yang mendapat manfaat dan menjadi pemenang.
    Lantas bedah siasat serius diusahakan oleh semua pihak. Di pihak mahasiswa tempatan, mereka menjadikan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) sebagai punca utama. AUKU adalah perancangan yang bertujuan mematahkan taring mahasiswa, melesukan mereka, dan menjadikan mereka kelompok yang hanya menurut perancangan, tanpa ada kemampuan merancang.
    Manakala siswazah Malaysia di Timur Tengah, mempunyai alasan mereka sendiri. Suasana politik tempatan di negara-negara seperti Jordan, Mesir, Syria dan Arab Saudi (sekadar menyebut beberapa contoh), dianggap sebagai halangan kepada mahasiswa untuk bergerak aktif melaksanakan tugas yang terpikul di bahu mereka.
    Sejauh manakah benarnya tanggapan itu? Bagi pelajar yang berada di Timur Tengah seperti Jordan, Mesir dan Arab Saudi, tentunya tidak adil bagi kita untuk membuat ulasan kerana ia hanya sebuah pandangan dari luar, sedangkan ‘ahli Mekah lebih mengenali lorong-lorongnya’. Maka skop perbincangan kita lebih menjurus kepada realiti setempat iaitu di United Kingdom dan Republik Ireland.
    Sejak sekian lama, United Kingdom dan Ireland menyaksikan kehadiran beramai-ramai pelajar Malaysia ke gelanggang pengajian di sini. Pelbagai catatan menarik tentang turun naik gerakan pelajar boleh dicatat. Akan tetapi era selepas ‘War on Terror’ ekoran peristiwa 11 September 2001 di New York memperlihatkan bagaimana senario politik tempatan berubah terutamanya yang melibatkan umat Islam yang berada di sini. Kebebasan yang selama ini menjadi simbol gerakan Islam termasuk gerakan pelajar di United Kingdom dan Republik Ireland memerlukan takrifan baru. Rentak gerak pelajar terpaksa diubah suai agar memenuhi dua syarat iaitu:
    • Bergerak di dalam lingkungan peruntukan undang-undang tempatan yang sewajarnya dihormati dan dipelihara.
    • Terus berkesan di dalam menjalankan peranan masing-masing di dalam lingkungan berkenaan.

    RISIKO MENONGKAH ARUS…
    Ia ditambah pula dengan perkembangan yang memperlihatkan tekanan yang dikenakan kepada golongan pelajar yang ‘menentang arus’. Ada gerakan pelajar yang menerima hukuman pihak berkuasa dan ia menjadi anjakan paradigma kepada senario aktiviti siswazah di sini.
    Jika dahulu, kita melihat gerakan pelajar begitu matang menangani sebarang isu dan perkembangan semasa. Kebijaksanaan siswazah sebagai golongan yang sudah layak mengundi, menjadikan ‘latihan berpolitik’ mereka melalui wadah masing-masing telah menghasilkan ramai golongan yang pada hari ini menjadi generasi pendokong kepimpinan di tanah air yang segar dan berwibawa. Perbezaan fahaman politik diketengahkan ke gelanggang diskusi, forum umum, majlis debat dan lain-lain aktiviti secara ilmiah, ber’isi’ dan menghasilkan pulangan yang lumayan kepada penghasilan generasi pemimpin masa hadapan.
    Contoh relevan adalah majlis dialog anjuran Forum Malaysia United Kingdom dan Eire (FMUKE) di Liverpool pada Oktober 1998. Kebebasan berfikir dan menyuarakan pandangan menyaksikan wakil pelajar yang menyokong PAS, ABIM dan JIM yang menjadi teras gagasan berkenaan, boleh duduk sepentas dengan TYT Duta Besar Malaysia ke United Kingdom sebagai wakil kerajaan. Mereka berdialog secara profesional, membincangkan isu paling sensitif di negara kita iaitu Internal Security Act (ISA). Semestinya budaya berlapang dada dan berdiskusi semacam ini sudah tinggal kenangan. Siswazah paling cemerlang yang berada di United Kingdom dan Republik Ireland hari ini menganuti pelbagai dilema psikologi apabila masuk ke gelanggang gerakan pelajar, dan ia hanyalah refleksi kepada dilema yang berakar umbi di tanah air itu sendiri.
    Semenjak peristiwa reformasi jalanan pada tahun 1998, pelbagai perubahan dapat dilihat di dalam kematangan rakyat berpolitik dan melukis perubahan serta pembaharuan. Pada pilihanraya tahun 1999, kita melihat pelbagai badan yang wujud di United Kingdom dan Republik Ireland mengeluarkan kenyataan media yang membanjiri internet dan saluran media lain. Jika dahulu, siswazah di Timur Tengah kelihatan agak ketinggalan di dalam mengeluarkan kenyataan-kenyataan akhbar berbanding rakan aktivis di United Kingdom, Republik Ireland, Amerika Syarikat, Jepun dan sebagainya. Akan tetapi pada pilihanraya 2004 baru-baru ini, media hampir-hampir tidak menyaksikan gelombang berkenaan. Sama ada yang menyokong parti pemerintah, mahu pun pakatan pembangkang, jelasnya tiada seruan yang dibuat sedangkan kenyataan media itu dibaca oleh falsafah penyiaran sebagai ukuran keprihatinan siswazah luar negara kepada isu tanah air.
    Apa yang ketara dilihat dewasa ini, adalah berkembangnya kelompok mahasiswa yang tidak aktif berorganisasi. Sebarang persatuan yang menganjurkan pelbagai program, menyaksikan kehadiran peserta yang mendukacitakan. Senarai tinggi program yang tidak mendapat sambutan adalah program ilmiah seperti diskusi buku, seminar, kuliah pengajian agama dan forum. Begitu juga dengan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) persatuan universiti dan badan pelajar, adalah terlalu sukar untuk mengumpulkan pelajar. Setakat pemerhatian yang dibuat, program yang masih terus mendapat sambutan adalah perlawanan bola sepak, Majlis Malam Malaysia dan lain-lain yang lebih berbentuk ‘mencari kerehatan minda’ dan bukannya ‘mencungkil tanggungjawab akal’.
    Semua ini adalah fenomena, yang tersimpul di dalam sepatah kalimah. Ia mewakili sindrom jangkitan ke atas minda siswazah iaitu AKU TIDAK PEDULISMA atau di dalam Bahasa Arabnya disebut sebagai !
    AKU TIDAK PEDULISMA
    ‘Aku tidak pedulisma’ adalah ideologi rumit yang timbul di dalam minda dan tindakan manusia akibat cetusan sifat negatif yang menguasai diri. Jika Islam menganjurkan sikap saling bekerjasama, mengambil berat di antara satu sama lain, memelihara tanggungjawab sosial dan mempunyai semangat kekitaan, maka ‘aku tidak pedulisma’ adalah lawan kepada semua itu.
    Pepatah Rom pernah menyebut ‘permulaan kepada sesuatu perkara adalah separuh daripada perkara itu sendiri’. Sememangnya di dalam menyusun apa sahaja aktiviti manusia, peringkat yang paling sukar adalah untuk memulakannya. Manusia yang liat, lambat memberikan tindak balas dan pasif mengemukakan tindakan, adalah cabaran besar kepada memulakan sesuatu tugas. Apatah lagi, jika yang diusahakan itu adalah pembaharuan. Menerima sesuatu yang baru adalah dilema bagi manusia yang ditimpa ‘aku tidak pedulisma’.
    KATA SISWAZAH, “AKU TIDAK PEDULI”
    Selaku kumpulan siswazah cemerlang dan terpilih, apatah lagi yang menekuni pemikiran Islam seperti kebanyakan kita, tentunya kita berasa gerun dan sensitif dengan fahaman-fahaman anti Islam yang semakin menular di kalangan masyarakat. Sekularisma selaku penghulu kepada ideologi anti Islam, mencambahkan pelbagai nama fahaman yang di sesetengah keadaan, berselindung di sebalik nama-nama enak seperti modenisma, pembaharuan dan sebagainya. Kapitalisma, sosiolisma, liberalisma, materialisma atau apa sahaja fahaman yang bermain nama, semuanya menjurus ke arah menjauhkan umat Islam dari Islam itu sendiri.
    Namun, apakah ada ideologi yang lebih merbahaya dari idelogi yang bernama ‘aku tidak pedulisma’. Ia adalah ideologi yang menolak bentuk manusia berfikir, mengecam manusia berjuang, dan mengenepikan manusia berbakti. Ia adalah fahaman yang bersifat ananiah, tiada sensitiviti, tiada perjuangan, bahkan hanya berusaha ke arah melahirkan manusia yang menjadi hamba kepada dirinya sendiri. Golongan ‘aku tidak pedulisma’ adalah manusia yang menutup semua pintu untuk manusia lain mendekatinya, mereka tidur di dalam jaga dan mati semasa hidup.
    Fenomena paling ketara bagi kelompok ‘aku tidak pedulisma’ ini adalah budaya hedonisma. Hedonisma yang sepatutnya menjadi gejala golongan yang tidak berpendidikan dan rendah moral, merayap masuk ke celah-celah golongan siswazah dan intelek. Ia adalah budaya cinta dan ketagih hiburan. Apa yang dimahukan hanyalah unsur-unsur yang membawa cuti minda, atau mungkin berakhir dengan kematian idealisma dan erti hidup.
    Adalah sukar untuk membayangkan perubahan, jika golongan siswazah terus tenggelam di dalam budaya hedonisma. Mereka yang diharapkan mampu memimpin perubahan, berubah menjadi kelompok juzuk masyarakat yang hilang keprihatinan. Tidak bergerak sebagai pembela masyarakat, mereka berubah menjadi beban.
    DI MANAKAH SILAPNYA?
    Jika kita mahu menyenaraikan punca kepada fenomena merbahaya ini, beberapa noktah berikut boleh dijadikan bahan renungan:
    • Kemerosotan penghayatan Islam di kalangan siswazah itu sendiri. Setelah kita bersetuju bahawa seluruh ajaran Islam adalah bertentangan dengan ‘aku tidak pedulisma’, maka kita perlu akur bahawa, kegagalan menghayati Islam adalah titik tolak kepada segala permasalahan.
    • Lahirnya generasi keanak-anakan. Idealisma yang begitu penting dan besar tidak mungkin dapat didokong oleh siswazah yang keanak-anakan dan tidak matang di dalam menjana kehidupan. Sikap manja dan suka dipujuk, mungkin datang dari latar belakang kehidupan yang tidak terdedah kepada cabaran dan kesusahan. Mereka mencipta risiko sebelum bertindak, mengundur langkah sebelum bergerak.
    • Budaya ‘aku tidak pedulisma’ ini juga mungkin berpunca daripada kecenderungan siswazah yang tidak minat untuk mengikuti perkembangan semasa. Mereka bukan penonton setia siaran berita, bukan pelanggan akhbar cetak dan elektronik bahkan tidak pernah berasa kekurangan pada diri yang tidak meng’up-to-date‘kan perkembangan isu semasa. Pengabaian aspek ini dalam kehidupan mahasiswa, menghasilkan kulat lemah bacaan politik (political reading). Apabila siswazah tidak mampu memahami isu semasa dengan baik, mereka dengan sendirinya tidak akan mencetuskan apa-apa sumbangan dan tindak balas yang positif.
    Senarai di atas bukanlah bertujuan untuk menghadkan punca bahkan kita merasakan bahawa budaya ‘aku tidak pedulisma’ ini adalah natijah daripada suatu bentuk kerumitan yang lebih besar dan sulit. Abad mewah yang lepas telah melahirkan generasi manusia global yang alpa, tidak pandai bersyukur dan kabur matlamat hidup. Lantas siswazah ‘aku tidak pedulisma’ adalah sekelompok daripada golongan itu.
    Kita khuatir dunia dipenuhi oleh golongan oportunis yang hanya hidup bersandarkan maslahah. Lebih membimbangkan jika kelompok ini adalah kelompok siswazah Muslim. Takutilah sindiran Allah SWT di dalam Al-Quran:
    “Dan di sana terdapat sebahagian manusia yang menyembah Allah sekadar di pinggiran. Jika mendapat kebaikan mereka akan tenang dengannya (iman kepada Allah) dan apabila ditimpa fitnah (ujian) mereka akan memalingkan wajah (meninggalkan agama Allah). Mereka kerugian dunia dan akhirat. Itulah dia sebenar-benar kerugian yang nyata” (Surah Al-Hajj 22 : 11)
    PENYELESAIAN
    Setelah penulisan di atas cuba mengungkaikan sebab-sebab kelesuan siswazah dan fenomena ‘aku tidak pedulisma’ yang mengancam survival gerakan pelajar, penyelesaiannya mesti diusahakan. Sudah tentu tiada jalan lain untuk membetulkan keadaan ini selain kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah dalam erti kata yang sebenar. Umat hari ini tidak mungkin dapat diislahkan melainkan dengan apa yang telah mengislahkan umat yang terdahulu!
    Firman Allah SWT:
    … dan tetapi, jadilah kamu Rabbaniyyin (ulamak dan fuqaha’ di dalam ad-dien) terhadap apa yang kamu ajarkan dari Al-Kitab dan dengan apa yang kamu pelajari (Surah Aal Imran 3 : 79)
    Artikel ini diubahsuai daripada versi asal yang dibentangkan oleh penulis sempena Persidangan Persatuan Mahasiswa Jordan Pertama Jordan (PERTAMA) pada 27 – 29 Jun 2001

    ABU SAIF @ http://www.saifulislam.com

  28. hamba.. said

    salam… setiap ayaT AL_Quran, ada tafsiran yg mendalam… jgan guna ayat al Quran mudah2.. demi blog begini ja… kalu betul nak tegakkan islam o yg sewaktunya.. tekankan sunnah nabi dulu dalam diri dan kehidupan… jgan jd macam kata ulama2.. manusia zaman sekarang suka sebar agama ikut akal sendiri.. bukan nak fikir cara nabi… u tempat belajar .. syariat islam boleh d serapkan.. tp biarlah berhikmah.. bg ana, cara yg dilakukan ni, dengan kutuk mengutuk, caci mencaci, tuduh menuduh, bukan caranya.. nabi x ajar… ingat….

  29. Khalid Saifullah said

    Assalamualaikum.

    Jika blog sbegini disangkal utk menegakkan kalimahnya, maka semua ustaz2 yang menggunakan medan blog perjuangan memahamkan org lain adalah satu bende yang xkene.. betol ker gtu?

    Apakah kiter kene tegakkan semua sunnah nabi baru kiter layak utk untuk menyebarrkan dakwah nya? ana banyak terbaca dalam fs, buletin yang diforwarkan, bahagian bawah mesti tertulis satu hadis, “sampaikan dariku walau satu ayat”.

    macm mana kita nak terapkan syariat islam dallam suasana belajar yang tidak mengizinkan kita mengamalkan islam sepenuhnya. Mungkin kita xsedar, dalam suasana kita sekarang sebenarkan ada perancangan jahat yahudi sejak zaman kegemilangan islam lagi yang mana mereka nak menjauhkan kita dengan syariat islam itu sendiri.

    Yang paling menyedihkan, umat islam sendiri yang menghalang kerja2 islam itu sendiri. Bila diber kefahaman, dikatakan kita cuba melaga-lagakan dan cuba bermain2 dengan Agama. Cuba serita dimana tempat yang tersalah letak atau membuat tafsiran yang xbetul. cuba tanya plak ustaz2 yang anda kenal.

    Islam ini tidak pernah menyusahkan, tp mencari redha dalam khilaf. Tp islam xpernah bertolak ansur dengan org yang menolak hukum ALLAH. harap2 semua sahabat boleh lar dekatkan diri dengan bacaan sirah kalu ada masa terluang. sesambil nak hilangkan tensen blaja engineering.

    wassalam

  30. ikan said

    bila terbaca komen hamba.. saya pulak teringatkan kawan saya ni yg keluar tabligh.. dia pernah kata tentang sunnah nabi mcm yg hamba kata… n pada masa sama dia kata, tekankan sunnah nabi dalam diri kita sendiri.. n pada masa sama bgtau kawan2 tenntang penting kita amalkan sunnah nabi, dia terima x , itu Allah yg bagi hidayah, usaha antara kita sendiri penting… walaupun x mampu untuk buat semunya.. n lebih elok darpada menggunakan ayat2 al quran yang tafsiran nya kita x pasti betul o tidak.. saya rasa hamba bermaksud bgtu kot… tp apa yg khalid saifullah bgatu pula seolah2 hamba bgtau tekan sunnah nabi baru layak .. kalau mcm 2, x penting la sunnah nabi ni.. kalau nak sebarkan syariat Islam, cukupkah berpegang pada hadis yg khalid saifullah sebut “sampaikan dariku walau satu ayat”. ????? bukankah hadis pun bukan senag2 untuk d gunakan sebagai hujah.. tp munkin pada hemat sya, khalid ni mampu untuk mentafsir ayat al quran n hadis2… kerana yakin menatakan ungkapan sebegitu… hemm.. betullah kata ustaz saya2.. umat akhir zaman salah satu ”bginilah akan berlaku”… renungkanlah… tp x bermakna saya sokong hamba.. n saya x sokong khalid saifullah… lagipun saya sedih, kerana blog boleh juga hadir caci mencaci n pelbagai perkara yg x elok lg… nabi x tunjuk pun benda macam ni… tp kenapa kita lebih2……. hatiku sedih sekali….

  31. anti mpp said

    tak perlulah korang nak bising2 dah memang lumrah mpp kat unimap ni “sampah” aku sebagai mantan pemimpim salah satu PPK kat unimap juga benci mpp. apa yg diaorg tahu buat program yg membazir.bila persatuan PPK ni minta duit nak buat program untuk student ada jer alasan.dah la tuh. bila berlaku sesuatu isu yg melibatkan PPK.. tak pernah nak tolong.aku masih ingat lagi. kami pernah kena ban ngan HEP gara memperjuangkan isu student kami.tapi apa wakil PPK kami di MPP lakukan.hanya melihat saja sehingga aku serta org2 tertinggi dalam persatuan PPK ni dipanggil dihentam di “brainwash”. haha memang lucu bila dipikirkan..tapi yg paling aku lihat langsung tidak mampu memimpin adalah saudara alwie mantan MPP 2007/2008. paling mengecewakan apabila progran yg dianjurkan masa konvo tiba2 batal, dah la tu.langsung tidak dimaklumkan.bayangkan dr kg y kami para peserta sanggup meredah ujan ke wangulu untuk pendaftaran. tetapi bila kami sampai apa jawapan yg diberi, maaf pertandingan dibatalkan. masyaallah macam nak bakar je cafe wang ulu masa tu.kenapa ahlijawatankuasa yg bertanggungjawab tidak memaklumkan kepada kami awal2. ini salah satu perkara yg bole dijadikan contoh bila MPP yg dilantik bukan berlandaskan kebolehan memimpin tetapi berlandaskan kebolehan menjadi pak turut.

  32. Langkawi_agent said

    apa hangpa dok merapu ni..
    duk uni mak pak bg duit tu blajaq je la..
    ni dak…hangpa duk hu ha hu ha…
    last2 kuaq uni nnt hangpa p cari keja jgk…
    ak rasa hangpa ni perlu ketenagan la..
    ak cadangkan hangpa ajak mak bapak hangpa pi becuti..
    sapa nak mai langkawi leh call no ni…
    017-5026227….cuti2 malayyysiaaaaa…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: