Pabila Kalam Berbicara

Tajamnya Mata Pena

Mahasiswa UniMAP Tidak Memahami AUKU Punca Takut Bersuara..?

Posted by unite28 on October 20, 2008

Salam Perjuangan..

Setelah beberapa lama pandangan lantang saya mempersoalkan proses PRK UniMAP terpapar di skype dan juga blog, banyak respon yang agak menarik tercalit ke telinga saya kedengaran daripada rakan-rakan yang terdekat. Ramai yang mengkritik dan tidak ramai juga yang berasa takut dengan kenyataan tersebut.

Mungkin bagi mereka, kenyataan sebegitu rupa boleh menyentuh sensitiviti seterusnya mengundang kemarahan HEP. Mungkin juga ada sesetengah sahabat-sahabat yang berasa takut jika diambil tindakan, sedangkan sebenarnya tidak ada seksyen pun dalam AUKU yang boleh dikenakan ke atas mereka jika mereka bertindak sedemikian. Jika ada pun mungkin kesalahan lain yang akan dicari dan dijadikan bahan bukti untuk mensabitkan kita dengan AUKU ataupun kesalahan tatatertib Universiti.

Amat menyedihkan apabila masih ramai mahasiswa UniMAP mungkin boleh dikatakan keseluruhan daripada mereka masih lagi buta tentang AUKU. Inilah punca yang menyebab mereka takut untuk bersuara apabila timbul isu-isu dan masalah yang melibatkan hak mahasiswa.

Maka atas kesedaran ini, saya terpanggil untuk berkongsi dan menerangkan sedikit sebanyak tentang beberapa seksyen yang terkandung di dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti atau lebih dikenali sebagai AUKU oleh para penuntut universiti. Dengan harapan sahabat-sahabat dapat mengetahui walaupun tidak banyak memadai sedikit yang mana perlu dan penting untuk kesedaran sebagai mahasiswa di universiti.

Sepertimana yang sedia maklum, AUKU telah dipinda pada tahun ini 2008. Ada yang dipinda, ada yang dibatal, ada yang ditambah dan ada yang diganti. Walaubagaimanapun saya akan menyentuh seksyen-seksyen yang penting sahaja yang seharusnya kita mengetahui fungsi dan maknanya.

Dalam AUKU (pindaan) 2008, Seksyen 15 menyebut tentang:

“Pelajar atau pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar bersekutu dengan persatuan, dsb.”

Seksyen ini juga telah dipinda pada tahun ini sepertimana berlaku pindaan kepada seksyen-seksyen yang lain. Perincian Seksyen 15 adalah seperti berikut:

Sumber:

jpt.mohe.gov.my/profile%20korporat/PANDUAN%20&%20RUJUKAN/AKTA/auku.pdf

dengan (pindaan) 2008:

http://www.parlimen.gov.my/billindex/pdf/DR122008.pdf

15. (1) Seseorang pelajar Universiti boleh menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang, sama ada atau tidak ia ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, sama ada ia di dalam atau di luar Universiti, dan sama ada ia di dalam atau di luar
Malaysia, selain—

(a) mana-mana parti politik, sama ada di dalam atau di luar Malaysia;
(b) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia; atau
(c) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang telah ditetapkan oleh Menteri, selepas berunding dengan Lembaga, secara bertulis kepada Naib Canselor sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Universiti itu.

(2) Suatu pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti yang ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut Perlembagaan boleh mempunyai apa-apa penggabungan, persekutuan atau urusan lain dengan mana-mana persatuan, pertubuhan, badan 6 Rang Undang-Undang atau kumpulan orang, sama ada atau tidak ia ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, sama ada ia di dalam atau di luar Universiti, dan sama ada ia di dalam atau di luar Malaysia, selain—

(a) mana-mana parti politik, sama ada di dalam atau di luar Malaysia;
(b) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia; atau
(c) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang telah ditetapkan oleh Menteri, selepas berunding dengan Lembaga, secara bertulis kepada Naib Canselor sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Universiti itu.

(3) Menjadi tanggungjawab Naib Canselor untuk menyampaikan kepada pelajar Universiti, dan pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti, nama pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang ditetapkan oleh Menteri di bawah perenggan (1)(c) dan (2)(c) sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Universiti itu.

(4) Naib Canselor boleh, atas permohonan seseorang pelajar Universiti, mengecualikan pelajar itu daripada peruntukan perenggan (1)(a), tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut.

(5) Tiada seorang pun pelajar Universiti dan tiada pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti yang ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut Perlembagaan, boleh menyatakan atau melakukan apa-apa jua yang boleh semunasabahnya ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan kepada atau simpati dengan atau bangkangan terhadap—

(a) mana-mana parti politik, sama ada di dalam atau di luar Malaysia;
(b) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia; atau
(c) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang ditetapkan oleh Menteri di bawah perenggan (1)(c) dan (2)(c) sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Universiti itu.

(6) Walau apa pun subseksyen (5), seseorang pelajar Universiti tidak boleh dihalang daripada—

(a) membuat pernyataan mengenai sesuatu perkara akademik yang berhubungan dengan perkara yang pelajar itu terlibat dalam pengajian atau penyelidikannya; atau
(b) menyatakan sendiri mengenai perkara yang disebut dalam perenggan (a) pada sesuatu seminar, simposium atau majlis seumpamanya yang tidak dianjurkan atau ditaja oleh mana-mana parti politik, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, atau mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang ditetapkan oleh Menteri di bawah perenggan (1)(c) dan (2)(c) sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Universiti itu.

(7) Mana-mana pelajar Universiti yang melanggar subseksyen (1) atau (5) boleh dikenakan tindakan tatatertib.

(8) Mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti yang melanggar subseksyen (2) atau (5) hendaklah diuruskan mengikut seksyen 16.”.

Perincian seterusnya akan ditulis pada masa yang akan datang insyaAllah…..

Sahabat-sahabat yang dihormati,

Cuba kita lihat kembali Seksyen 15 (1), (2), (5), (7) dan (8), semuanya berkaitan penglibatan mahasiswa dengan pertubuhan tertentu. Dalam subseksyen (1) (a), (2) (a) dan (5) (a), menyatakan bahawa mahasiswa dan kumpulan mahasiswa di dalam atau luar Malaysia dilarang untuk menjadi ahli, bergabung atau melakukan sesuatu yang boleh ditafsirkan sebagai menyokong mana-mana parti politik dalam atau luar Malaysia.

Dalam hal ini banyak persoalan telah timbul di benak fikiran saya, jika begitu larangannya, mengapa ada Kelab UMNO untuk pelajar universiti luar negara ? Tidakkah mereka ini dikatakan menjadi ahli atau bergabung atau melakukan sesuatu yang munasabah yang boleh ditafsirkan sebagai menyokong mana-mana parti politik dalam atau luar Malaysia ? adakah tindakan sedemikian tidak melanggar Subseksyen 15 (1) atau (2) atau (5) ?

Isu mereka pelajar yang lebih bijak atau tidak bukanlah menjadi persoalannya, tetapi persoalan yang penting dan premis penghujahannya adalah adakah ia tidak melanggar AUKU ?

Saya rasa sahabat-sahabat boleh memikirkan sendiri tentang persoalan yang telah saya timbulkan. Adakah itu yang dinamakan keadilan dalam sebuah negara demokrasi.

InsyaAllah pada masa akan datang akan saya sentuh pula mengenai MPP dalam AUKU Seksyen 48 dalam perkara Perlembagaan Universiti. Apa hak kita untuk memilih mahasiswa sebagai calon MPP dan bagaimana cara sebenar pemilihan MPP dilaksanakan.

Wallahu’alam.

Salam Perjuangan Buat Mahasiswa..

Advertisements

27 Responses to “Mahasiswa UniMAP Tidak Memahami AUKU Punca Takut Bersuara..?”

  1. i realy dun think so. its not about understanding or not d auku(if im not mistaken, ur talkin bout akta universiti n kolej universiti). its bout, wuts d fuss? wuts d big deal. bkn ade org sgt nk jd mpp. bein mpp is not a smal mater. ul hav big responsibilities. i myself dun like mpp 2 b pick by d hep, but unles thers realy a great leader dats worth my vote, il stand own my own 2 feet woryin bout myslf thn woryin bout unnecesities.. if u wna talk bout dis mor with d student, visit w.ulu underground portal at http://10.193.11.193/portal/ . its intranet. try it in w.ulu only. ul get lotsof responses..

  2. JACKY said

    “Amat menyedihkan apabila masih ramai mahasiswa UniMAP mungkin boleh dikatakan keseluruhan daripada mereka masih lagi buta tentang AUKU.”

    Ahah!.. salah skali jika berkata begitu.. bagi kami, bkn lah tidak mengetahui apa itu AUKU.. saya lebih merasakan jika pilihan dibuat melalui PRK.. maka orang yg dipilih itu adalah bergantung secara undian populis sahaja.. Unimap setakat ini, yg saya tahu ramai tak bley pakai la.. jika mahu wujud sebarang bentuk penentangan terhadap cara pemilihan MPP ini, kita sudah sepatutnya dapat melihat kempen2 dan pengenalan calon di buat.. kalau setakat angan2 tahi ayam sahaja, mahu buat apa kan.. nampak ianya terlalu mudah dengan menghantar borang pencalonan sahaja, sudah layak bertanding.. tp dari segi apa kami mahu menilainya dan mengenalinya? lalu hanya orang yg mengenalinya sahaja yang mengundi untuknya.. adalah lebih baik jika, mereka yang lebih arif “turun naik” HEP ini yg buat kerja.. segala masalah boleh disalurkan kepada mereka.. Di Unimap, kita “tekan” sahaja mereka yg memegang jawatan dlm MPP itu.. saya mencadangkan supaya jika mahu dibantah cara perlantikan MPP ini, silalah bantah dengan cara yang lebih berani dan kreatif.. kita berkumpul dan merancang strategi, menilai kelebihan dan keburukan.. Justeru melihat, adakah revolusi baru dlm pemilihan MPP di Unimap akan terjadi.. atau hanya bersuara di dlm blog sahaja.. wallahualam~

  3. unite28 said

    Alhamdulillah..terima kasih atas komen-komen yg diberikan, beginilah kretiria yg ada pada bakal-bakal pemimpin masa depan insyaAllah..

    JACKY rasanya dah salah faham tentang apa yg saya maksudkan,ataupun mungkin terlepas pandang,atau pun mungkin bila baca je posting ni,nafsu amarah atau emosional menguasai diri, maka terus diberikan komen atas dasar nafsu bukan atas dasar ilmiah sebagai golongan yang cerdik pandai. Jadi cuba baca kembali posting saya tu..

    “Amat menyedihkan apabila masih ramai mahasiswa UniMAP mungkin boleh dikatakan keseluruhan daripada mereka masih lagi buta tentang AUKU.”

    Saya tulis di situ “..buta tentang AUKU..” adakah sama maksudnya “buta” dengan “tidak mengetahui” yang ditulis oleh sahabat saya JACKY ? cuba semak balik dalam kamus. Kalau dalam al-quran dan dalam bahasa inggeris pun kedua-duanya ada beza apatah lagi dalam bahasa melayu.

    “Buta” yg saya maksudkan adalah tidak mengetahui tentang perincian dan kandungan Seksyen-seksyen yang terdapat dalam AUKU. Kalau setakat tahu nama AUKU, semua orang tahu nama, adik-adik kita yang masih di peringkat sekolah menengah atau matrikulasi pun tahu nama AUKU. Tapi bila ditanya apa yang ada dalam AUKU dan Seksyen-seksyen yang terkandung di dalamnya, adakah mereka tahu ? adakah kita sebagai mahasiswa UniMAP tahu dan faham ?

    Kalau JACKY tahu dan faham apa dia Seksyen 15, seksyen 48 dan seterusnya, alhamdulillah, anda memang betul-betul peka dan memang layak digelar sebagai mahasiswa dan pemimpin mahasiswa.

    “..melalui PRK pemilihan bergantung secara undian populis sahaja”..? Kita sebenarnya jangan terlalu cepat membuat tanggapan atau boleh dikatakan sebagai hipotesis, kita kena sedar hipotesis kita mungkin menjadi realiti dan mungkin juga tidak. Ia bukan sahih, kerana bukan kita yang menentukan masa depan. Jadi kita kena laksanakan dulu, kemudian kita akan dapat buktikan betul atau salah hipotesis kita. Kalau saudara JACKY membuat sebarang kajian mengikut lunas-lunas dan fakta-fakta dalam kajian sains politik, yang difikirkan boleh dijadikan hujah dan bukti yang bersifat akademik, mungkin saudara JACKY boleh berkongsi dalam blog ini, kerana ramai ingin tahu kebenaran tanggapan yang dibuat.

    “..Unimap setakat ini, yg saya tahu ramai tak bley pakai la..” Itu yang saudara tahu, jangan buat tanggapan berdasarkan semata-mata apa yang anda tahu, tidak sepatutnya anda mengatakan ramai mahasiswa UniMAP tak bley pakai. Kalaulah betul kenyataan saudara, apa tugas saudara, adakah duduk diam je ? memangla kita tahu kubur masing-masing, tapi tanggungjawab di hadapan Tuhan tidak terlepas. Maka atas kesedaran ini saya melihat perlunya saya memperjelas dan memberi penerangan sedikit sebanyak tentang peranan dan hak sebenar mahasiswa di dalam sesebuah kampus selaku batu permata negara dengan harapan agar mereka mendapat kesedaran yang sewajarnya. Apabila kesedaran ini dicapai dan kebanyakan mahasiswa sedar akan hak dan tanggungjawab mereka, maka langkah seterusnya……anda pun tahu apa yang nak dibuatkan. Belajarlah dari manhaj perjuangan Rasulullah. Dalam sirah tu banyak peringkat yang perlu kita fahami dan adaptasikan dalam kehidupan kita.

    “..kita sudah sepatutnya dapat melihat kempen2 dan pengenalan calon di buat..” Mungkin saudara tak habis baca posting saya yang sebelum ni. Saya dah sebut tentang situasi sebenar yang berlaku di UniMAP. VC pun pernah sebut dalam kem kepimpinan calon-calon MPP, UniMAP akan cuba berusaha untuk menghalang daripada berlakunya proses berkempen dan penamaan calon, maksudnya PRK, tiada siapa yang boleh nafikan.

    “..dari segi apa kami mahu menilainya dan mengenalinya?..” saya tertanya-tanya kehairanan sebenarnya, mengapa saudara boleh timbulkan persoalan sebegini rupa ? seolah-seolah saudara tidak faham tentang proses Pilihan Raya. adakah saudara tidak pernah merasai suasana Pilihan Raya di matrikulasi atau mana-mana institusi pengajian di peringkat diploma atau sijil sebelum ini ? Dalam posting “PRK UniMAP Tidak Demokratik..?” sudah saya jelaskan tentang pri pentingnya PRK dan menuruti proses-prosesnya. Melalui proses berkempen, penamaan calon dan dialoglah kita sebagai mahasiswa boleh menilai kredibiliti dan gaya kepimpinan yang ada pada calon-calon, kalau proses-proses tersebut tidak dilaksanakan dengan sewajarnya dan tidak bersifat telus, macam mana kita nak kenal dan menilai tahap kepimpinan calon-calon seperti keadaan sekarang ? Saya fikir mungkin saudara melihat “standard” Pilihan Raya Kampus di UniMAP seperti tahap Pilihan Raya di matrikulasi atau sekolah menengah. Mungkin atas sebab itu saudara mengatakan sedemikian.

    “..adalah lebih baik jika, mereka yang lebih arif “turun naik” HEP ini yg buat kerja..segala masalah boleh disalurkan kepada mereka..” Ye ke lebih baik mereka yang lebih arif “turun naik” HEP jadi MPP kemudian segala masalah boleh disalurkan kepada HEP ? saudara pasti segala masalah boleh disalurkan terus kepada HEP melalui mereka ? setakat ini, sudah berapa banyak masalah yang telah dibawa oleh MPP ? dan seterusnya yang dapat diselesaikan ? adakah selama ni MPP memainkan peranan dalam menyuarakan masalah kita kepada HEP ? sepertimana yang saya dengar dari mulut bekas MT MPP sendiri, mereka hanya sibuk dengan program-program yang direncanakan oleh HEP dan program-program mereka sendiri. Apabila ini yang menjadi fokus utama, maka masalah-masalah yang dihadapi oleh mahasiswa tidak akan mendapat perhatian untuk diperjuangkan dan MPP sendiri mungkin tidak mempunyai peluang dan masa untuk memikirkannya.

    Apa-apa pun saya ucapkan terima kasih atas cadangan diberikan. Cadangan yang cukup hebat, semoga sehebat tidakan yang telah dilakukan. Sebenarnya tidak ada makna kalau hanya berkebolehan untuk mencadang tapi tidak berkebolehan malahan tidak pernah buat apa-apa untuk merealisasikan apa yang dicadang. Hanya sekadar tunggu dan lihat bukanlah tindakan yang seharus dan sewajarnyanya diambil oleh setiap mahasiswa yang mempunyai idea-idea yang realistik. Blog merupakan medan bagi saya untuk menfokuskan matlamat dan objektif pada waktu sekarang, iaitu memberikan kesedaran kepada sahabat-sahabat tentang hak dan peranan mereka sebagai pemimpin masa depan negara dan insyaAllah blog ini juga akan berperanan dalam usaha untuk memusatkan suara mahasiswa dari seluruh kolej kediaman yang mana sebelum ni telah berpecah dalam kelompok yang kecil.

    Saudara yang dikasihi, yang penting sekarang, ayuh kita menyokong seterusnya sama-sama membantu gerakkan kerja dalam memberi kesedaran tentang hak mereka sebagai mahasiswa. Bertindaklah dengan sebijak mungkin.

    Apa-apapun terima kasih kepada JACKY atas pandangan dan komentarnya. Agar ia dapat membuka minda mahasiswa UniMAP dalam melontarkan segala pandangan dan kritikan.

    Wallahu’alam.

  4. unite28 said

    Saya setuju dengan pandangan saudara Ammar, tetapi bukanlah semua. apabila disebut tentang tanggungjawab, sedar atau tidak sebenarnya tanggungjawab kita yang paling utama adalah menunaikan hak-hak kita sebagai seorang “HAMBA”. Kalau nak bincang tanggungjawab ni, memanglah tak mampu untuk kita laksanakan semua, mungkin hanya boleh berteori. Tetapi yang paling penting adalah hak yang menjadi kewajipan ke atas kita perlulah ditunaikan dan disempurnakan sebaik-baiknya. Jika ia tidak ditunaikan maka, kita dikira berhutang, apabila berhutang, jika kita tidak membayarnya di dunia, di akhirat kelak kita akan di bayar dengan balasan yang seadil-adilnya.

    Itu adalah tanggungjawab asas yang perlu dijayakan oleh setiap mahasiswa yang bakal memimpin kampus apabila mengaku dirinya sebagai muslim. Kalaulah solat subuh pun duk tuang selalu, solat-solat fardhu yang lain pun ikut suka buat tak nak buat, macam mana nak jadi pemimpin ? Kalaulah tanggungjawab asas itu pun tak dapat nak laksanakan, bagaimana boleh dia memegang tanggungjawab yang lebih besar contohnya nak menerajui MPP untuk memimpin pelajar ? jadi saya setuju dengan kata-kata Ammar tadi, tapi jangan menepikan langsung tanggungjawab asas itu. Ini tidak, tanggungjawab lain yang diutamakan, ia amat menyedihkan bagi saya. Tapi saya fikir, saudara Ammar tentunya dah laksanakan tanggungjawab itu dan mungkin melebihi apa yang saya katakan, insyaAllah.

    Kalaulah nak dibincangkan pasal tanggungjawab ni, memang panjang dan banyak sebenarnya, itu pun belum masuk lagi perkara-perkara yang lain seperti perkara kebajikan, kebaikan yang boleh dijadikan contoh tauladan kepada bakal orang yang dipimpin dan lain-lain, itu juga merupakan tanggungjawab yang besar.

    Walaubagaimanapun, apabila kita bincang tentang tanggungjawab ini, janganlah pula kita katakan tiada siapa yang layak dan boleh diangkat sebagai pemimpin dalam MPP contohnya. Kalau semua seperti yang saya gambarkan dalam perenggan kedua tadi, maka siapa yang layak jadi pemimpin ? tiada siapa yang sempurna, tetapi daripada tanggungjawab tadilah kita belajar untuk membentuk diri ke arah sempurna. Tetapi ingat,sekali lagi saya nak tegaskan, yang penting tanggungjawab asas sebagai seorang HAMBA perlu menjadi syarat wajib untuk menjadi pemimpin di dalam kampus, bukan sahaja kampus, di mana-mana sekalipun apabila mengaku sebagai seorang muslim.

    “..il stand own my own 2 feet woryin bout myslf thn woryin bout unnecesities..” Tidak ada guna hanya sekadar bimbang tentang diri, tanpa ada tindakan yang sepatutnya. Takkanlah dari umur 18 contoh sampai sekarang tidak ada tindakan-tindakan yang sewajarnya dilakukan untuk membaik diri khususnya tanggungjawab asas yang saya sebutkan tadi. Kalaulah sudah ada tindakan, takkan satu pun tak berjaya ? ataupun menjadi semakin teruk ? Jangan tunggu dapat hidayah baru nak baiki diri, itu hanya akan membinasakan diri, tetapi hidayah tu kena cari, kena cari dan kena cari. Tetapi insyaAllah, saya rasa Ammar sudah pun bertindak dengan sawajar dan sepatutnya untuk membaiki dirinya bagi memperkemaskan tanggungjawab asasnya sebagai seorang muslim, bukan sekadar duduk merenung dan bimbang akan diri sendiri.

    semoga sama-sama mengislah diri.

    Wallahu’alam.

  5. abu_labuna_labuni said

    persoalannya..tarikh pembelian borang telah dibuka..tetapi xde org yang tampil untuk membeli borang2 tesebut…
    bayangkan,ada 28 kerusi yang dipertandingkan…
    tapi hanya 2 org yg mengambil borang…dan layak bertanding..
    mcm mana nak topup lg 26 kerusi yg masih kosong?
    pendapat sy..pelajar unimap bkn buta AUKU..
    tapi tidak berminat untuk berpolitik…hanya sesetengah pelajar yang mengambil berat tentang pekara ini…
    pelajar seringkali merungut “mengapa menang tanpa bertanding?”..tapi tidak sesekali memikirkan “kenapa aku tidak masuk bertanding?”…
    itu pendapat sy…
    tp sy kira tidak perlu menyalahkan mana2 pihak…semuanya terlelak pada kesedaran setiap student yg ada di unimap itu sendiri…
    sekian..
    wassalam…

  6. akuma said

    hehe..hg pa semua ni..mmg bole sembng ja laa…
    klu tk thu apa2 tntang HEP..bole la sembng kata PRK ni tk da sbb tk da calon..msalhnya..bnyk sngt halangn tuk amik borng..alasannya..dekan tk da la..itu laa ini laa..HEP yg ssh kn cra nk amik borng…actualyy kn..MPP unimap ni..stndard pengawas sekolah ak ja..hehe..cikgu pilih..pas tu lantik..pa2 pn..ak hrap..yg jdi Mpp nnti..JGN LA MALUKAN UNIMAP..k

    ..salam demokrasi terpimpin..

  7. Khalid Saifullah said

    pandai nyer akuma.. hehe.. perkara ini berlaku juga pada sahabat saya masa kami ditahun 2 dulu.. sahabat saya ni kene ligan ngn pak guard, diberi nasihat oleh mantan presiden MPP, ditanya oleh Dekan dan Pengerusi rancangan. malahan nak ambil tandatangan dekan pon susah.. dekan xder lar, p meeting dan macam2 lagi..

    Dimana letak nya demokrasi yang dijaja oleh Kerajaan kita. Bab AUKU ni, kalu kita buat perbandingan dengan perlembagaan Malaysia, berlaku pertindihan dalam perlaksanaan akta. dalam perkara tersebut, sepatutnya akta dalam AUKU perlu dimansuhkan kerana bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia. Sebaliknya berlaku apabila AUKU boleh mengatasi Perlembagaan MAlaysia. Saya kira saudara Abu tahu tentang hal ini dan akta makna yang saya maksudkan.

    ‘Kenapa aku tidak masuk bertanding?’ persoalan yang baik dari org yang bijak. pernahkah saudara abu melihat pada syarat bertanding? jika bertanding nak duk atas stand apa? Apa yang berlaku pada org2 yang pernah mengambil borang utk bertanding? siapa yang dah kene blacklist nama dengan HEP. utk pengetahuan saudara abu, semua geng2 yang kene blacklist adalah geng2 yang lantang dalam perjuangan di kampus. kalu kta tgk balik syarat bertanding, geng2 yang dah kene blacklist ni xleh bertanding. cuba saudara tanya kawan2 yang ambil borang pencalonan atau saudara abu sndiri ambil borang utk merasai sendiri apa yg berlaku. agenda yg saudara bawa perlulah lantang dalam melaksanakan agenda mahasiswa.

    indahnya jual beli dengan ALLAH.
    wallahualam.

  8. abu_labuna_labuni said

    saudara akuma…
    sy setuju pdapat kamu..
    kte semua hanya bole besembang ja…

  9. unite28 said

    Sebenarnya dalam komen yang kita lontarkan, bukan kita nak lihat siapa menang atau siapa kalah tetapi yang lebih penting kita nak memupuk keberanian mahasiswa dalam melontarkan hakikat yang benar berdasarkan kebijaksanaan,bukan main hentam semberono je, dan jugak nak melatih mahasiswa UniMAP dalam mengeluarkan pandangan tentang isu-isu semasa kampus dan segala masalah mahasiswa di UniMAP.

    sy stuju, mmg kite blh sembang je. tpi sebenarnya melalui sembang berdasarkan hujah ilmiah sbginilah yang boleh mencambahkan pemikiran, memberikan kesedaran seterusnya memantapkan idealisma pemikiran kite sebagai seorang mahasiswa selain untuk mengumpul suara dan solidarity mahasiswa UniMAP, sy sebut skali lagi, sembang berdasarkan “hujah ilmiah dan berasaskan disiplin akademik”, bukan kerana emosional seperti budak-budak yg tidak berpelajaran. Itu yang cuba saya garapkan di blog ni.

    Sebelum ni saya dah tanya soalan ni pada saudara Abu_labuna_labuni,tetapi dia tak jawab lagi, jadi saya nak tanya skali lagi. Apa peranan saudara sebagai student selain bersembang dan melontarkan pandangan di sini ? tiada guna jika hebat dalam sumbangan idea tetapi lemah dalam tindakan. Adakah saudara pernah berusaha untuk bertindak ke arah itu ? seperti cuba menjadi calon MPP atau membuat suatu usaha untuk memberi kesedaran kepada mahasiswa UniMAP tentang pemilihan MPP oleh para mahasiswa atau sebagainya ? apakah yang telah saudara lakukan ? jangan mengkritik usaha yang dilakukan orang lain walaupun sedikit sedangkan kita tak buat apa-apapun. Kalau ada buat sesuatu bagusla.

  10. mira_safiah said

    salam…demokrasi yang hanya sekadar retorik untuk menyedapkan telinga yang mendengar, bukan untuk dipraktikkan. saudara abu tahun depan try la masuk bertanding. baru tahu hanya sekadar sembang atau praktikal..kita lihat setakat mana MPP memperjuangkan kebajikan rakyat UniMap.apa yang dibuat untuk rakyat UniMAP pd sesi yang lalu?? mungkin ada perubahan untuk sesi akan datang…we will see yea..insyaAllah

  11. Khalid Saifullah said

    alahai abu… anda setuju ngn akuma, tp comment anda kat atas tu mcm berlawanan jer ngn akuma..

    ape pendirian anda sebenarnya..

    celaru..

    =)

  12. abu_labuna_labuni said

    haha…
    ak da taun akhir…
    zaman mpp dah lepas dah..
    xkn ak nk list kot ape yg ak da masuk..
    ish2…
    at least ak tahu,u kita adalah u baru..
    dan kita perlu sama2 menaikkn nama u..
    fikirla 10-20 thn akan datang..
    kita yg menentukan naik turunnya nama u kita..
    bukan menghentam pihak u yg telah byk menyumbang kpd kita..
    nnt kamu sume dah tahun akhir maybe br ade kesedaran ..
    bila mana kamu nk cari kerja..phk u jgk akan tlg kamu..
    mase ade dlm u ni..
    sumbangla sesuatu..
    jgnla fikir sgt bnde yg xmenjamin mase depan..
    mmg elok bersembang dalam ni…mencambah pemikiran..tetapi pemikiran yg menjurus ke arah mana…

  13. along said

    DITUJU khas PADA pelajar Universiti terutamanya pelajar BUMIPUTERA..

    1. Jangan libatkan dalam sebarang bentuk demostrasi, merugikan masa anda & anda semua belum masak dalam perjuangan atau perjalanan politik.

    2. Ambil kesempatan masa belajar di Universiti dengan mengambil krusus tambahan (elektif) “PUBLIC SPEAKING” atau mempelajari BAHASA asing eg. Mandarin, Kantonis, Tamil, German. Ini akan menambahkan keyakinan dan juga penampilan diri sendiri ketika anda menghadapi dunia luar nanti.

    3. Melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti & ko-kurikulum di Universiti eg. Tenis, pertandingan antara universiti, kemasyarakatan kerana ia melahirkan sikap berkerjasama dan juga memahami sikap berlainan agama.

    4. Membuat atau membentuk satu kumpulan “study group” kerana orang melayu masih membawa sikap mementing diri sendiri dan juga kenegerian.

  14. Khalid Saifullah said

    saudara.. jangan lar anda singkat pemikiran anda dengan duk pikir nak menjurus pada mana2 pihak..
    mana pihak yang benar kita sokong, yang salah kiter betolkan..

    kalu kiter ni jahat sangat, lama dah kami bom mana2 pihak yang kami bangkang. sebb sayang lar kami tegor. saidina umar pon bangga bila ada rakyat dier tegor kesalahan dier..

    jangan duk tgk kebaikan kite, tp tgklar keburukan pada kiter utk kita muhasabah.. itu baru kepimpinan dalam diri.. kalu kepimpinan dalam masyarakt, die kene bersedia lar menerima komen org lain utk di perbetulkan.. bukan kami nak jatuhkan pihak u pon..

    kalu pihak u tolong carikan kerja, alhamdulillah.. kami bersyukur, tp tidak bermakna kmi kene ambil sikap pandang xbermata kesalahan yang dibuat.. kene lar kiter pakat2 tegor..
    matlamat tidak menghalalkan cara..

    saudara abu, bukan tahun berapa yang penting, tp pemikiran yang matang tu yang penting dalam mencorak pemikiran pimpinan masa depan.
    minda pemimpin sentiasa boleh menerima tegoran.. saya mnta maaf jika terkasar bahasa.. huhu

  15. akuma said

    di waktu kelapangn ni suka ak mncelah..
    abu..walaupn dh thun akhir dh tk da pluan tuk jdi MPP at least bgi la
    pandangan yg mmbina untuk studnt yg masih bru d sini..
    kita bukn nk mnghentam HEP..HEP ada peranan nya..Student ada peranan nya.
    di sini student ptut timba pngalaman..klu kita nk mmbangkang pn..kita jadi pembngkang yg baik..
    ini satu pengalaman..klu jdi kerajaan..kita jadi kerajaan yg baik..bkn ikut telunjuk semata2..

    klu la tren pemilihan MPP ini brterusan smpai bila2…kita ptutu tuka MPP jadi MPHEP..
    sbb MPP kta ikut tlunjuk HEP..SY brani ckp..klu bole ada kn perhmpunan..kita tngok..bnyk mna penyokong MPP..sy pasti sikit sbb kita tk da pilhnraya..so sapa yg sokong MPP?? tk thu laa…

    ..salam demokrasi terpimpin..
    fikir…fikir..dan terussss berfikir!!!

  16. akuma said

    di waktu kelapangn ni suka ak mncelah..
    abu..walaupn dh thun akhir dh tk da pluan tuk jdi MPP at least bgi la
    pandangan yg mmbina untuk studnt yg masih bru d sini..
    kita bukn nk mnghentam HEP..HEP ada peranan nya..Student ada peranan nya.
    di sini student ptut timba pngalaman..klu kita nk mmbangkang pn..kita jadi pembngkang yg baik..
    ini satu pengalaman..klu jdi kerajaan..kita jadi kerajaan yg baik..bkn ikut telunjuk semata2..

    klu la tren pemilihan MPP ini brterusan smpai bila2…kita ptutu tuka MPP jadi MPHEP..
    sbb MPP kta ikut tlunjuk HEP..SY brani ckp..klu bole ada kn perhmpunan..kita tngok..bnyk mna penyokong MPP..sy pasti sikit sbb kita tk da pilhnraya..so sapa yg sokong MPP?? tk thu laa…

    fikir…fikir..dan terussss berfikir!!!

    ..salam demokrasi terpimpin..

  17. mira_safiah said

    salam..i also d final year student. x de masalah kalau u lain boleh je pelajar tahun akhir masuk bertanding…setuju ngan akuma. senang cte suh je pagawai2 kat hep tu jd MPP…pelajar hnya jadi pak turut je.

  18. mira_safiah said

    selamat berfikir..

  19. Khalid Saifullah said

    suka saya memetik kata2 seorg ulama’ dan juga pemimpin yang disegani di dunia, lebih kurang gni maksud nya,

    “pembangkang sebagai penegur dan penasihat kepada pemerintah, sekiranya pemerintah menukar perlembagaan negara dengan meletakkan islam sebagai wadah perjuangan dan perlembagaan negara, tentu pembangkang tidak menentang. sebaliknya akan bekerjasama dan bersatu sengan pemerintah demi kedaulatan dan keutuhan negara”.

    saya harap agar sumer org boleh terjemahkan ayat2 di atas dalam konteks kita disini memandang kan, semua yang komen disini adalah dikalangan mahasiswa yang berfikiran glokal. maklum lah, bakal engineer malaysia masa depan, Insya’ALLAH..

    sama2 kita fikirkan.

  20. matjenin2020 said

    sume berbicara agama je
    bgus…mmg sgt bgus
    tp kadang2…terfikir jgak aku..
    bnyak sgt cakap2 kosong tanpa tindakan
    blog nie pown aku rse cam satu tempat utk luahan emosi jerk
    sume pown tanpa tindakan..
    bg pndapat aku..
    mentaliti sume pelajar unimap tidak sampai tahap u laen lg
    klu ade PRK pown..blum tentu sume akan g trun pdg
    u laen yg dasyat2 PRK diowang pown sbb diowang ade kos spt
    sains politik n sbgnye yang tidak berat
    kwn ak de cakap…dak bio n engineering adalah kategori orang2 yang xkan trun mengundi
    klu ade pown skit jerk
    camne la jadi ble PRK de kat unimap??
    persoalan yang kembali timbul…

  21. Khalid Saifullah said

    assalamualaikum..

    blum buat PRK dah buat konklusi kata ramai xturun.. mentaliti pelajar UniMAP tdk sampai tahap u lain?? mana matjenin tahu ni? cuba tanya, sapa xturun mengundi masa zaman matrik dulu atau masa kat poli dulu? buat survey dulu sebelum buat konklusi nya..

    Mat jenin bercakap berdasarkan pendapat org lain, kalau kami bercakap berdasarkan agama, bermakna kami bukan bercakp ikut emosi. Kene pandai beza antara bercakap ikut emosi atau main bantai jer. Skit atau banyak mengundi bukan soalnya, tp soalnya MPP kita yang pilih. maka xtimbul persoalan kenapa MPP diplih oleh HEP bukan mahasiswa UniMaP. Jangan kita mengolotkan fikiran dengan bende2 xlogik.

    Kalu dah nama demokrasi, kene buat cara demokrasi lar. even nak pilih presiden kelab pon kene mengundikan. zaman skolah dulu pon nak pilih presiden kelab pon kene mengundi, tp bila mai UniMAP, pemilihan pertubuhan mahasiswa paling besar dalam Universiti dipilih oleh HEP atau pentadbiran Universiti. apa ke jadahnya pentadbiran campurtangan dalam pemilihan wakil pelajar untuk mewakili kami sendiri. Dan orang yang dipilih tidak disukai oleh mahasiswa sendiri.

    Wassalam.

  22. suara_kami said

    huhu
    khalid saifulllah..mane ko tau unimap tak penah buat pilihan raya???ko tau tak sebenarnya unimap penah buat pilihan raya??kao tau tak??ko mane cakap ikut sedap ko ngn ikut ape orang cakap.. try kaji dulu beb ape yg patut baru nak berhujah..baru nampak berilmiah and mentaliti budak u.. ini tak..tau nak hentam org je..ko tau macam mana sambutan prk mase ia penah di adakan dulu???? huhu.. lu pikir la sendiri beb!

  23. suara_kami said

    khalid saifullah..aku tggu komen dari ko…
    cepat r jawab..

  24. Khalid Saifullah said

    nama jer PRK, tp sapa yang bertanding? cuba cakap skit sapa yang mewakili kerajaan dan pembangkang?? kalu buat masa first year penubuhan unimap, memang lar xramai, dah student first batch pon braper ratus jer… logik lar skit.. cuber cakap, first batch braper ratus?? sampai x 3ratus? cuba buat skrg, kiter tgk mcm mana.. Tp suara kami ni dapat dari mana maklumat ni yer?? saudara ni dari first batch ker? kalu setakat dengar dari HEP, xyah lar nak cakap banyak.

  25. suara_kami said

    tak bayk pun aku cakap..ko tulis lagi berjela..lagi mengarut..nak dpat sumber maklumat sahih pun tak tahu kat mane??ilmaiah ke penulisan saudara?

  26. matjenin2020 said

    haha….klu stakat prk matrik tuh ak x heran ar weh
    mmg ar trun sbb diwajibkan mengundi
    ble x turun…kne tindakan
    hhaha…lwak la ko nieh khalid saifullah
    nk bandingkan dengan matrik plak
    ak jd spr
    ak kira undi
    mcm2 contengan aku jumpa
    ade yang lukis2 lagi kat kertas undi
    gambar pig comel pown ak jmpa kat kertas undi…koh3

  27. I am number 4 said

    Pengarah ICT UniMAP “Tuan Haji” Nasrudin Bin Abd. Shukor dok makan rasuah dengan company Celestra Network Communication jaa…

    http://www.cnc.net.my

    Tiap2 tahun boleh jenjalan luar negara wooo…masyukkk

    Cuba tengok carta organisasi ni.
    Pengarah ICT yg jaga bhgn network.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: