Pabila Kalam Berbicara

Tajamnya Mata Pena

Adakah Kau Lupa..?

Posted by unite28 on October 14, 2008

Salam Mahabbah..

alhamdulillah bertemu kembali..syukur setingginya kepada Ar-Rabbul ‘Azim atas segala nikmat yang masih lagi dikurniakan tidak putus-putus kepada hamba-Nya tanpa merasa kerugian sedikit pun ke atas diri-Nya..subhanallah..

sebagai hamba, kita seharusnya sedar siapakah kita sebenarnya..untuk apa kita diciptakan..dan kepada siapa yang seharusnya kita berikan ketaatan sepenuhnya..

Sahabat sekalian,

alhamdulillah, kem kepimpinan baru je selesai 3 hari yang lepas. Seperti yang saya janjikan, saya akan kongsi tentang modul yang telah saya moderate dalam satu slot LDK bersama peserta-peserta. Sebelum tu alhamdulillah, kerana LDK tersebut berjalan lancar dan mencapai objektif sebagaimana yang kami inginkan. LDK tersebut merupakan satu permulaan yang baik kepada para peserta untuk memecahbekuan dalam pemikiran serta kesedaran mereka tentang Siapa Aku..?

Saya turut berasa gembira kerana berjaya mengawal suasana dan mood para peserta agar ia berada dalam keadaan tenang dan sesuai dengan cara pembawakan yang sepatutnya digunakan.alhamdulillah.

Sepertimana yang telah dinyatakan pada posting yang lepas, objektif atau himmah modul ini adalah untuk mereka mengenal diri dan memberi kesedaran kepada para peserta bahawa mereka adalah HAMBA Allah serta memberi kesedaran kepada para peserta tentang peranan sebenar sebagai Hamba-Nya dan Khalifah dimuka bumi.

Dalam modul ini, satu suasana tenang tanpa sedikit pun gangguan diwujudkan agar para peserta berada dalam mood yang mudah untuk menyentuh hati dan pemikiran mereka. Kemudian beberapa soalan yang berkaitan dengan kemampuan mereka diajukan seperti contoh :

“Sila tuliskan nama anda pada sekeping kad yang diberikan tanpa menggunakan tangan, kaki serta pancaindera yang lain..kemudian tanya pada diri adakah aku mampu?..”

Soalan-soalan begini diajukan kepada mereka dengan harapan agar mereka sedar tentang kekuasaan Allah dan kelemahan manusia yang serba dhaif. kemudian untuk mencapai objektif kedua, modul tersebut dilaksanakan secara berkumpulan. Dalam sesi ini, kita akan dapat melihat peranan mereka dalam membantu sahabat-sahabat yang tidak mampu bertindak terhadap arahan yang diberikan.

Inilah sebenarnya objektif yang diketengahkan untuk memberi kesedaran kepada mereka pri pentingnya peranan mereka untuk membuat perubahan dalam masyarakat.

Sahabat-sahabat yang dihormat,

saya nak bawa sahabat-sahabat untuk merenung seketika, cuba tanya pada diri,apakah tugas sebenar kita di dunia selain menjadi seorang HAMBA yang benar-benar patuh dan taat pada-Nya?adakah cukup sekadar solat fardhu siang dan malam, mengeluarkan zakat setiap tahun, berpuasa pada bulan ramadhan dan mengerjakan haji apabila mampu di Baitul Haram serta melakukan kebaikan serta kebajikan..adakah cukup sekadar itu?cuba sahabat-sahabat tanya pada diri dan renungkan sejenak…

Adakah itu cukup sebenarnya untuk membalas kurniaan nikmat yang telah Allah berikan kepada kita bermula dari alam roh sehingga kita berada di dunia?adakah itu cukup untuk menunjukkan kita benar-benar bersyukur atas segala kurniaan-Nya?

Maksud Firman Allah dalam surah Adz-Zaariyat ayat 56 :

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.”

Allah juga berfirman dalam surah AL-Baqarah aya 30:

….sesungguhnya Aku ingin menciptakan seorang khalifah di muka bumi…..”

Jelaslah, tugas manusia bukan sekadar bergelar sebagai hamba, tetapi juga sebagai khalifah yang berperanan untuk mentadbir dunia iaitu Alam-Nya.

wallahu’alam…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: