Pabila Kalam Berbicara

Tajamnya Mata Pena

Adakah Aku..?

Posted by unite28 on October 9, 2008

Salam Syawal,

kali ni, saya nak ajak sahabat-sahabat untuk mengikuti sebuah cerpen yang agak menarik pada hemat saya untuk direnung-renungkan…

Sepahit Madu

Oleh `Izzat Anwari bin Hasni

Awak sudi jadi isteri kedua saya? tanya Fikri tegas dan yakin.

Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah! pekik Fatimah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya.

Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya…” Fatimah mula sebak.

Tak. Maksud saya…”

Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup! potong Fatimah dengan kasar.

Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa? suara Fatimah semakin tinggi, setinggi egonya.

Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fatimah’ di sebalik Fatimah yang dia kenal selama ini. Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu. Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

Ada hikmah,” bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fatimah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.

Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.

Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain.

Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu ke hilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya.

Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak?

Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut.

Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fatimah.

Awak sudi jadi isteri kedua saya? tanya Fikri tanpa segan silu.

Sudi,” jawab Nusaibah ringkas.

Er, betul ke ni? tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.

Kenapa saya? tanya Fikri ingin tahu.

Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak,” jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.

Baiklah,” jawab Fikri tersenyum.

Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini.

Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya.

Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

Abang, saya nak tanya boleh? sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.

Ye sayang? jawab Fikri sambil memandu.

Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang,” luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.

Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa,” Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.

Yeke? Dia datang program tu rupanya,” jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.

Kita dah sampai,” Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail ditangannya.

Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

Itu isteri pertama abang,” Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.

Mana bang? Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.

Tak nampak pun,” Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.

Siapa nama isteri pertama abang? Nusaibah sangat berdebar.

Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

Perjuangan,” jawab Fikri.

***

Katakanlah (Wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, – (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).”

[QS al-Taubah 9:24]

Adakah Aku..?

semoga terhibur..;-)

Wallahua’lam..

Advertisements

10 Responses to “Adakah Aku..?”

  1. mira_safiah said

    salam…siapa yang bakal menjadi nusaibah dan fikri?

  2. J.A said

    hati2..
    pesan diri pada diri..
    jua pesan diri pd sahabat..
    ku bimbang niat perjuangan slama ini berubah..
    dari kerna Allah kpd kerna manusia..
    dari mncari redha Allah kpd mdpt cinta manusia..
    ku takut..
    ku bimbang..
    smakin lama dalam perjuangan,smkin jauh dr Allah
    muhasabahkan diri..
    luruskan kembali niat dihati..

    Ya Allah,
    aku pinta pdMu..
    teguhkan hati2 kami..
    satukan hati2 kami,
    bersihkan hati2 kami
    agar kami sentiasa penuhkan
    hati2 kami dengan SATU rindu..
    rindu untuk dptkn RahmatMU..
    bukan rindu slain itu..

    “celakalah diriku andai apa yg ku perjuangkan slami ini hy demi mndapat pujian dan redha manusia lantas mencampak redha Sang Pengcipta dibelakang ..”

    Salam perjuangan semua..

  3. mira_safiah said

    salam…amboi2 cepat ja bg komen.ptt la dah lama tak buka blog ni..x pe.moga istiqamah

  4. mira_safiah said

    HARGA SEBUAH KEYAKINAN…

    Kau di sini bukan kerana engkau seorang malaikat,
    Tapi adalah seorang insan yang percaya
    Pada sebuah kehidupan
    Yang belum pernah dilihat oleh mata
    Pun tidak pernah dicapai oleh indera
    Yang ada hanya berita yang ditangkap oleh telinga
    Dari suatu perutusan alam metafizika
    Yang dipertimbangkan
    Oleh kekuatan akal yang berbudi bicara

    Kau disini bukan kerana
    Kau seorang yang terlalu suci
    Tiada kesalahan yang pernah engkau sentuhi
    Tapi engkau adalah seorang manusia biasa
    Terhantuk dengan pelbagai kesilapan dan dosa
    Yang engkau percaya bahawa
    Di sana ada Tuhan Yang Maha Pengasih
    Penerima taubat dan istigfar segala hamba
    Yang menunggu dengan tangan hulur terbuka
    Untuk sebuah pengampunan
    Terhadap sebuah ratapan yang suci
    Yang meluahkan keinsafan dari sebuah kesalahan
    Dari sebuah kedurhakaan yang menyelinap di waktu siang

    Yang membarisi ungkapan istighfar
    Di keheningan malam
    Atau sebuah keampunan yang menunggu di pinggir subuh
    Untuk sebuah ungkapan taubat yang akan terucap
    Bersama siang yang menyerlahkan rasa silap yang
    Telah berlaku di sepanjang malam yang gelap

    Jadi engkau di sini bersama bidadari syurga
    Bukan kerana bertaraf Rasul dan anbia
    Tapi kerana sebuah keyakinan yang terhias di dada

    Bahawa di sana ada sebuah kehidupan yang abadi
    Yang menunggu segala insan yang sedang meniti
    Suatu pengembaraan yang berdestinasikan mati
    Sebagai garisan pemisah antara dua alam
    Yang saling bertaut di dalam dua fungsi
    Yang pertama amalan yang menumbuhkan ganjaran
    Yang kedua ganjaran buah dan amalan.

    Al-Marhum Ustaz Niamat Yusoff

  5. mujahid0906 said

    InsyaALLAH…
    Setiap lelaki yang baik utk perempuan yang baik dan sebaliknya…
    Org yang cintakan perjuangan , insyaALLAH akan ditemukan dengan org yang cintakan perjuangan juga….tidak perlu mencari kerana semuanya telah ditentukan.InsyaALLAH-Adakah aku…insyaALLAH , ia adalah nta dan kita semua… Namun demikian jgn lalaikan hati dengan perkara begini kerana pertemuan bukan milik kita dan ku serahkan cinta ini hnya utk perjuangan.Amin….

    p/s-ana setuju sangat dengan cdgn pakchu…..ada jodoh takkan ke mana…

  6. Khalid Saifullah said

    huhu.. kesian pakcu.. sapa lar yang kene laga tu.. apa pon mungkin itu hanya gurauan dari pakcu.. tp kalu btol pon, mungkin ada hikmah disebaliknya.. lagipon cerita ni adalah cerita yang bgs utk tatapan kita dan watak2 dalam cerita ini mempunyai peribadi yang mulia dan mempunyai ciri2 daie yang perlu ada dalam diri muslimin dan muslimat zaman ini. berbangga lah jika ada sahabat yang meletakkan persamaan watak tersebut pada sahabat yang lain.. mest pakcu respect org ni.. huhu

    jangan marah yer mira_safiah dan abu_naim.. gurauan para daie semata..

  7. Khalid Saifullah said

    wah.. moderator dah buang komen pakcu.. hmm.. moderator dah kene brainwash agak2 nya dengan mira_safiah n abu naim ni..

  8. mira_safiah said

    Hati, janganlah kau sibuk mengejar cinta mujahid/mujahidah,
    tetapi kejarlah cinta Penciptanya…
    Hati, janganlah kau lekakan aku dengan angan-anganmu…sedangkan masih terlalu banyak ilmu yg perlu ku raih….
    Hati, sedarkah engkau ujian itu sunnah perjuangan??…tapi kau masih terlau rapuh utk menghadapinya…kau perlu tabah!!
    Dan aku tahu, kau tak mampu utk menjadi sebegitu tabah hanya dalam sehari dua…
    Duhai hati… bersabarlah…
    Perjalanan kita masih jauh…. bersabarlah…
    Teruskan doamu… hari itu akan tiba jua….
    Pabila engkau telah bersedia menghadapinya kelak….
    Bersabarlah…..

  9. Khalid Saifullah said

    huhu.. mujahidah agama.. ini lah yang dikatakan mujahidah agama.
    sentiasa mengharap cinta ALLAH dan Rasul dikala manusia mengharap cinta makhluk..

  10. `Izzat Anwari said

    🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: