Pabila Kalam Berbicara

Tajamnya Mata Pena

PRK UniMAP Tidak Demokratik..?

Posted by unite28 on October 18, 2008

Salam Perjuangan Buat Mahasiswa,

Kali ni hati saya terdetik kuat untuk membicarakan tentang Pilihan Raya Kampus(PRK) yang berlangsung di Universiti Malaysia Perlis(UniMAP)..walhal sebenarnya tidak berlangsung pun..

“Tidakan yang agak memalukan dan langsung tidak demokratik!!”, itulah kenyataan pertama yang saya ingin ungkapkan di sini dan yang telah bermain-main difikiran saya sekarang yang mana berbaur dengan perasaan yang tidak puas hati sebenarnya.. Apa dah jadi dengan UniMAP ni? apa dah jadi? geleng kepala saya apabila terdengar ada cerita-cerita yang tidak sepatutnya sampai ke telinga saya sebagai seorang aktivis mahasiswa.

Saya sebenarnya berasa cukup sedih apabila melihat suasana dan situasi yang dialami oleh pelajar UniMAP sejak akhir-akhir ini. Sebenarnya bukan hanya sejak akhir-akhir ini, tetapi sudah bermula ketika saya menjejakkan kaki ke sini. Mereka ini di nafikan hak dan tuntutan sebagai warganegara dalam sebuah negara yang mengamalkan prinsip demokrasi.

Baru-baru ini saya agak terkejut apabila terdengar desas-desus yang mengatakan ada cubaan untuk menggagal dan menghalang tindakan beberapa orang mahasiswa/siswi yang ingin menghantar borang pencalonan mereka kepada HEP. Bermula dengan halangan pertama daripada pengetua kolej kediaman, walaupun dapat melepasi mereka tetap dikejar dengan pelbagai halangan selepas daripada itu.

Mereka turut dipanggil pada satu ketika untuk bertemu pembantu penolong pengetua kolej kediaman. Atas sebab apa mereka dipanggil wallahu’alam. tapi dengar katanya mereka cuba diugut agar mnggugurkan pencalon mereka. Kalau tidak ada angin masakan pokok bergoyangkan.

Apabila berita sebegini menyinggah pada telinga saya, banyak tanda tanya dan persoalan telah timbul bersarang dalam hati dan fikiran saya. Inikah sebenarnya yang dikatakan sebuah universiti?saya rasa di matrikulasi tidak begini. Malah mungkin lebih hebat lagi daripada UniMAP. Adakah dengan cara yang macam ni kita nak pilih pemimpin kita? takkan dalam negara kita pada masa-masa akan datang, kita nak buat sebegini rupa?kita perlu sedar, generasi sekaranglah yang akan memimpin negara dan akan mencorakkan hala tuju negara pada masa akan datang. takkanlah kita nak laksanakan pemilihan pemimpin dengan sesuka hati dan semberono sahaja seperti di UniMAP?

Kalaulah cara pemilihan MPP yang sebegini rupa diteruskan, bagi saya tidak ubah seperti pemilihan pengawas sekolah rendah!! yang dipilih oleh guru-guru, begitu juga MPP yang dipilih oleh HEP, bukan dipilih dikalangan pelajar sendiri!! Sampai bila kita nak berlanjutan macam ni?

Sedar atau tidak sedar, ramai dikalangan para mahasiswa/siswa tidak kenal MPP mereka, malah lebih teruk lagi ada yang sampai menyampah dengan MPP. Kenapa jadi macam tu? sebabnya mereka bukan dipilih oleh mahasiswa, yang mempunyai citarasa tersendiri untuk memilih, tetapi dipilih oleh HEP. Kita perlu sedar, MPP dalam sejarah UniMAP tidak pernah dipilih oleh kita sebagai mahasiswa. MPP adalah wakil suara kita sebagai mahasiswa, bertujuan untuk menyampaikan dan memperjuangkan hak kita di UniMAP, bukan menjadi wakil HEP, dan memperjuangkan hak dan program HEP semata-mata!

Mahasiswa UniMAP perlu sedar. Sampai bila kita nak biarkan MPP hanya memperjuangkan hak dan program HEP, mereka tidak memperjungkan hak dan keinginan kita?sampai bila sahabat-sahabat?adakah sampai selama-selamanya?

Sahabat-sahabat sekalian,

Kita perlu sedar bahawa MPP perlu dipilih oleh kita bukan HEP. Mungkin sahabat-sahabat turut akui, MPP di UniMAP tidak pernah menunjukkan mereka ini sebagai pimpinan yang benar-benar berkaliber, bijak memimpin dan lantang bersuara untuk memperjungkan isu-isu dan masalah-masalah mahasiswa di UniMAP. Mengapa jadi begitu? Sedangkan kita tahu, ada masalah yang timbul berkaitan dengan mahasiswa contohnya isu “stiker”, dan banyak lagi, tak perlulah saya sebut semua, cukup sekadar contoh. Di manakah MPP pada ketika itu ? kita tahu, macam mana boleh MPP nak tegur HEP, kerana MPP tu dipilih oleh HEP. Takkan hamba nak makan tuan kot!

Kenapa MPP kita tidak pernah lantang bersuara? Ini adalah kerana mereka sendiri tidak dapat sokongan daripada kita, kerana mereka bukan dipilih oleh kita. HEP pula hanya meletakkan kelayakan yang tidak langsung mengutamakan gaya memimpin yang ada pada calon yang bakal dipilih. Yang penting bagi mereka dapat laksanakan program HEP dan dan mengharumkan nama UniMAP dengan aktiviti kebudayaan di mata Dunia kononnya, itu pun kalau berkesampaianlah. Apabila berlaku sedimikian, maka MPP akan lahir dari kalangan individu yang mempunyai ciri-ciri yang tidak sepatutnya untuk menjadi pemimpin masyarakat pada masa yang akan datang.

Jika Pilihan Raya tidak ada, maka tidak adanya proses berkempen, tidak ada pengucapan umum yang akan dibuat oleh calon-calon, tidak ada proses meraih undi, tidak ada tampal-tampal poster, bak kata semua proses yang menyempurkan sistem pilihan raya itu tidak ada. Maka bagaimana kita selaku masyarakat kampus ingin melihat kredibiliti dan gaya kepimpinan yang ditunjukkan oleh bakal calon-calon yang akan menerajui MPP selaku “stand” yang akan memperjuangkan hak kita jika semua proses tersebut tidak wujud malah cuba digagalkan oleh pihak yang tidak demokratik!!

Sahabat-sahabat sekalian,

Ayuh bangun dan sedarlah, dan yang paling penting bersatupadulah antara kita semua, bangkitlah suara daripada wangulu, daripada kg wai,daripada semarak,daripada seberang ramai dan seluruh kolej kediaman, marilah kita bersatu dalam membuat perubahan yang akan memberi faedah kepada kita semua serta menunjukkan kembali kehebatan suara mahasiswa di Malaysia seperti berlaku pada zaman 80-an dan 90-an dahulu. Bersatulah dibawah panji solidarity dan semangat untuk membuat perubahan. Ingatlah sahabat-sahabat, MPP bukan dipilih oleh HEP, yang tidak ubah seperti pemilihan pengawas sekolah rendah! tetapi MPP perlu dipilih oleh kita, sebagai suara mahasiswa.

Semoga coretan ini dapat membuka minda dan mengkoreksi diri untuk sama-sama kita sedar peranan dan akibat daripada pemilihan MPP yang tidak berjalan mengikut lunas-lunas dan prinsip-prinsip demokrasi yang kononnya diamal di Malaysia. Inilah kebebasan bersuara yang menjadi salah satu prinsip demokrasi, maka tidak perlu kita melihat ia sebagai perkara negatif dan mempertikaikan coretan di atas, jika ada yang tidak puas hati, saya bukak untuk sesi perbincangan, boleh tinggalkan comment di bawah. harap profesional dalam memberikan hujah. jangan jadi macam orang yang tidak berpelajaran! emosional lebih daripada profesional.

Wallahu’alam..

Salam Perjuangan buat mahasiswa semua.

36 Responses to “PRK UniMAP Tidak Demokratik..?”

  1. greenhat said

    Assalamualaikum, saya juga salah seorang pelajar dari unimap
    walaupun saya juga tidak menyokong pendirian unimap yang cuba mengelakkan kewujudan pembangkang,
    perlu juga diteliti sebab2nya,dan hasil dari perbualan saya dengan staf unimap,
    antara sebabnya ialah, unimap cuba mengelakkan dari dicop sebagai universiti pembangkang,
    bagi sebuah universiti yang masih membangun, banyak bantuan terutamanya dari segi kewangan diperlukan,
    namun begitu, kita banyak melihat pembaziran dilakukan pada aktiviti2 dan majlis2 yang tidak berfaedah,
    terutamanya yang berbentuk hiburan, dan juga banyak aktiviti berbentuk kerohanian disekat,
    pada pandangan saya, kedudukan kampus2 yang berselerak juga menghalang kesatuan suara pelajar.
    selain itu, jadual universiti juga boleh dikatakan padat sehingga tiada ruang untuk memikirkan isu2 di universiti,
    untuk menyatukan suara pelajar UniMAP boleh dikatakan mustahil tanpa pengorbanan dari segi kewangan, masa dan tenaga
    selagi tiada individu atau persatuan yang sanggup kehadapan, selagi itulah PKR UniMAP akan dikawal oleh HEP.

    Bagi jangka masa pendek, apa yang boleh dilakukan ialah, memastikan MPP yang dilantik berpihak kepada pelajar dan bukannya hanya mengikut telunjuk universiti. Buat masa ini, gerakan seperti UniMAP UG (underground) yang berpusat di wang ulu di peringkat pertimbangan untuk berkerjasama dengan barisan baru MPP melalui internal portal.

  2. abu_labuna_labuni said

    Assalamualaikum…
    sy kira perkara yang berlaku itu adalah provokasi..
    saudara,saya kira saudara unite perlu meniliti juga PRK di universiti lain…
    provokasi itu adalah lumrah apabila seseorang itu masuk bertanding dalam pilihanraya mpp..
    mana2 universiti pun sama..sy tidak menyebelahi mana2 pihak….
    amnya,perkara ini terjadi pada semua u..
    sy kira saudara perlu juga menjengah situasi2 yang berlaku pada universiti lain..
    apakah yg dilakukan kepada mereka yang menjadi calon mpp…
    sepanjang pemerhatian sy…
    uni lain adalah lebih hebat lg provokasi mereka..
    sekian…wassalam..

  3. abu_labuna_labuni said

    kepada saudara greenhat..
    sy kira penggunaan ug antara pelajar dan mpp adalah baik…
    pelajar lebih mudah berinteraksi secara langsung dengan mpp yg bakal dilantik..

  4. Khalid Saifullah said

    MPP atau nama panjang nya Majlis Perwakilan ‘Pelajar’ dalam sesebuah kampus. MPP inilah wakil pelajar dalam menyampaikan masalah pelajar kepada pihak atasan seperti mana ADUN dipilih rakyat utk menyuarakan masalah mereka dalam sidang dewan rakyat. Sebb tu kite merasakan kehangatan bila melihat pada perwakilan yang kita pilih. Berbeza dengan unimap yang mana MPP dipilih oleh HEP, segala keputusan ditangan HEP. MPP hanya menjalankan keje yg dirancang HEP.

    Saya kurang faham dgn provokasi yang cuba dinyatakan oleh saudara Abu_labuna_labuni. Jika provokasi yg dimaksud berkaitan dengan pelajar yg dipanggil oleh penolong pembantu pengetua dan sebagainya, maka perkara tersebut patut kita ambil sebagai satu cabaran. ini kerana perkara yang sama telah berlaku dikampus UM. Pelajar UM tersebut telah dirampas Laptop, malah di soal siasat seolah-olah melakukan kesalahan besar oleh HEP dan pak guard UM tersebut.

    Sbg seorg mahasiswa,

    Utk pengetahuan saudara Abu juga, Aula kita sekarang lebih pada kampus yang kita duduk skrg. Kampus lain telah mempunyai satu proksi utk mereka perjuangkan hak mereka. sedangkan kita di UniMap, kita dinafikan hak utk mewujudkan sebuah persatuan utk kita jadikan medan utk melaksanakan agenda kita. adakah anda merasakan kampus kita tidak perlu pada pembangkang aspirasi?

    Dalam melaksanakan sesebuah organisasi, kite perlu pada suara2 yang mampu memberi nasihat bila berlaku kecelaruan atau kesilapan dalam perlaksanaan progrm. inilah fungsi pembangkang. Seperti mana ALLAH menjadikan setap manusia berpasang-pasangan, Adam memerlukan Hawa, lelaki dan perempuan, aspirasi dan pembangkang.

    Indahnya Jual Beli Dengan ALLAH.

  5. Khalid Saifullah said

    xdak angin masakan pokok bergoyang.

  6. aktivis kampus said

    “bacul…..pengecut…..HEP Unimap tak layak untuk menjadi orang tengah…..hanya menjadi barua bagi orang-orang tertentu untuk kepentingan tertentu”….mungkin inilah yang akan saya katakan kepada pihak HEP sekiranya saya berada di pihak golongan yang tertindas dan ditekan…namun yang demikian mungkin juga perkataan diatas itu juga wajar ditujukan kepada HEP unimap dan mungkin bermain difikiran sesetengah mahasiswa yang pernah merasai suasana pilihanraya di kampus ataupun di peringkat negara kita sendiri….sepatutnya universiti mnjadi satu medan untuk melatih mahasiswa dan mahasiswi agar terbiasa dengan suasana masyarakat sebenar. ini adalah kerana mahasiswa dan mahasiswi merupakan satu kelompok yang istimewa kerana setelah terpilih untuk menjejakkan kaki di peringkat menara gading ini, beerti mahasiswa berbeza dari yang lain….dan mahasiswalah bakal mewarisi kepimpinan yang akan datang…..adakah kita ingin meletakkan harapan kepimpinan kepada mat2 rempit atau mat drug….

    persoalan …. apa yang membezakan pilihanraya umum dengan pilihanraya kampus?

    sekiranya mahasiswa dan mahasiswi tidak disedarkan betapa pentingnya suara ramai dalam memilih kepimpinan saya yakin bahawa satu hari nanti kesedaran mengundi untuk pilihanraya umum akan berkurangan dan peratus yang paling besar sekali disumbangkan oleh mahasiswa dan mahasiswi yang telah dijumudkan pemikirannya oleh HEP yang menipu dan rakan-rakan seangkatannya yang sekian lama kerja mereka hanya mengampu….

  7. aktivis kampus said

    saya kira abu labuna yg tidak memahami apa dia pilihanraya….saudara abu mengatakan bahawa setiap pilihanraya ada provokasi dan di unimap provokasi adalah daripada pihak HEP….

    apa tujuan HEP buat provokasi sedangkan provokasi sepatutnya daripada kumpulan-kumpulan ataupun penyokong-penyokong kepada calon yang bertanding…

    sepatutnya HEP bertindak matang dan adil seperti suruhanjaya pilihanraya kerana tugasnya hampir sama cuma HEP sebagai pihak tengah untuk menguruskan pilihanraya kampus dan SPR untuk PR umum..

    atau adakah saudara abu ini sebahagian daripada pihak-pihak yang mengampu golongan tertentu…

    majlis perwakilan pelajar sepatutnya menjadi wakil pelajar yang dipilih oleh pelajar dan membantu pelajar serta membantu menyelesaikan masalah pelajar yang berkaitan universiti. bukan bersifat pak turut dan bukan juga menjadi dalang kepada pihak universiti…

    sekiranya mpp dipilih oleh pihak universiti bukankah disana adanya keraguan dan ketidakadilan dalam menangani masalah yang berkaitan dengan pelajar dan universiti

  8. abu_labuna_labuni said

    aktivis kampus..
    mengampu?tidak sekali2..
    kamu sbgai student @ tak jgn hanya pandai bercakap..
    sumbangkan sesuatu kpd pelajar & universiti..
    kebanyakan org hnya pandai bercakap shj..
    tp mengharapkan org lain mengambil tindakan..
    seperkara lg…jgn hanya memandang keburukan kpd sesetengah pihak..
    jgn hanya pandai membangkang,mengutuk..sumbangkan sesuatu..

  9. unite28 said

    “jangan hanya pandai bercakap,sumbangkan sesuatu” pernyataan tu agak menarik.

    jangan hanya minta orang lain untuk sumbangkan sesuatu, diri saudara mcm mana ?

    apa sumbangan yang saudara dah buat ?

    ke saudara tak perlu buat apa-apa sebab saudara bukan student UniMAP ?

  10. Khalid Saifullah said

    abu ni mcm staff unimap lar.. sabar.. jgn nak melenting..
    aktivis cakp melalui perspektif org lain..
    sebgai seorg pelajar, menjadi tanggungjawab kta beritahu apa yang silap. bukan melihat kepada keburukan, tp itu lah hakikatnya kalu kita nak membawa perubahan. xkan nak mengutuk pada bende dah elok.

    Saudara abu pernah dengar kami bangkang buat majlis forum agama?, pernah dengar kami sebagai mahasiswa bangkang program 7 pillars seperti intra? xder kan.. jd, apa yang kami bangkang adalah bende yang patut dibangkang.. contohnyer, konsert masa pesta konvo, namun saya kira saudara abu amat seronok dengan program2 sedemikian memandangkan ia sesuai dengan lumrah hidup manusia.

    Allah taala mengutuk hamba-Nya yang berbuat maksiat, masakan kita manusia yang hina ini. dan sepatut nya menjadi tanggungjawab wakil pelajar atau lebih dikenali sebagai ‘MPP’ utk melaksanakan tanggungjawb ini utk memprotes bende yang salah.

    Untk pengetahuan saudara abu, ini bukan berkaitan dengan mahasiswa atau bukan mahasiswa, tetapi berkaitan dengan Agama ALLAH. jika anda muslim, anda sepatut dapat membeza kan apa yang kami bangkang atau kami setuju. Setiap manusia yang mengucap kalimah syahadat wajib melaksanakan dakwah melalui apa saja cara yang termampu. Apa yang anda tau apa yang kami sumbang kan. sebelum bertanya pada kami, apa yang telah saudara sumbangkan utk agama ALLAH? bukan sekadar di UniMAP, bahkan kepada masyarakat.

    Ingatlah, bahawa anda hanya duduk di Unimap selama 4 tahun umum nya sebagai pelajar, namun, jika sebgai staff, apa yang anda lakukan utk menghalang kemaksiatan yang berlaku dalam masyarakat universiti. yang pasti, kita semua di tanya atas apa yang kita kerjakan…

    Wallahu’alam

    =)

  11. malayusyukur said

    Assalamualaikum…sy merupakan salah seorg student UniMAP yang merupakan berbangsa melayu…di sini saya menegaskan bahawa sy tidak membelahi mane2 pihak…sy amat sedih,melihat rakan2 sy langtang berkata2 disini..yg suka menyalahkan mane2 pihak.tetapi saya tidak pernah melihat atau mendengar mane2 rakan saya yg terus pergi ke HEP untuk meyuarakan segala ‘ketidak puashatian’mereka…..saya percaya perkara nie tidak akan selesai kalau terus sebegini.sy sarankan agar rakan2 sy di sini…pergi la bersuara ngan cara yg betul.bukan disini tempan anda untak melepaskan segala pendapat anda…
    seperkara lagi rakan2 bangsaku,ingat la tujuan utama kita di sini,bukan la untuk memperjuangkan semata2.tetapi tujuan utama kata adalah study…kalau kita tgk bangsa mane yg mendapat result yg baik…result yg t’tinggi….malayu ke?india ke? cina ke?…..tak perlu la sy katakan.mungkin jawapan ada pada anda…
    kesimpulan yg blh saya buat.kpd yg tidak berpuas ati pergi la berjumpa hep terus….bkn di sini tempatnya..dan kedua ingat la tujuan utama kita ke sini…
    Assalamualaikum…..

  12. abu_labuna_labuni said

    time kasih khalid saifullah..
    sy kira anda mmg mahir dalam bab2 agama..
    sy xpandai sgt…tapi xkn la sy xdapat fikir…anda membangkang forum agama,intra dsb…hehe..kelakar pulak…xpelah…
    disebabkan anda sy berkebolehan dalam agama..
    bolehkah anda menerangkan kembali ayat anda ini..”Seperti mana ALLAH menjadikan setap manusia berpasang-pasangan, Adam memerlukan Hawa, lelaki dan perempuan,ASPIRASI DAN PEMBANGKANG”…sy highlightkan perkataannya di situ…
    betulkah ada ayat sebegitu…??
    aspirasi dan pembangkang??
    ke pandai2 tambah sendiri??
    tolong explain…sy agak jahil….mahu belajar..kalau betul ade ayat mcm 2…
    sy sampaikan kpd rakan2 yg laen… =)

  13. along said

    DITUJU khas PADA pelajar Universiti terutamanya pelajar BUMIPUTERA..

    1. Jangan libatkan dalam sebarang bentuk demostrasi, merugikan masa anda & anda semua belum masak dalam perjuangan atau perjalanan politik.

    2. Ambil kesempatan masa belajar di Universiti dengan mengambil krusus tambahan (elektif) “PUBLIC SPEAKING” atau mempelajari BAHASA asing eg. Mandarin, Kantonis, Tamil, German. Ini akan menambahkan keyakinan dan juga penampilan diri sendiri ketika anda menghadapi dunia luar nanti.

    3. Melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti & ko-kurikulum di Universiti eg. Tenis, pertandingan antara universiti, kemasyarakatan kerana ia melahirkan sikap berkerjasama dan juga memahami sikap berlainan agama.

    4. Membuat atau membentuk satu kumpulan “study group” kerana orang melayu masih membawa sikap mementing diri sendiri dan juga kenegerian.

  14. Khalid Saifullah said

    abu… itu hanya ayat penerangan.. xperlu nak dibahaskan..
    bukan saya berkebolehan dalam bidang ini, tp saya mencari sebagaimana datang ke universiti nak cari ilmu duniawi.. abu, saya xbangkang forum agama, dan bende2 yang memberi kebaikan.. saya sokong.. tp saya xtau lar mcm mana saudara abu boleh kata gtu..

    tp xper lar.. mungkin salah saya dalam aturan ayat saya yang membuatkan saudara abu salah faham.. hakikatnya, tolong bg hujah anda jika hendak berhujah, tp jangan menggunakan kan kesalahan bahasa jika anda hendak berhujah.. menampakkan kejahilan kita sendiri..

    seperti yang diperkatakan oleh pemilik blog, die nak kita berhujah dengan ilmiah.. so, try ur best k..

    utk along,

    1) sebab belom masak dengan perjuangan lar kite kene masakkan diri, biasakan diri dengan perjuangn supaya kluar u boleh terus berkhidmat utk agama. kalu skrg anda kata buang masa, mungkin lps kluar u nnt, along berani ker nak g demonstrasi?

    2) Public speaking xsemesti anda belajar dengan masuk kelas. ia sepatutnya boleh dipelajari melalui anda mengendalikan meeting, memberi kuliah dan sebagainya. kuliah pon seminggu skali jer pon. cukup ker? kene ada latihan gak kan..

    3) anda masuk permainan tenis ada semangat spasukan ker? kalu hoki atau bola sepak ok gak.. hehe.. btol apa yang anda perkatakan.. tp rasanya kalu main bola ni, sumer player unimap org melayu jer.. dan perbagai negeri.. ok jer tengok.. hehe

    4)Sikap kenegrian ni adalah satu masalah yang di bawa oleh org2 kiter dulu.. sebb tu islam mengajarkan kita supaya menerima sesiapa pon asalkan die islam. boleh bg cadangan nak wat study group mcm mana? anda ada stdy group?

    sekian..

  15. Pakcik_Iman said

    Sabda Rasulullah S.A.W. dari Riwayat Abu Hurairah yang bermaksud: “Akan sentiasa ada satu golongan daripada umatku yang tetap berada di atas kebenaran. Mereka tidak berjaya dihalang oleh orang-orang yang menentang mereka, sehingga datang hukuman daripada Allah.”

    Semoga Allah bersama dalam perjuangan Mahasiswa..
    Ameen..

  16. suara_kami said

    assalamualaikum saya ucapkan kepada penulis..
    saudara,saya juga student unimap dan di sini saya ingin menyatakan bahwa tulisan anda mengenai prk unimap ini tidak berasas dan berunsur fitnah!!! saudara, saya jelas kan pada saudara, siapa kata pilihan raya unimap tidak demokrasi??? saudara berkata bergitu sebab saudara tak tahu dan bodoh sombong kerana tidak mahu bertanya.. untuk pegetahuan saudara,borang untuk penamaan calon di buka kepada semua dan umum..sesiapa juga boleh bertanding..makluman mengenai borang di keluarkan di portal dan juga notis di tampal di blok kediaman..jika anda berminat atau sesiapa berminat untuk bertanding, anda boleh membeli borang dan menaghantar borang tersebut mengikut prosedur..tak siapa yang halang..
    saudara..,
    calon2 mpp yg diketengah kan adalah sebagai calon kerajaan, jika anda rasa mereka tidak layak bertanding untuk kerusi itu, anda boleh cabar dengn, menghantar borang untuk bertnading.. dan jika anda menghantar borang..of couse piliha raya akan diadakan..msalahnya di sini, pihak pembangkang di unimap, semua macam tikus…macam suadara.. hanya berani berkata dan bercakap dibelakang..bila depan..takut..tak berani nak bercakap.. hantar borang untuk nak bertanding pun tak berani..
    sepatut nya, jika saudara rasa pembankang patut diwujudkan, saudara bangun.. bawa rakan2 sealiran degan saudara untuk sokong saudara masa hari pilihanraya..ini tidak..hanya berani lantang dalam blog..tidak kah tindakan ini lebih pengecut????
    saudara penulis…,
    cuba anda hayati balik rangkain ayat ini dlam tulisan saudara..
    “Baru-baru ini saya agak terkejut apabila terdengar desas-desus yang mengatakan ada
    cubaanuntuk menggagal dan menghalang tinndakan beberapa orang mahasiswa/siswi yang ingin
    menghantar borang pencalonan mereka kepada HEP.”Mereka turut dipanggil pada satu ketika
    untuk bertemu pembantu penolong pengetua kolej kediaman. Atas sebab apa mereka dipanggil
    wallahu’alam. tapi dengar katanya mereka cuba diugut agar mnggugurkan pencalon mereka.”
    “Kalau tidak ada angin masakan pokok bergoyangkan.”
    Saudara daari ayat saudara diatas jelas bahawa saudara sendiri tidak tahu sejauh mana kebenaran berita ini..jika saudara sendiri tidak tahu,tidak pasti,dan tidak ada bukti..kenapa perlu saudara tulis hal ini?jika hal ini tidak betul..tidak kah ini satu fitnah?..saya rasa tentang dosa pahala tidak perlu saya sentuh atau jelaskan pada saudara kerana saudara sendiri lebih ariff kalau tidak masakan saudara di beri gelaran ‘ustaz’..tapi saudara cuba bayangkan.. jika hal ini saudara tidak dapat buktikan kebenarannya..saudara perlu pohon maaf dengn semua warga unimap dan pembaca blog ini kerana saudara telah menyebarkan fitnah!!! di akhir ayat saudara, saudara kuat kan fakta palsu saudara dengan mengatakan”kalau tak da angin, msakan pokok bergoyang?”..penyataa ini dilahirkan saudara untuk menguatkan lagi cerita saudra.. adakah patut saudara sebagai seorang islam ingin membuktikan kebenaran hanya dengn berpegang dengan pepatah tersebut???kalau begitu..tak perlu di wujudkan institusi kehakiman..kita nilai sahaja sesuatu kes itu dengan melihat rating kabar angin berita itu.. begitu?? ini ciri pemimpin yg konon nya hebat??mengutuk dam mempersoalkan kredebiliti orang laen sedang kan saudara sendiri masih tidak matang dan mempunyai kredebility yang sangt rendah..
    buktinya-saudara mengadili sesuatu hanya dengan memegang pepatah “kalau tidak maakan angin bergoyang”..dan saudara menyebarkan berita yg saudara sendiri tak pasti.. saudara juga hanya lantang berbicara di belkang tetapi tak berani tampil untuk buktikan kebenaran..ini adalah alasan mengapa saya rasa saudara langsung tak ada ciri seorang pemimpin..
    saudara..
    ingatlah..apa yang saudara cuba buat ini.. hanya memecahkan kaum melayu dan sebab orang2 macam saudara lah..melayu kita semakin lemah..kenapa perlu saudara begitu prihatin hal ini sedangkan byk lagi hal laen yang perlu diberikan perhatian?? ramai student melayu yang dapat p1.. tak pula saudara rangka pergerakan untuk tolong rakan2 melayu saudara..tak pula saudara bahaskan macam mana nak naekkan semgat pelajar melayu untuk bersaing dengn kaum laen? bukan kah keutamaan kita dan tujuan kita ke sini untuk belajar?..saya sangat sedeh dengan sikap saudara yang hanya tahu mencari kesalan dan menuding jari kesana kemari..tolong lah sedar saudara..tindakan saudara ini akan melemahkan bangsa kita sendiri..jika benarlah saudara tidak berpuas hati.. y not saudara pergi jumpa hep dan bahas kan hal ini
    tunnjukkan kredibility anda wahai Penulis..jangan hanya tau cakap belakang!!!!!!

  17. unimap.opposition said

    Assalamualaikum…
    Selamat berjuang.. Kita x de ruang dan peluang untuk memperjuangkan nasib pelajar UniMAP. So, kita gunakan forum-forum macam ni. Teruskan perjuangan…

  18. pena hiasan said

    assalammualaikum..
    rasa2nya lar, suara_kami ni mpp kan..ni bukan fitnah..rasa2 jer..
    kalau salah,maaf ler..

  19. unimap.opposition said

    Mungkin la “pena hiasan”. Bagus la kalau ade MPP dalam ni, semalam MPP pergi bercuti lagi!!!!. Nak kata perkhidmatan bagus sgt memang x bagus pun. Kalau MPPKKG (geng2 alimin) boleh dikatakan layak jgak la pegi. Sebab ape saya kata geng2 alimin ni layak. Kita semak sejarah bile Alwie jadi MPPKKG, die terpaksa menggunakan elektrik sebagai senjata utama untuk memaksa pelajar menghadiri program kelolaan die. Bile geng2 alimin berkuasa, x pernah ade masalah student x support program die. X payah pun tutup2 elektrik, x yah pun memekak2 gune healer n mic. X yah jgak pegi bilik ke bilik menendang pintu suruh turun. Sepatutnya ms ni lagi org boleh menilai kredibiliti die. Yang mana baik kami sokong.. Kami sokong alimin sebab die menggunakan “path” yang betul. Lagi pulak x sombong mcm si Alwie n sekutunya.

  20. abu_labuna_labuni said

    haha…mcm2 la korang ni…pandai2 la..masing2 dah besar…”panjang akal” ok…gudlux exam!!

  21. abu_labuna_labuni said

    rasa2??
    bkn fitnah?
    apakah ??
    bezakah??
    haaha…mcm2…..gudlax exam!!

  22. unimap.opposition said

    Assalamualaikum..
    Sebelum terlupe, beberapa hari lepas saya terbaca satu flyers kat cafe menyatakan luahan hati terhadap MPP dan harapan die kat MPP baru.. Sayang x sempat nak ambil gambar sebab x lama lepas tu flyers tu kena tanggal. Harap2 ade lagi flyers tu kat mana-mana..

  23. abu_labuna_labuni said

    kalau tampal tu bkn flyers namenye…lol…

  24. suara_kami said

    salam…
    nampak nya penulis mmg tak mampu nak jawab persoalan yg di ajukan..syabas kepada aku.. yang si kuncu2nye.. hanye beromong kosong ngn cakap tak le pakai…macam orak kat kedai kopi.. at least kalau die kupas pasal pe aku cakp tu ke..bela si penulis yang kekonon2nye benar tu ke.. ini tidak.. haha..syabas sekali lagi kepada aku..

  25. unite28 said

    salamu’alaik..

    alhamdulillah Allah masih lg memberi ruang dan kesemptan utk saya berbicara. MasyaAllah besar btul nikmat Dia,tp malangnye mash ramai yg xbersyukur. jd nk ingtkan pd semua, menulis tu menulis jgk,jgn lupa ibdah pd Allah, itu yg plg utama utk tnjukkan kite ni btul2 bersyukur,jgn hnya mnulis dan mgkritik hebat kat sini,tp subuh pun ntah ke mana, makann rohani xpernah nk cari,solat pun asal ckup syarat,rumah Allah pun xpernh rasa nk mgimarahkan,adakah cmni kite nk kate kite tunaikan tanggungjwb kite pada mak ayah?klu tnggungjwb pd Allah pun blum slesai,cm mane nk tunaikan tnggungjwab pd mak ayah,tgk2 di akhirat kelak mak ayah yg terseksa krna kite,itu ke namenye bertanggungjwab..amat menyedihkan klu brlaku cmtu terutamanya sahabat2 yg bangga dan mengangkat khebatn diri sendiri.erm tp sy tau shbt2 khususnya yg mgkritik kt sini ibdah die hebat2 semua insyaAllah..

    rupa2nya masih ade suara2 dan persoalan yg xbrp matang ditimbulkan, xperlulah saya ulang byk kli utk mnjawab. wlbgaimana pun saya akui,ade persoalan2 baru yg ditimbulkan,insyaAllah saya akan jawab semuanya dalam psoting terbaru..”genius2 yg mgkritik” tu,hrp dpt bersedia dgn bhn2 utk mgkritik posting terbaru saya ok..(ntahla “genius2 yg mgkritik” ni pnh dpt dekan ke x,klu dpt alhamdulillah,klu x dpt tu jgn tunjuk hbt sgt mgkritik dn bckp kt sini brkaitan akademik org melayu, takut2 kne paku xterbangun nnti,jd bhati2)..smg sntiasa mmberikan kritikan yg mmbina insyaAllah..trm ksh ats kritikan drpd shbt2..

    wallahua’lam..

  26. Khalid Saifullah said

    Assalamualaikum..

    adooh…
    hebat betol sahabat2 kita dalam berbicara…
    seperti saudara_kami jugak, saya ni ada exam, kalut ngn final year project lagi.. xsempat nak bukak laman web. walaupon dalam kesibukan tersebut, saya masih mampu menunaikan tanggungjawab sebagai seorg islam dan dalam menyebarkan agama ALLAH dalam memberi kefahaman dan kesedaran kepada org lain walaupon saudara mengutuk serta mencaci kami kerana dikatakan menabur fitnah.

    Saya merasakan, untuk memahamkan seorg pelajar sekolah menengah lebih senang berbanding dengan seorg pelajar universiti. Ini mungkin disebabkan oleh perancangan yahudi sejak zaman perang salib lagi dalam proses menjauhkan umat islam dari kebenaran.

    sudah lama saya melihat kita ni terlalu taksub dengan melayu sampai kiter terlupa bahawa yang diambil kira oleh ALLAH bukan bangsa, tapi agama. Ingat lar, Nabi tidak mengaku umatnya jika kita mengamalkan fahaman Assabiyyah. fahaman ini lar yang menjatuh org kita. seperti mana juga zaman sebelum nabi dulu, org arab berpuak2 dan menyebabkan mereka digelar zaman jahilliyyah.

    Apabila manusia jauh dengan agama, dah tentulah pelajaran pon dianggap sebagai satu bende yang membebankan. belajar utk pekerjaan bukan sebagai batu loncatan utk mendekati ALLAH. Saya menganggap suara_kami sentiasa melaksanakan amanah yang paling besar iaitu menyebarkan kalimah ALLAH walau dimana sahaja saudara berada kerana menjadi kewajiban seorg muslim yang mengucap 2 kalimah syahadat utk berbuat demikian.

    Wassalam

  27. Jangan_Tipu_Student said

    REALITI 1 : HEP UniMAP telah diberikan arahan oleh Dato’ VC, (Kamaruddin Al-Kamiil wal Mutakammiiil) agar ditiadakan langsung pemilihanraya kampus melalui Stopa dan konco-konconya. Jika benar apa yang diceritakan (oleh staf UniMAP sendiri), pelajar UniMAP cubalah menghantar Borang Pencalonan untuk Menjadi Wakil (ketika pilihanraya). ANDA AKAN DAPATI , PELAJAR PERLU MENDAPAT “KEBENARAN” DARIPADA DEKAN PUSAT PENGAJIAN MASING-MASING. Ini langsung tidak demokratik kerana realitinya, TIADA SEORANG DEKAN DI PUSAT PENGAJIAN ANDA PUN YANG SANGGUP BERKATA “TIDAK” KEPADA DATO’ KAMARUDIN DAN KONCO-KONCONYA. Maka oleh sebab itulah, ramai Dekan-dekan Pro-Pelajar yang tidak disambung kontrak sebagai dekan e.g. Prof Sazali (Mekatronik) dan Dr. Shamsul (Bahan). Hanya DEKAN anda yang “YES MAN” sahaja yang akan dikekalkan. KETAHUILAH…ANDA SEMUA TELAH DITIPU !!!

    REALITI 2 : Wahai para pelajar UniMAP. Sedarlah !!! Sesungguhnya, baru-baru ini IJM (Institut Jurutera Malaysia) atau BEM (Lembaga Jurutera Malaysia) telah menolak permohonan alumni (graduan UniMAP – kecuali PPK Mikroelektronik & PPK Komputer Perhubungan) untuk berdaftar dengan BEM (untuk dapat status Ir.) Alasannya : Semua kejuruteraan di UniMAP GAGAL mencapai status dan pengiktirafan dari BEM, apatah lagi melalui Akreditasi EAC (Engineering Accreditation Committee). Maknanya : Ijazah anda TIDAK SAMA SEKALI DIIKTIRAF oleh Lembaga Jurutera. Ketahuilah !! ANDA SEMUA TELAH DITIPU..!!

    REALITI 3 : Disebabkan oleh Realiti 2 (di atas), USM, UM & UKM dan beberapa IPTA termasuk IPTS seperi UTP an UniTEN tidak teragak-agak untuk MENOLAK PERMOHONAN lepasan UniMAP untuk melanjutkan pengajian di peringkat MASTER & PhD. Tapi hanya satu IPTA sahaja yang masih berani menerima graduan UniMAP itu Universiti Malaysia yang terletak di Perlis !! Ketahuilah…ANDA SEMUA TELAH TERTIPU…!!!

    REALITI 4 :

    Sebagai “orang lama”, saya nasihatkan :

    1. MPP bersuaralah bagi pihak rakan-rakan anda !!! Jangan jadi seperti ANJING yang terdiam setelah diberikan pelbagai kemewahan oleh pihak Universiti – melancong & sebagainya. Fikirkan tentang tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh rakan-rakan anda. FIGHT FOR THEIR RIGHT & YOUR OWN FUTURE !

    2. ALUMNI juga perlu bangkit menentang rejim Kamarudin – Stopa – HEP – pembodek – pengampu yang nyata-nyata menyebabkan ijazah yang anda bersusah payah mendaptnya, tidak diiktiraf oleh Lembaga Jurutera Malaysia. Memang ada yang telah bekerja, tapi sia-sialah jika rakan-rakan dari IPTA lain boleh further studies, dan anda terus menjadi “orang suruhan” atau “kuli” di company tempat anda bekerja.

    3. STAF UNIMAP terutamanya Dekan-dekan Pusat Pengajian juga perlu memberitahu kepada SEMUA pelajar – status pengiktirafan dari EAC yang “TERNYATA GAGAL” diperolehi. Wahai para Profesor & Prof. Madya yang cerdik pandai…tanya kepada diri anda, inginkah anda menghantar anak anda di UniMAP!? Jawapannya sudah tentu, ANDA SAHAJA YANG TAHU. Oleh itu, hentikan MENIPU PELAJAR!!

    Kalau ada student UniMAP yang perlu keterangan lanjut (atau buat-buat tak faham), sila hubungi :

    DIRECTOR, ENGINEERING ACCREDITATION UNIT
    Prof. Madya Ir. Megat Johari bin Megat Mohd Noor
    Director, Engineering Accreditation Unit
    Tel : +603-7804 9862
    Email : megatjohari@bem.org.my

    KELUARLAH DARI ZON SELESA ANDA – DARI KAWASAN TANAH KUBUR WANG ULU atau KAWASAN PEMBUANGAN SAMPAH KUALA PERLIS – BUKTIKAN MAHASISWA TIDAK SEKALI-KALI BOLEH DITIPU SEWENANG-WENANGNYA !!!

  28. lembu bintong said

    benda ni bgi kawan saya mengarut… kalau x puas hati p la jumpa hep woi… buat la rusuhan … panggilla media.. malukan lah unimap… biar heboh satu dunia.. puas hati kan.. saya x marah.. saya luahkan aapa yg saudara blog nak… apa lagi… x puas hati lagi tukar la u lain… boleh ada pilihanraya… ni nak bising2 kat sini… ni buat blog nak api2 apikan student, orang luar.. x malu ka…. tengok u aku.. x da pilihanraya raya .. ok ja… apa ra…. kesian aku tengok budak unimap ni.. sepupu aku ka unimap kata ok ja.. bestgiler … korang ni apa pulak…. (api) (api) ….. rock u …

  29. Khairul said

    salam..

    Saya amat berminat dengan kenyataan yang ke-27. Saya sendiri tidak pernah tahu kenyataan tu. Saya sebagai orang lama juga, nasihatkan kepada rakan-rakan supaya berfikir dan membuat analisa dahulu. Jangan mudah percaya pada sesuatu perkara. Saya tidak memihak pada mana-mana pihak kerana saya tidak tahu di mana kebenarannya.

    Jika kita terdengar satu berita tentang pelajar UniMAP ditangkap atas kesalahan membunuh, adakah anda akan terus percaya. Pastinya ya jika anda adalah jenis orang yang percaya membuta tuli. Ketika itu, adalah lebih baik jika anda mencari akhbar-akhbar bagi membuktikan kenyataan tersebut. Jika benar, maka anda boleh melihat kebenarannya. Apakata, kita gunakan konsep yang sama untuk kenyataan ke-27.

    Saya juga mempunyai kenyataan sendiri. Bukan untuk membidas tetapi untuk anda berfikir. Dan saya tidak minta anda mempercayayi kenyataan saya. Saya cadangkan anda selidik kedua-dua kenyataan. Jika kenyataan ke-27 adalah benar, anda berfikirlah apa yang anda harus usahakan selepas menjadi graduan nanti. Jika kenyataan saya pula benar, anda juga harus berfikir apa yang anda harus lakukan. Bukan goyang kaki, membaca dan terus percaya.

    Bagi Realiti 1:

    Ada kemungkinan ianya adalah benar. Tetapi buat pengetahuan anda, pilihanraya pernah di jalankan ketika awal-awal penubuhan UniMAP. Dan tidak ada apa-apa yang berlaku. Mungkin anda boleh katakan, ketika itu, pelajar-pelajar yang mungkin hanya seramai yang boleh dimuatkan di dewan terbuka wang ulu atau dewan Kampung wai. Ataupun anda boleh katakan, mungkin jadi begitu kerana ketika pelajar-pelajar tidak berfikir tentang itu semua dan keadaan sekarang berlainan. Terpulang kepada anda untuk membuat keputusan. Jangan lupa, fikirkan juga kebaikan dan keburukan wujudnya pilihanraya. Sebelum saya terlupa, fahami sedalam-dalamnya konsep demokrasi itu sendiri. Kerana demokrasi bukan hanya satu. Fikirkan sendiri. Tentang dekan pula, jika anda ingin percaya terus kepada kenyataan itu, adakah anda pernah bertemu dan bertanya sendiri pada beliau? Ada kemungkinan juga mereka tidak disambung kontrak atas sebab lain. Terpulang kepada anda membuat keputusan. Kerana mungkin ada benar apa yang dinyatakan pada kenyataan 27.

    Bagi Realiti ke-2 & 3 :

    Adakah anda tahu, suatu bidang kejuruteraan itu mengambil masa untuk diiktiraf. Mengapa PPK MIkroelektronik dan PPK Komputer dan Perhubungan diiktiraf? Adakah anda tahu sudah berapa lama tertubuhnya bidang yang anda ambil? Sesebuah universiti tidak akan diiktiraf bidang didalamnya jika baru setahun jagung ditubuhkan. Kita tidak perlu pergi jauh, contohnya, bidang kejuruteraan. Yang saya sedia maklum, bidang kejuruteraan bergantung kepada batch pertama PPK anda atau kos anda yang pulang dari latihan industri. Bergantung kepada mereka. Jika apa yang saya katakan benar, pastikan senior anda buat yang terbaik.

    Bagi realiti ke-4 :

    1. Kali ini saya menyokong, MPP harus bersuara bagi pihak rakan-rakan anda. TETAPI,jangan menjanjikan sesuatu kerana kami pasti akan menuntut. Kepada rakan-rakan lain pula, jangan pula mengharapkan semuanya dari MPP kerana mereka juga pelajar. Mereka hanya boleh menyuarakan dan membuat tindakan apa yang mereka mampu. Nasihat saya, tidak kira kepada MPP ataupun rakan-rakan lain, letakkan diri anda di tempat orang lain dan bukan melihat kepada kepentingan sendiri dan hanya tahu mengkritik.

    2. Anda harus membuat analisa berapa ramai pelajar dari UniMAP yang juga berjaya ke luar negara. Mungkin anda boleh katakan, mereka ada cabel. Tetapi bukankah kualiti itu anda sendiri yang hasilkan. Jika anda 4.0 sekalipun tetapi hanya tahu berkurung di dalam bilik, membaca hanya buku-buku ilmiah, adakah anda layak ke luar negara dengan tiada satu pun soft skills? Kaji semula kelayakan-kelayakan tersebut. Fikirkan juga apa hikmahnya anda belajar di dalam Malaysia dan di UniMAP sendiri. Kadang-kala, kita harus juga berfikir dari segi agama.

    3. Tentang yang ke-3 ini pula, apakata, anda dekati dekan anda dan bertanya sendiri kepada mereka. Jika benar apa yang dikatakan, maka benarlah. Jika tidak, tidak lah.

    Dan jika anda ingin keterangan lanjut, hubungi sendiri pihak-pihak berkaitan. Bukan hanya percaya semua yang dinyatakan oleh saya dan kenyataan ke-27. Mungkin kami juga menipu anda.
    Dan jika anda ingin hubungi, pastikan anda bertanya secara berhemah, bukan dengan hati yang panas. Kerana anda boleh menjadi tidak rasional ketika anda marah. Bukankah sabar itu separuh dari Iman.

    FIKIRKAN sendiri apa yang telah dinyatakan. Anda pelajar universiti, bakal seorang jurutera anda katakan. Adakah wajar seorang jurutera membuat keputusan membuta tuli? Jangan jadi seperti lembu dicucuk hidung. Dan jangan jadikan diri anda seperti katak di dalam gelas.

  30. Unimap.opposition said

    Salam..
    Berstuju benar dengan “jangan_tipu_student”. Mari kita bersama tegakkan keadilan.

  31. iskandar said

    ini satu bentuk fitnah…

    kenyataan yang bodoh dari seorang penulis (Jangan_Tipu_Student) yang saya rasa amat dangkal pengetahuannya tentang pelan pengajian tinggi negara…

    pertama saya nasihatkan janganlah anda mengaibkan seseorang (atau dalam kata lainnya mengumpat iaitu mengata seseorang tanpa mengetahui samada betul atau tidak)..kalo nak kutuk sgt dgn statement anda yang tak berasas tu kutuk depan2 la..

    “Celakalah (azab) untuk setiap pengumpat dan pencela” – surah al-humazah ayat 1.

    Tahukah anda NC UniMAP sangat2 berusaha untuk membantu pelajar2 nya untuk belajar?

    Tahukah anda pilihan raya kampus di UniMAP adalah yang paling sama situasinya dengan universiti -universiti di negara2 maju seperti Jepun dan Britain, yang tidak retorik seperti universiti awam yang lain dan keadaan ini memberi banyak peluang kepada pelajar untuk menumpukan terhadap pelajaran.

    Tahukah anda UniMAP ini sebuah universiti yang berteraskan kejuruteraan sama modulenya sikit2 dengan apa yang student di Australia belajar?

    Tahukah anda bahawa ramai graduan yang dapat sambung master di IPTA awam ,UTP dan UniTEN malahan di luar negara ?
    malah ramai yang bekerja dengan oil n gas gaji riban2…

    bodoh punye “Jangan_tipu_Student”…
    jangan hanya mendengar cakap orang, buat kajian la sikit wahai si bodoh…

    “Dan celakalah untuk setiap pembohong dan pendusta” -surah al-jaatsiyah ayat 7

    Tidakkah anda tahu bahawa EAC telah datang dan setiap file lecturer akan disemak mengenai module2 nya, setakat ini masih belum dapat pengiktirafan kerana terdapat beberapa perkara yang perlu diubah suai sebelum EAC datang untuk semakan semula…perkara ini memang mengambil masa… ditambah pula dengan kaedah pembelajaran di setiap PPK menggunakan pendekatan baru yang tak sebulu dengan EAC…(dah lah cakap comittee…council la bodo)

    kalo anda nak sgt status IR tu cepat pegi amik ujian kat BEM tu…tak reti2 nak sabar sikit…
    ade ke cakap gagal? anda tu yang gagal…anda jikalau seorang bekas pelajar atau masih pelajar UniMAP anda harus tanya diri anda sendiri sejauh mana anda terlibat dalam pembangunan universiti dan masyarakat…

    saya juga sedang belajar di UniMAP setkakat ni tade masalah, tentang aktiviti agama yang UniMAP anjurkan saya pergi, malah lebih mudah di UniMAP untuk keluar ke masjid2 kampung yang berhampiran untuk dengar kuliah berbanding kalau duduk tertumpu di kampus… suasana di Perlis sangat tenang berbeza dengan suasana di bandar…bersyukurlah wahai rakan…

    jangan pandai cakap sahaja sayang oi…

    “Wahai orang2 yang beriman ,jauhilah kebanyakan sangkaan (terhadap sesama muslim), kerana sebahagian sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari aib orang dan jangan pula setengah kamu mengumpat yang lain. Sukakah salah seorang kamu, bahawa dia memakan daging saudaranya yang telah mati (bangkai)?Maka kamu tentu benci memakannya. Takutlah kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi maha Penyayang”- surah al- Hujuraat ayat 12

  32. kamarudin said

    salam perpaduan buat jangan_tipu_student… aku mmg salute la dg cr ko tulis komen kt sini..mmg ko hebat la..tp 1 je..ko ckp cm org xda otak..cm org xda ilmu je… nasihat aku utk ko..sblm nk cr slh org cek dlu betul ke tidak…jgn men tuduh je… siasat dlu, jgn trus caya dgn ckp org tau ikut sedap tgn je nk taip.nway..study rajin2 eh

  33. Bdak Kg Wai said

    Tahu x salah sorg board of directors unimap sape? Dato’ Dr. Mohd Sofi Osman..Managing Director AMD tau x..org no 1 AMD malaysia..hebat unimap ni.bodo btul la sape yg kutuk unimap. aku bangga jd bdak kg wai.

  34. camera said

    ape yg nk dibanggakan dgn Managing Director AMD tu, die yg hebat, bkn kite..xde gn klu smue staf hebat2, tp prstasi pljr ntah ape2..xpyh berlagak dgn populariti org lain la..nmpk sgt pmkiran kelas ketiga neh..

  35. Salam,
    bukan ingin dibanggakan dengan MD atau AMD mahupun intel..apa pon jua..bersyukur lah dengan ada nya UniMAP yg ingin megutip pelajar seperti kita. persoalan nya kenapa anda memilih unimap?…jika tidak, mungkin kita tidak seperti sekarang yang terpelajar dan ada yang dihormati… unimap sebenar nya tercatat didalam ranking 3-4 dari 5. Ditanya siapakan ranking ke-5? jawab nya USM…
    kesimpulannya hanya selangkah lagi ke World wide… jadi siapa yang perlu berusaha??
    anda yg dilatih…anda yang perlu berusaha… bukan nya hanya tahu megarang tanya megetahui isu disebalik.
    UTM+USM+UniMAP=Razaksat…
    ………….anda+kamu=???

    pointnya ingin disampaikan hanyalah, kita sememangnya dilatih dari mereka yang terlatih agar menjadi Pakar…

  36. sememangnya kami adalah hasil didikan unimap…dari unimaplah segalanya bermula…walaupun berminda kelas ketiga,tetapi mempunyai kualiti yang diakui oleh seluruh dunia…itulah kekuatan unimap…ramai bekas pelajar unimap yang bekerja di sektor2 yang sangat mencabar dan bertaraf dunia…walau pun berasal dari kubang,menetap di ulu dan membina hidup di tepi longgokan sampah di kuala…tgk lh hasilnya sekarang…buka minda..buka mata..buka segala2nya…buang kalam yang hanya pandai memanipasikan keadaan…

    kpa yang pljr yg berprestasi ntah ap2 walaupun staf bertaraf dunia…tiada erti kalau hanya pandai menatap monitor semata2..
    buka minda,buka buku,,bka peluang,binalah kekuatan diri anda sendiri….kita mampu berubah..

Leave a comment